window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC

Faisal · Aug 19, 2023 10:00 AM

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC 01

Seperti yang sudah anda tahu, Mitsubishi Triton 2023 serba baharu memperlihatkan pelbagai pembaharuan dari segi prestasi, keselamatan, keselesaan dan perhalusan.

Pengganti model yang sebelum ini beransur selama 8 tahun ini datang dengan jarak roda lebih panjang dan overhang lebih pendek tetapi satu benda yang dilihat sudah tiada ialah sentuhan ikonik bucu pintu belakang J-Line.

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, fungsi reka bentuk J-Line pada Triton lepas telah memberikan lebih ruang pada bahagian belakang. Malah, sudut sandar untuk tempat duduk belakang juga dapat dibuat lebih baring. Untuk generasi terbaru pula, Mitsubishi sebenarnya dapat mengekalkan tahap keselesaan dan ruang walaupun tanpa J-Line.

Juga baca35 gambar tayang 'Beast Mode' Mitsubishi Triton 2024 untuk idaman anda

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC 01

Kiri: Sentuhan reka bentuk J-Line yang lebih ketara berbanding Triton baharu di belah kanan.

Jelas Yoshiki Masuda selaku Ketua Pakar Produk Triton baharu, “Terima kasih kerana ingat akan J-Line. Sentuhan unik itu kini sebenarnya lebih bersegi empat tetapi ia langsung tidak menjejaskan ruang di dalam kabin”.

Antara sebab kenapa Triton baharu dapat dicipta sedemikian rupa adalah melalui jarak roda yang dipanjangkan sebanyak 130 mm (kini pada 3,130 mm).

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC 02

Secara amnya, terdapat beberapa faktor yang membuatkan kami mengambil keputusan untuk memanjangkan jarak roda. Jelas Masuda, “Kami ingin meningkatkan tahap kestabilan, keselamatan pelanggaran dan kapasiti menunda pada Triton baru. Di Malaysia pula, pelanggan kebiasaannya membawa barang panjang-panjang. Jadi, kami perlu mendapat satu keseimbangan untuk semua faktor ini. Sebab inilah kami mengambil keputusan untuk memanjangkan jarak roda Triton baharu sebanyak 130 mm”.

Kenapa Mitsubishi Triton 2024 dah tiada sentuhan 'J-Line' di pintu belakang? ini jawapan MMC 03

Penjelasan beliau ini juga menjawab akan radius putaran Triton baru yang telah meningkat dari 5.9 meter kepada 6.2 meter.

Dalam hal ini, Masuda berkata bahawa jarak roda yang lebih panjang pasti mengurangkan radius putaran tetapi apa yang Triton baharu miliki tetap terbaik dalam segmennya. Sebagai konteks, radius putaran Isuzu D-Max adalah pada 6.25 meter, manakala Toyota Hilux pula pada 6.4 meter.

Secara amnya, Mitsubishi Triton 2024 serba baharu ini dijangka tiba di pasaran Malaysia pada tahun 2024.

Juga bacaKita kena tunggu lama lagi? Mitsubishi Triton 2024 akan tiba seawal Januari 2024 di Filipina

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda