Tahukah anda, tanda nama Corolla adalah tanda nama kereta paling banyak terjual di dunia? Toyota telah menempa nama dengan menggunakan tanda nama Corolla sejak tahun 1966 lagi dengan tawaran kereta yang berkualiti.
Di Malaysia pun ramai peminat kereta yang gemar membaik pulih Toyota Corolla sebagai hobi waktu lapang atau hujung minggu.
Namun seorang peminat Toyota Corolla tegar iaitu Big Mike Muniz telah pun melakukan baik pulih yang lebih mengancam! Beliau menjadikan Toyota Corolla Sprinter Trueno milik beliau dibaik pulih seperti model baru.
ini sangat mengagumkan kerana kesemua kelengkapan pada Toyota Corolla Sprinter Trueno milik beliau adalah baru atau dibaik pulih.
Lebih mengagumkan, beliau turut menemui set tayar yang masih di dalam plastik tidak diusik bersama-sama dengan pelekat tayar tersebut!
Untuk sebuah kereta berumur hampir 50 tahun, baik pulih yang dilakukan memang sangat hebat. Warna hijau zamrud pada Toyota Corolla Sprinter Trueno ini turut menyerlahkan lagi rupa klasik yang diketengahkan.
Big Mike hanya menggunakan tayar standard kilang beliau apabila terdapat sesi penggambaran sahaja. Pada waktu lain, tayar tersebut akan dikempiskan untuk disimpan. Sampai begitu sekali ya!
Buat mereka yang turut memiliki Toyota Corolla, ambil inspirasi daripada Big Mike ini!
Kredit: Larry Chen Photo
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}