Mercedes-Benz
Owner Review: Young-timer classic review - My Mercedes-Benz W201 190E 1.8
56
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) berada dalam kedudukan terbaik berikutan daripada lanjutan potongan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD (pemasangan tempatan) baru sahaja dilancarkan sebulan sebelum tarikh pengecualian cukai SST tamat, dijadualkan berakhir pada 30 Jun 2021. Namun, insentif ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 membolehkan MBM memenuhi lebih banyak tempahan.
“Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai SST hingga hujung tahun ini. Tahun lepas kami mendapat faedah langsung dari insentif cukai yang diperkenalkan kerajaan, membantu industri pulih lebih cepat dan memacu permintaan,” kata Dr. Claus Weidner, Presiden dan CEO MBM, dalam email balas kepada Wapcar.my.
Dipasang di kilang pemasangan MBM di Pekan, Merc-Benz GLE 450 menikmati pengecualian penuh SST.
SUV pesaing, BMW X5 berharga RM 475,501 tanpa SST, murah RM 110k berbanding model sebelum ini (CBU) yang diimport dari Amerika Syarikat, berharga RM 584,720 dengan SST.
Sebagai perbandingan, BMW X5 xDrive45e M Sport plug-in hibrid (PHEV) dijual pada harga RM 439,443 tanpa SST.
Mercedes-Benz GLE 450 tidak mempunyai trenkuasa hibird tetapi ia menawarkan praktikaliti 7 tempat duduk yang lebih baik berbanding hanya 5 pada BMW X5 45e.
Baca: Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang?
Selepas GLE 450, MBM dijangka akan melancarkan sekurang-kurangnya 3 lagi model tahun 2021 iaitu Mercedes-Benz E-Class facelift baharu, serta model CKD untuk GLA dan sedan A-Class.
Model E-Class baharu perlu ditawarkan dengan lebih segera di Malaysia kerana BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW 5 Series LCI 2021 yang diperbaharui.
Baca: BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight!
Sementara itu, model CLD untuk sedan A-Class, terutamanya A250, bakal menawarkan alternatif yang lebih berkuasa berbanding BMW 2 Series Gran Coupe CKD (dari RM 211,367), yang hanya didapati dalam varian 218i.
Model Mercedes-Benz GLA CKD akan bersaing dengan BMW X1 CKD, yang bermula pada RM 208,368 untuk varian sDrive18i.
Jika sekatan pergerakan tidak melewatkan operasi kilang di Pekan serta kelulusan harga oleh pihak kerajaan, semua model-model ini sempat dilancarkan dalam tempoh pengecualian SST. Anda berminat?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
Naik taraf
Mercedes-Benz
GLE
175-point inspection
1-year warranty
fixed price, no hidden fees
5-day monry-back guarantee
2021 BMW 2 18I GRAN COUPE (CKD) 1.5
17,522 km
1.5 tahun
Kuala Lumpur
2021 Audi Q3 TFSI ADVANCED 1.4
19,400 km
1.5 tahun
Kuala Lumpur
2019 Mercedes-Benz E 200 (CKD) 2.0
18,238 km
3 tahun
Perai
2020 Lexus UX200 F-SPORT 2.0
11,327 km
2 tahun
Kuala Lumpur
2022 Volkswagen ARTEON R-LINE (CKD) 2.0
2,803 km
0.5 tahun
Petaling Jaya
More
More
2