Jeremy Clarkson pernah menyebut, “Tiada yang lebih mengujakan makwe berbanding pusingan drift yang dilaksanakan dengan baik.” Oleh itu, seorang pembaca ada bertanyakan mengenai soalan menarik ini.
Macam mana nak drift kalau guna EPB (Electric Parking Brake)?
Jawapan adalah ya dan tidak.
Sebelum itu, EPB adalah sistem yang menarik brek tangan anda ketika parkir secara automatik. Sistem ini membolehkan brek tangan konvensional (jenis tombol) dikeluarkan dari kereta, menjadikan konsol tengah lebih rata dan sesuai dengan estetika kereta mewah. Jadi, bila tiada tombol brek tangan, macam mana nak drift?
Mari kami terangkan
Semakin banyak tanggungjawab telah diberikan kepada sistem pemprosesan kereta sehinggakan keseronokan mekanikal tidak lagi mengujakan. Namun ini semua perlu supaya pemanduan yang lebih selamat dan lebih mudah.
Dengan brek tangan mekanikal, mudah untuk merasai daya brek pada roda belakang, yang membolehkan pemandu profesional menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan pemanduan.
Hal ini kerana EPB digerakkan oleh motor elektrik yang kecil. Kesan dari ciri keselamatan kereta juga menghadkan jumlah daya brek yang anda boleh paksa ke gandar belakang.