Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Triton Athlete 2021. Trak pikap yang paling gemilang ini bermula dari harga RM 141,500 (harga diatas jalan, tanpa insurans).
Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan - 2.4L turbodiesel, ADAS, harga RM 141k!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Julat harga sebegini meletakkan Mitsubishi Triton sebagai saingan yang paling pahit untuk Toyota Hilux dan Ford Ranger. Persoalannya, berapakah gaji minimum yang anda perlu supaya pinjaman bank anda lepas?
Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete 2021 vs. Toyota Hilux Rouge: Mana satu ‘King’?
Berapa gaji minimum untuk anda layak beli?
Dengan berfaktorkan kadar faedah 2.27% dan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran bulanan untuk Mitsubishi Triton Athlete berada dalam lingkungan RM 1,420.
Juga baca: 3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road!
Berdasarkan nasihat umum yang menyarankan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20% dari gaji bulanan, anda seharusnya bergajikan sekurang-kurangnya RM 7,100 sebulan.
Juga baca: Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun!
Dengan mengira faktor insurans, penyelenggaraan, tayar dan sebagainya, kos pembiayaan untuk kereta anda pula tidak sepatutnya melebihi 30% dari gaji bulanan.
Berikut adalah bayaran ansuran bulanan buat Mitsubishi Triton Athlete 2021 untuk tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun. Rujukan ini juga mengira faktor kadar faedah sebanyak 2.27%.
Juga baca: Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'
Bayaran bulanan untuk Mitsubishi Triton Athlete |
Tempoh pinjaman |
Bayaran bulanan (RM) |
5 tahun |
2,360 |
7 tahun |
1,760 |
9 tahun |
1,420 |
Bagi kami, tempoh pinjaman yang lebih pendek sebenarnya lebih wajar. Walau apapun, perlu dimaklumkan bahawa kadar faedah pinjaman bank boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi, selamat membeli.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });