window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya

Faisal · Jul 28, 2023 12:31 PM

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 01

Seperti yang anda tahu, Mitsubishi Triton 2024 telahpun diperkenalkan dan ia tampil dengan estetik baru, platform baru dan juga trenkuasa yang lebih moden. Tetapi kalau anda perasan, enjinnya hanya datang dengan kapasiti 2.4L.

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 02

Enjin turbodiesel baru berkod 4N16 ini ditawarkan dengan 3 output seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 150 PS, 330 Nm
  • 184 PS, 430 Nm
  • 204 PS, 470 Nm

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 01

Yang beroutput paling tinggi menerapkan turbo baru dan sistem pembakaran baru untuk pemanduan yang responsif. Varian yang kurang berkuasa pula menggunakan pengecas turbo geometri pembolehubah yang mengubah kawalan kapasiti turbin, bergantung pada input minyak.

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 02

Mengenai penawaran satu kapasiti sahaja, Ketua Pakar Produk, Yoshiki Masuda menjelaskan bahawa penerapan taktik ini adalah untuk menepati piawaian kadar pelepasan dan ia dapat mengurangkan masa pembangunan kami tempoh hari. Ulas beliau lagi, “Pembangunan Mitsubishi memerlukan banyak ujian dan pemeriksaan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk hanya mengeluarkan enjin berkapasiti 2.4L sahaja”.

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 03

Tambah beliau, “Buat masa ini tiada pilihan enjin V6 atau 3.0L dan tiada juga pelan untuk elektrifikasi tetapi sewaktu membangunkan, kami berpendapat bahawa kapasiti 2.4L sesuai untuk enjin petrol dan diesel”.

Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya 04

Secara amnya, harga Mitsubishi Triton baharu di Thailand bermula dari 699,000 – 1,027,000 THB (~RM 93k – RM 136k). Trak pikap ini akan dilancarkan di Malaysia pada 2024. Model yang dijual sekarang pula ditawarkan dari harga RM 109,000 – RM 154,900.

Juga bacaMitsubishi Triton 2024 serba baru didebut global - enjin 2.4L baru, ADAS, perubahan luar dan dalam

@wapcar_zamil Hensem ke rupa baru Triton ni? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #mitsubishi #mitsubishitriton #mitsubishitritonathlete #mitsubishitriton2024 #tritonmalaysia #wapcar #trakpikap #geng4x4 ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda