MITI: VW Malaysia sedang usaha model BEV CKD, ada cadangan menjadikan kilang Pekan sebagai pusat eksport serantau

Anda ingat lagi VW ID.4? Dua unit yang dipertontonkan di tanah air kita pada Oktober 2022 dalam acara VW Fest? Kalau anda perasan, sejak itu, tiada perkembangan yang dikeluarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Selepas pasaran mula dibanjiri oleh Tesla, BYD dan Audi sendiri, ID.4 seperti sudah dilupakan.

Menariknya, satu hantaran di X oleh Menteri MITI Tengku Zafrul memberi petunjuk bahawa VW ID.4 mungkin dilancarkan tidak lama lagi.

Hantaran Zafrul berkata bahawa kilang Pekan milik Volkswagen Group Malaysia (VGM) adalah yang pertama di luar Jerman yang memasang VW Touareg. Untuk pengetahuan anda, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan wakil VGM untuk cadangan menaikkan peranan kilang Pekan sebagai pusat eksport serantau.

Secara amnya, VW Touareg yang dilancarkan pada Mac tempoh hari adalah model paling berkuasa yang pernah dipasang di kilang Pekan.

Juga baca: VW Touareg 2024 facelift (CKD) dilancarkan di Malaysia - RM 469k, 3.0T V6, 8AT, 340 PS/450 Nm

Untuk anda yang belum tahu, VGM ialah syarikat pemasang yang bertanggungjawab menguruskan operasi di kilang Pekan. VPCM pula adalah pengedar yang bertugas dalam aspek jualan dan pemasaran. VPCM juga adalah anak syarikat Porsche Holding Salzburg (PHS), salah satu cabang dalam VW Group.

Mengenai keterangan Zafrul, dimaklumkan bahawa VGM mempunyai pelan untuk memperkenalkan model BEV.

Beliau tidak memberitahu akan model apa yang dimaksudkan tetapi VW ID.4 adalah satu-satunya BEV yang dipertontonkan oleh VW di Malaysia.

VW ID.4 yang dipertontonkan di Malaysia pada 2022 adalah varian Pro Performance. Ia dikuasakan oleh motor belakang (204 PS/310 Nm). Dengan pek bateri 77 kWh, ia mempunyai jarak pandu sejauh 519 km (WLTP).

Juga bacaSpesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda CR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Anda ingat lagi VW ID.4? Dua unit yang dipertontonkan di tanah air kita pada Oktober 2022 dalam acara VW Fest? Kalau anda perasan, sejak itu, tiada perkembangan yang dikeluarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Selepas pasaran mula dibanjiri oleh Tesla, BYD dan Audi sendiri, ID.4 seperti sudah dilupakan. Menariknya, satu hantaran di X oleh Menteri MITI Tengku Zafrul memberi petunjuk bahawa VW ID.4 mungkin dilancarkan tidak lama lagi. Hantaran Zafrul berkata bahawa kilang Pekan mil
Bagi anda yang belum tahu, perniagaan eksport Perodua kini merangkumi Bangladesh dan mereka menjalinkan kerjasama dengan PHP Motors iaitu bekas rakan niaga Proton. Untuk sekarang, terdapat empat model iaitu Aruz, Axia, Bezza dan Myvi. Menariknya, Pengarah Urusan PHP Motors, Mohammed Akhter Pravez turut menambah bahawa syarikat akan memasang model-model itu di kilang Chattogram. Sementara itu, model Perodua yang lain juga akan diusahakan untuk menembus pasaran Bangladesh. Setakat ini, model yang
CAM Malaysia, jenama yang ditubuhkan pada 2009 oleh R&A Marketing Sdn Bhd (anak syarikat Sendok Group) baru sahaja melancarkan van diesel automatik pertama di Malaysia iaitu CAM Kingo 6AT. Bagi anda yang belum tahu, rangkaian produk CAM merangkumi trak ringan, van, bas mini, mesin berat dan trak melombong. Pelancaran hari ini adalah untuk CAM Kingo Series. Sebelum itu, dimaklumkan bahawa Sendok Group mengagihkan kenderaan King Long di Malaysia hasil kerjasama dengan King Long United Automotive I
Berikutan isu dengan BJAK tempoh hari, JPJ memandang serius akan kandungan iklan yang dikeluarkan melalui laman sesawang dan media sosial pihak tersebut berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma. Menariknya, Kementerian Pengangkutan (MoT) semalam berkongsi bahawa mereka tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau s
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan semalam bahawa ia telah menjual sebanyak 7,345 unit kenderaan Toyota dan Lexus pada April 2024. Toyota menyumbang jualan sebanyak 7,213 unit, manakala Lexus yang diimport hanya menyumbang sebanyak 132 unit. Sehingga kini, UMWT telah menjual sebanyak 30,789 unit kenderaan dalam empat bulan pertama. UMWT tidak berkongsi nombor jualan untuk Mac 2024 tetapi angka yang dikumpulkan oleh RHB Investment Bank menunjukkan ia adalah sebanyak 9,688 unit. Ini adalah penuru

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Neta

Neta V

RM 99,800

Lihat Model