Antara model yang dinanti-nanti di Malaysia, Proton X50 telah dilihat disebelah abangnya yang lagi besar iaitu Proton X70. Imej ini memberikan gambaran yang agak jelas tentang perbezaan saiz kedua buah SUV.
Berbanding dengan Proton X70 (4,519 mm x 1,831 mm x 1,694 mm), Proton X50 panjangnya 4,330 mm (-189 mm), lebar 1,800 mm (-31 mm), dan 1,609 mm tinggi (-85 mm). Jarak roda Proton X50 juga hanyalah 2,600 mm (-70 mm) berbanding X70.
Kami juga telah membuat gambarajah yang membandingkan Proton X50 dengan pesaing segmennya untuk memberi anda gambaran yang lebih baik mengenai ukuran X50.
Proton X50 nampaknya bakal menjadi SUV yang paling berkuasa dalam segmennya dengan enjin petrol 1.5 liter 3-silinder pengecas turbo yang mempunyai 177 PS dan 255 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.
Tiada lagi desas-desus buat masa sekarang tentang bila Proton bakal melancarkan X50 di Malaysia, tapi memandangkan Proton sedang menguji X50 diseluruh pelusuk Malaysia, kami yakin ia akan dilancarkan pada akhir tahun ini.