BMW Malaysia, pengedar kenderaan BMW di Malaysia telah mengeluarkan senarai harga terkini bagi model-model kereta mereka bermula 15 Jun 2020.
Pembeli boleh jimat sekurang-kurangnya RM 7,005 apabila membeli kereta BMW baru, contohnya kereta BMW 320i Sport.
Penjimatan lebih hebat boleh didapati dengan model-model seperti BMW 740Le xDrive (potongan RM 29,747.13) dan BMW 840i Gran Coupe M Sport (potongan RM 31,388.77).
Harga-harga diatas adalah untuk pendaftaran persendirian, tidak termasuk insuran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web www.bmw.com.my atau hubungi BMW Voice di 1800 88 3000.