window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer!

Faisal · Aug 9, 2023 11:26 AM

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer! 01

Kalau anda perasan, antara pekerjaan yang mendapat gaji lumayan di Malaysia adalah dalam bidang minyak & gas atau lebih dikenali sebagai Oil & Gas. Secara tidak langsung, kereta yang mereka pakai selalunya lebih mahal berbanding apa yang dibeli oleh orang lain. Tetapi tidak buat abang Wan Muhammad Adam ini.

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer! 02

Gambar dari Facebook beliau iaitu Gergasi Laut.

Menurut beliau, jiwanya adalah pada Mitsubishi, khususnya model Triton kerana ia memberi pengalaman memandu seperti sebuah Lancer, bukan trak pikap. Itulah bukti betapa selesanya jentera Triton ini. Kalau anda nak tahu, pada waktu lapang atau hari cuti, abang Adam kita ini akan mengambil kesempatan untuk pergi mengembara masuk ke dalam hutan bersama dengan keluarganya.

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jelas beliau, Mitsubishi Triton sesuai dengan hobinya itu kerana ia begitu meyakinkan dalam meredah kawasan terpencil dan terperosok. Untuk makluman anda, Adam mula meminati aktiviti itu sejak tahun 2018 apabila beliau mengikuti kawannya dengan Triton model awal untuk generasi semasa. Dengan kehebatan dari segi kuasa, keselamatan, ketahanan dan kebolehan sistem pacuan empat rodanya, Adam telah membeli sebiji untuk dijadikan miliknya.

Juga bacaMitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer! 01

Kredit foto: Gergasi Laut.

Apa yang lebih membanggakan adalah aktiviti bersama keluarga yang Adam dapat buat melalui Triton kesayangannya itu dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang bersama isteri dan anak-anaknya kerana beliau bekerja jauh dari rumah. Hanya hari cuti sahaja beliau dapat meluangkan masa bersama mereka.

Abang kerja 'Oil & Gas' di Malaysia ini pilih Mitsubishi Triton sebagai kereta kegemaran, 'handling' macam Lancer! 02

Kredit foto: Gergasi Laut.

Untuk masa akan datang, Adam berharap agar dapat mengembara lebih jauh dari kediamannya di Gombak dan antara lokasi yang beliau ingin pergi adalah ke Borneo. Jadi, itulah kisah benar mengenai penceritaan Triton bersama pemiliknya dan mereka sememangnya puas hati dengan jentera yang agung ini.

Juga bacaMitsubishi Triton 2024 serba baru didebut global - enjin 2.4L baru, ADAS, perubahan luar dan dalam

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda