Jika anda tidak mengetahui informasi ini, kereta drift profesional moden sangat berkuasa. Semua kuasa itu diperlukan untuk membakar tayar dan mengeluarkan banyak asap ke udara.
Lexus RC F yang anda lihat di sini adalah salah satu mesin drift profesional paling hebat di luar sana hari ini, tetapi bukan itu yang menjadikannya istimewa. Sebaliknya, ia adalah casisnya.
Selain kuasa kuda yang mencapai 1,200 PS dari enjin 2JZ-GTE yang lagenda, apa yang luar biasa mengenai RC F ini adalah beratnya 575 kg lebih ringan daripada versi jalan biasa. Bagaimana mereka melakukannya?
Pengurangan berat badan adalah perkara biasa bagi sebuah kereta lumba mahupun drift tahap profesional. Tetapi ini adalah sebuah Lexus, jadi pembina kereta ini mengambil langkah setapak kehadapan dengan membuat panel badan luaran RC F ini dengan gentian karbon kevlar. Idea ini dikatakan diinspirasikan oleh obsesi Lexus dengan perincian.
Hasilnya, nisbah kuasa-ke-berat RC F ini adalah 732 PS / tan. Sebagai perbandingan, Bugatti Chiron, kereta pengeluaran paling berkuasa di dunia pada masa ini (1,479 PS) mempunyai nisbah kuasa-ke-berat 545 PS / tan.
RC F yang gila ini adalah hasil kerjasama antara Lexus dan pengedarnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Orang yang bertugas mengemudi itu adalah atlet Red Bull, Ahmad Daham. Dia adalah juara drift Timur Tengah lima kali dan pemegang Rekod Dunia Guinness (bersama rakan drifter James Deane) untuk longest twin drifting.
1,200 PS dan 1,464 Nm dengan berat 1,250 kg dalam mesin drift khusus, apa lagi yang anda nak? Tonton Ahmad Daham dan Lexus RC F drift dalam elemen mereka di bawah.