window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja!

Haris · Aug 23, 2022 05:00 PM

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, telah membuka Pusat 3S Mitsubishi Motors baharu (Jualan, Servis & Alat Ganti) di Rawang baru-baru ini.

Pengedar sah Lofty Ambition (Rawang) Sdn Bhd mengesahkan bahawa ini adalah cawangan Mitsubishi Motors keempat oleh Lofty Ambition dengan tiga yang pertama masing-masing di Ipoh, Taiping dan Sitiawan.

Selain itu, pusat 3S ini juga merupakan cawangan pengedar ke-16 Mitsubishi Motor di Lembah Klang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 01

Bilik pameran baru Mitsubishi Motors di Lofty Ambition, Rawang

Pusat 3S baharu terletak di 5G, 7G, 9G, Jalan Millenium, Pusat Perniagaan Rawang Millenium, 48000 Rawang, Selangor.

Kemudahan ini mudah diakses melalui Lebuhraya PLUS dan berada di lokasi utama untuk memberi perkhidmatan kepada setiap pelanggan Mitsubishi dalam kawasan kejiranan. Dengan lot kedai tiga tingkat dan kawasan binaan seluas 4,000 kaki persegi, Pusat 3S ini mempersembahkan identiti jenama Mitsubishi Motors dan bekerjasama dengan mesej global jenama iaitu 'Drive Your Ambition'.

Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI, outlet itu dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan ruang yang tersedia untuk melayani setiap kenderaan Mitsubishi.

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 02

Pengedar Prinsipal Lofty Ambition Rawang, Sam Chang (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda (kanan)

“Tahniah kepada Lofty Ambition kerana membuka sebuah lagi bilik pameran Mitsubishi Motors. Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition telah menjadi rakan kongsi perniagaan sejak 2014 dan dalam tempoh lapan tahun perkongsian perniagaan yang kukuh, Lofty Ambition telah menubuhkan empat bilik pameran Mitsubishi.

Ini menunjukkan keyakinan syarikat terhadap jenama Mitsubishi, dan komitmen untuk mengukuhkan lagi kehadiran Mitsubishi di Malaysia, kata Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 03

Beliau menambah, “Bilik pameran baharu ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Lembah Klang kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya untuk trak pikap Triton dan crossover 7-penumpang Xpander.

Pada separuh pertama tahun ini, MMM menjual 12,261 kereta, iaitu pertumbuhan 63% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Anggaran bahagian pasaran kami ialah 4% dan Mitsubishi Motors mengekalkan tempat tiga teratas sebagai jenama bukan nasional dalam Malaysia.”

Lofty Ambition dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan pada hari Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 04

MMM komited untuk menjual pelbagai kenderaan yang berkualiti tinggi, berprestasi, selamat, selesa dan berteknologi canggih. Trak pikap Triton 4x4 diimport sebagai unit CBU (Completely Built-Up) dari Thailand dan Xpander dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 3S baharu di Rawang, lebih 15 cawangan di Lembah Klang saja! 05

“Drive your Ambition” ialah satu kenyataan mengenai komitmen kukuh yang berterusan dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC) terhadap nilai dan aspirasi pemanduannya. Berikutan itu, MMM berusaha untuk memberikan pengalaman unik dan memberi inspirasi kepada pelanggan untuk pergi lebih jauh dengan kenderaan kami.

Baca: Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda