Pada 15 Jun, Bermaz Motor telah mengumumkan perjanjian pembekalan bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bagi membekalkan minyak enjin Petronas Syntium full-synthetic kepada peniaga-peniaga Bermaz Motor.
“Untuk pelanggan, perjanjian Bermaz dengan PLMM menunjukkan satu lagi pencapaian dalam usaha kami untuk menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan memudahkan. Minyak enjin Petronas Syntium full-synthetic akan menggantikan penggunaan enjin semi-synthetic yang kami gunakan di perniagaan Bermaz Motor,” kata Dato’ Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Motor.
Bermula bulan hadapan, penggunaan minyak enjin full-synthetic ini akan mula digunapakai untuk semua kenderaan dibawah Free Service Maintenance. Pelanggan tidak akan dikenakan kos tambahan dengan gantian ini.
Minyak enjin Petronas Syntium baru dengan teknologi Cooltech™ telah diformulasikan untuk mengekang haba enjin berlebihan bagi prestasi enjin yang lebih baik dan pemanduan yang selesa.