window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masa depan masih cerah, Geely bangunkan enjin 3 silinder generasi seterusnya!

Faisal · Mar 23, 2021 05:00 PM

Masa depan masih cerah, Geely bangunkan enjin 3 silinder generasi seterusnya! 01

Nampaknya, enjin 3 silinder akan kekal beransur pada kereta Proton dan Geely. Melalui keratan video dari Geely Group baru-baru ini, Director of Powertrain Strategy CEVT berkongsi bahawa mereka akan terus pertingkatkan mutu enjin 1.5TD (enjin pada Proton X50 MPI & TGDI) yang sedia ada untuk mematuhi piawaian kadar pelepasan di masa depan.

Masa depan masih cerah, Geely bangunkan enjin 3 silinder generasi seterusnya! 02

Untuk maklumat anda, China Euro Vehicle Technology AB (CEVT) adalah pakar trenkuasa yang bernaung di bawah Zhejiang Geely Holding Group (ZGH, lebih dikenali sebagai Geely Group). Antara syarikat yang berada di dalam kumpulan ini ialah Volvo Cars dan Geely Auto.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, pengeluar seperti Volkswagen dan Volvo sudah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi membangunkan enjin pembakaran dalaman yang baru memandangkan industri kini ke arah trenkuasa elektrik. Apapun, Geely Group mengesahkan bahawa enjin yang sedia ada akan diteruskan kerana ia penting untuk pengeluar yang lebih bawah seperti Geely Auto dan anak syarikatnya, Proton.

Juga baca: Volvo Cars bakal menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030

Masa depan masih cerah, Geely bangunkan enjin 3 silinder generasi seterusnya! 01

Pada masa yang sama, pengarah strategi trenkuasa CEVT menjelaskan bahawa enjin 1.5TD sudah terjual lebih dari 600,000 unit di seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa enjin tersebut boleh dipercayai. Malah, ketahanan dan jangka hayatnya diuji lebih dari 12 juta kilometer melalui 230 buah kereta yang berlainan.

Masa depan masih cerah, Geely bangunkan enjin 3 silinder generasi seterusnya! 02

Tidak cukup dengan itu, tahap bunyi enjin 1.5TD juga adalah setaraf atau lebih baik daripada sesetengah enjin 4 silinder di luar sana.

Sehingga ke hari ini, Geely kekal sebagai satu-satunya pengeluar kereta China yang menggunakan enjin 3 silinder. Pesaing lain seperti Great Wall (Haval) dan Changan lebih percaya dengan enjin 4 silinder.

Setakat ini, penerimaan enjin 3 silinder di China masih boleh diperbaiki. Hanya Geely sahaja yang memberi harapan penuh terhadap enjin 3 silinder.

Untuk pengetahuan anda, Honda Civic pernah ditawarkan di pasaran China dengan enjin 1.0L turbo 3 silinder. Malah, GM juga pernah tawarkan enjin sebegini melalui Buick Excelle. Malangnya, sambutan buat enjin 3 silinder mereka cukup hambar di pasaran China.

Di pasaran Malaysia sekarang, terdapat 5 model yang hadir dengan enjin turbo 3 silinder. Antaranya seperti:

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda