Mitsubishi Motors Malaysia hari ini telah melancarkan model Mitsubishi Triton Athlete 2021. Trak pikap ini adalah taruhan Mitsubishi dalam persaingan trak pikap gaya hidup yang menjadi trend pada masa kini.
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini telah melancarkan model Mitsubishi Triton Athlete 2021. Trak pikap ini adalah taruhan Mitsubishi dalam persaingan trak pikap gaya hidup yang menjadi trend pada masa kini.
Model ini akan menggantikan Mitsubishi Triton Adventure X sebagai varian paling atas. Mitsubishi Triton Athlete dijana oleh enjin 4 silinder 2.4 liter turbodiesel 4N15 dengan gandingan transmisi 6 kelajuan automatik. Kesemua spesifikasi ini menjana kuasa sehingga 181 PS kuasa kuda dan 430 Nm tork.
Sebagai sebuah trak pikap moden, Triton Athlete dilengkapi dengan Super Select 4WD II dengan mod off-road untuk daya cengkaman dan pengendalian yang optimum.
Triton Athlete juga dilengkapi dengan Hill Descent Control di mana kelajuan kenderaan dikawal secara elektronik semasa menuruni cerun. Radius putaran Triton Athlete juga agak mengagumkan, hanya 5.9m sahaja.
Rekaan ‘Dynamic Shield’ yang berwarna hitam tampil berbeza dengan varian lain dengan stiker grafik sisi ‘Athlete’ yang agresif. Tona warna hitam ini juga dikenakan pada cermin sisi, pemegang pintu, pemesong angin tingkap (aero type window deflectors), rim 18-inci berwarna hitam kilat dan tangga sisi.
Pada bahagian dalam pula, tempat duduk, tombol gear dan stereng dibaluti dengan kemasan kulit dengan jahitan oren. Ciri-ciri lain termasuklah All Round Monitor (ARM), Driving Video Recorder (DVR) dan sistem infotainment dengan Apple Carplay dan Android Auto.
Ciri-ciri lain ini ditawarkan sebagai aksesori tambahan jadi rujuk penasihat jualan anda untuk harganya.
Kelengkapan keselematan pula terdiri daripada 7 beg udara SRS dengan pakej Bantuan Pemandu (ADAS) yang meliputi:
3 warna yang ditawarkan adalah Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet Black Mica.
Berminat? Mitsubishi Triton Athlete 2021 ini ditawarkan pada harga RM 141,500 (harga atas jalan, tanpa insurans, pendaftaran peribadi) dengan warranti selama 5 tahun atau 200,000 km had perbatuan.
Bacaan Lanjut:
Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi!
Mitsubishi Triton Adventure X - kini dengan pilihan warna Sunflare Orange Pearl
Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah!
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Mitsubishi Triton MT Premium
Upgrade
Add your car
2022 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2022 Proton X70 TGDI Premium 1.8
Komen