window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Ultimate Thrills tawar pandu uji Xpander, Triton di Kedah dan Kelantan - Daftar untuk baucar percuma!

Mersita · Aug 24, 2023 10:00 AM

Mitsubishi Ultimate Thrills tawar pandu uji Xpander, Triton di Kedah dan Kelantan - Daftar untuk baucar percuma! 01

Rasai sendiri kecekapan dan keupayaan luar biasa Mitsubishi Xpander 7 tempat duduk dan trak pikap Mitsubishi Triton di Mitsubishi Ultimate Thrills, dibawakan untuk pelanggan di Kelantan dan Kedah tidak lama lagi.

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), ingin memberikan peluang kepada pengunjung untuk memandu uji Xpander dan Triton di trek khas dengan laluan berhalangan bagi menunjukkan kebolehan kenderaan ini.

Mitsubishi Ultimate Thrills tawar pandu uji Xpander, Triton di Kedah dan Kelantan - Daftar untuk baucar percuma! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam laluan berhalangan untuk Mitsubishi Xpander, pengunjung akan berpeluang untuk merasai segmen digelar “Devil’s Angle” dimana SUV crossover keluarga ini boleh dipandu melalui halangan berair bagi membuktikan kebolehannya menawan banjir dengan jarak lega bumi 205 mm.

Segmen “Side Traverse” pula akan menguji ketangkasan dan kehebatan pengendalian Xpander. Pengunjung juga boleh mengujinya di segmen “Roller Conveyor” yang membuktikan kegunaan fungsi keselematan Traction Control apabila dipandu di jalan licin atau tidak rata.

Mitsubishi Ultimate Thrills tawar pandu uji Xpander, Triton di Kedah dan Kelantan - Daftar untuk baucar percuma! 01

Juga baca: Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Bagi pandu uji trak pikap Mitsubishi Triton pula, pengunjung boleh mencuba laluan “Hill Slope” yang menunjukkan bagaimana Triton menawan jalan curam dengan menggunakan fungsi Hill Start Assist. Kemudian, cabaran diikuti dengan “Downhill Slope” dimana pengunjung boleh mencuba fungsi Hill Descent Control yang memberikan pemandu kemudahan brek automatik ketika menuruni bukit.

Mitsubishi Ultimate Thrills tawar pandu uji Xpander, Triton di Kedah dan Kelantan - Daftar untuk baucar percuma! 02

Juga baca: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Triton juga akan dicabar dalam laluan “Mud Pit” dan “Elephant Steps” yang menyerlahkan mode off-road dan sistem Super Select 4WD II dengan cengkaman optimum untuk melepasi apa jua cabaran dalam pengembaraan off-road.

Menarik, kan? Pengalaman ini akan ditawarkan di lokasi dengan tarikh dan masa berikut:

Mitsubishi Ultimate Thrills
Tarikh Negeri Lokasi Masa
25 - 26 Ogos 2023 Kota Bharu, Kelantan Bersebelahan AEON Mall, Kota Bahru Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. 10 pagi - 6 petang
8 - 9 September 2023 Alor Setar, Kedah Di hadapan Mitsubishi Motors Authorised Showroom, Alor Setar. Lot 10201, Susuran Kebarung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah. 10 pagi - 6 petang

Pengunjung yang menyertai Mitsubishi Ultimate Thrills juga bakal menikmati hadiah serta aktiviti berikut:

  • Daftar awal melalui https://www.mitsubishi-motors.com.my/ultimate-thrills/ dan terima baucar KFC RM 10.
  • Pandu uji dan terima beg eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike Foldable Round Bucket.
  • Pandu uji dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik seperti Nintendo Switch, G Shock, dan UV Disinfectant.
  • Trak makanan, ais krim, dan aktiviti seronok untuk seisi keluarga.
@wapcar_zamil Ke nak tunggu BR-V baru sampai? 😁 #tahukahanda #carmalaysia #fypmalaysia #malaysia #learnontiktok #belajaronline #mitsubishi #xpander #wapcar ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda