Sebuah kereta pandu uji jenis Perodua Axia dilarikan oleh seorang lelaki di dalam satu kejadian di persimpangan Jalan Kampar ke Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh pada 4 petang Isnin lalu.
Kejadian tersebut bermula dari sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kampar dimana suspek berpura-pura untuk membeli Perodua Myvi. Malangnya, kereta yang dicari tidak ada ketika itu. Sebaliknya, jurujual wanita yang bertugas ketika itu mencadangkan sebuah Perodua Axia tahun 2016 yang berwarna biru.
Tanpa sebarang catatan mengenai butiran suspek, jurujual tersebut mengizinkan kereta itu untuk diuji pandu.
Namun pada pertengahan sesi pandu uji, jurujual yang duduk di belakang diminta untuk tukar posisi dengan suspek. Kononnya nak merasa sebagai penumpang. Malangnya sebaik sahaja jurujual keluar, kereta Perodua Axia tersebut terus dilarikan dengan laju.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, pengecaman wajah suspek tidak dapat dibuat kerana memakai pelitup muka. Siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.