Bagi memperingati ulang tahun ke-100 Mazda tahun ini, Bermaz Motor telah memperkenalkan Mazda CX-3 2020 Limited Edition.
Selain tambahan kosmetik, casis CX-3 Limited Edition telah dinaik taraf. Dibangunkan oleh divisi khas Bermaz iaitu MazdaSports, hanya 25 unit sahaja akan dijual.
Berdasarkan model standard CX-3, varian Limited Edition mendapat kelengkapan tambahan seperti berikut:
Eskterior:
Interior:
Intai dibawah kereta dan anda akan nampak strut bar yang baru serta bar bawah depan, tengah dan belakang untuk mengurangkan gulungan badan ketika mengambil selekoh.
Tidak ada sebarang perubahan pada enjin 2.0 liter 4-silinder SkyActiv-G aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 156 PS dan 206 Nm tork dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Ciri-ciri lain juga seperti CX-3 standard. Ia datang dengan sistem infotainment skrin sentuh MZD 7.0 inci, tempat duduk pemandu berkuasa 10 arah, paddle shifters, 6 beg udara, Blind Spot Monitoring (BSM), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).
Mazda CX-3 2020 Limited Edition ini dijual pada harga RM 126,829, RM 14,500 lebih daripada CX-3 standard. Harga ini adalah harga sempena tempoh bebas SST sehingga Disember. Aksesori tambahan dilindungi dengan waranti 1 tahun.