window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji Mitsubishi Triton Athlete di Setia Alam hujung minggu ini, rebat sehingga RM 6k!

Mersita · Aug 29, 2023 02:00 PM

Pandu uji Mitsubishi Triton Athlete di Setia Alam hujung minggu ini, rebat sehingga RM 6k! 01

Inilah masa terbaik untuk anda membeli Mitsubishi Triton Athlete 2023 yang cukup bergaya, berkuasa, dan kukuh binaannya. Varian tertinggi dalam barisan Triton 2023 ini dibina untuk menempuh laluan yang mencabar, dan pada masa sama sangat sesuai untuk gaya hidup aktif anda di jalan raya terbuka.

Pada hujung minggu ini, anda patut pandu uji Triton Athlete 2023 dan dapatkan peluang untuk nikmati diskaun menarik sehingga RM 6,000, pakej pembiayaan menguntungkan, serta pakej rim yang dinaiktaraf bernilai RM 9,700 di Carlist.my DRIVE Auto Fair 2023.

Juga baca: Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pandu uji Mitsubishi Triton Athlete di Setia Alam hujung minggu ini, rebat sehingga RM 6k! 01

Selain itu, bersempena Pertandingan Travelvaganza Mistubishi Malaysia, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi percutian ke Jepun, Thailand, atau Indonesia; ataupun 10 Koin Emas bernilai RM 50,000, apabila mereka mendaftarkan Triton 2023 dari sekarang sehingga 30 September 2023.

Triton Athlete 2023 dikuasakan oleh enjin 4N15 2.4 liter Mivec turbodiesel 4 silinder yang menjana 181 PS dan 430 Nm. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan; turut dilengkapi dengan paddle shifter.

Juga baca: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

Pandu uji Mitsubishi Triton Athlete di Setia Alam hujung minggu ini, rebat sehingga RM 6k! 02

Aluminium ringan pada enjin 4N15 Mivec turbodiesel dengan variable valve timing

Selain itu, daya cengkaman di laluan yang paling mencabar disediakan menerusi sistem Super Select 4WD II Triton Athlete 2023, yang membolehkan pemandu bertukar kepada '4H' walaupun di atas jalan basah.

Dari segi keselamatan, Triton Athlete 2023 dilengkapi dengan 7 beg udara, berserta fungsi keselamatan ADAS termasuk mitigasi pelanggaran hadapan (amaran dan brek), amaran titik buta dengan amaran trafik lintasan belakang, bantuan tukar lorong, lampu tinggi auto, dan kawalan kesilapan operasi pedal.

Triton Athlete 2023 dijual pada harga RM 154,900 (OTR tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).

Juga baca: Rekod 24,017 unit kenderaan terjual tahun 2022, Mitsubishi Motors Malaysia kekal Top 3 pengeluar bukan nasional!

Pandu uji Mitsubishi Triton Athlete di Setia Alam hujung minggu ini, rebat sehingga RM 6k! 03

Pandu uji Triton Athlete 2023 di Carlist.my DRIVE Auto Fair yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam dari 1 - 3 September 2023 (Jumaat – Ahad), dari jam 10 pagi - 8 malam.

Program tukar beli (trade-in) khas untuk kenderaan sedia ada anda juga turut disediakan.

Ace of base - Get to know the Mazda 3 1.5-litre at Carlist Drive Auto Fair on 1-3 September 05

Selain daripada tawaran hebat yang disediakan, anda juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan yang mengujakan dan berpeluang untuk memenangi hadiah - termasuk hadiah utama cabutan bertuah berjumlah RM 4,000 tunai apabila anda membuat tempahan untuk mana-mana kenderaan di acara ini.

Daftar di sini sebelum acara bermula untuk berpeluang memenangi Soundstream Anzuo Android Car Player bernilai RM 2,688.

Juga baca: Nak jimat beli kereta? Promo terbaik Honda, Mazda, BMW, Smart, Mitsubishi, Kia, Suzuki, Ora dan banyak lagi di Carlist Drive Auto Fair

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda