Baru-baru ini, tular apabila Perodua Myvi di Brunei menerima versi S-Edition. Perodua Myvi versi S-Edition tersebut dikatakan mirip dengan Myvi GT namun tiada maklumat lanjut mengenai versi tersebut di Malaysia.
Namun, Perodua telah mengumumkan bahawa Perodua Malaysia tidak pernah memberi pengesahan untuk Myvi S-Edition di Brunei.
Perodua Myvi di Brunei diedarkan oleh GHK Motors sebagai pengedar rasmi Perodua. Perodua telah menghubungi GHK Motors untuk meminta maklumat lanjut mengenai Myvi S-Edition tersebut.
Tegas Perodua, sebarang penambahan atau modifikasi yang keluar dari pengedar rasmi haruslah mengikut piawai yang disahkan oleh Perodua.
Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motor, variasi S-Edition merupakan usaha daripada mereka untuk menawarkan Perodua Myvi yang lebih sesuai dengan Brunei.
Perodua berharap tiada kekeliruan buat pelanggan-pelanggan setia Perodua berdasarkan kenyataan rasmi yang diberikan.