Honda
Compare Honda CR-V 1.5TC with 2.0 🤔 Pay extra for the 1.5 TC-P CRV still worth? Or just stick with 2.0...
79
SUV popular Honda CR-V baru saja diintip di atas treler baru-baru ini dan kini Honda Malaysia telah memperkenalkan Honda CR-V 2021 facelift baharu di Malaysia!
Honda CR-V yang dikemaskini itu berharga dari:
Senarai harga ini tidak termasuk SST dan hanya sah sehingga 31 Disember 2020. Tanpa pengecualian SST, harga Honda CR-V adalah seperti yang berikut:
Berbanding model sebelum facelift ini, harganya semakin naik sedikit kerana Honda Malaysia telah menambah kelengkapan baru seperti Honda LaneWatch bagi semua varian yang ada. Manakala, varian 4WD kini merangkumi suite Honda Sensing ADAS dan ‘tailgate’ berkuasa tanpa sentuh.
Di bahagian luarannya, Honda CR-V yang dikemaskini ini tampak menonjol disebabkan oleh bampar hadapan yang digayakan semula serta gril hadapan hitam yang baru. Ia juga diberi lampu brek ‘smoked’ yang baru dan kemasan ekzos baru (satu pada varian 2.0 liter, dua pada varian 1.5 liter). Rim aloi dwi-tona baharu melengkapkan rupa bentuk CR-V baru ini.
Perbezaan dalam ruang dalamannya termasuklah port USB yang dialih ke posisi berlainan, Active Noise Control, dan Remove Engine Start (varian berpengecas turbo sahaja).
Sama seperti yang dulu, Honda CR-V ditawarkan dengan dua tren kuasa. Tren kuasa pertama ialah enjin petrol naturally-aspirated 2.0 liter yang menjana 153 PS dan 189 Nm. Manakala, enjin yang satu lagi ialah enjin petrol berpengecas turbo 1.5 liter yang menjana kuasa lebih tinggi – 193 PS dan 243 Nm.
Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi jenis CVT dan kuasa memacu samada tayar hadapan atau keempat-empat tayar bergantung pada varian.
Lima warna cantik ditawarkan untuk Honda CR-V baharu ini - Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic, dan pilihan serba baru Platinum White Pearl.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
Naik taraf
Honda
CR-V
175-point inspection
1-year warranty
fixed price, no hidden fees
5-day monry-back guarantee
2021 Mazda CX-5 2.0G HIGH 2WD (CKD) 2.0
13,202 km
1.5 tahun
Masai
2018 Mazda CX-5 2WD HI SKYACTIV-G 2.0
29,755 km
4 tahun
Kuala Lumpur
2018 Mazda CX-5 2.0G HIGH 2WD (CKD) 2.0
53,803 km
3.5 tahun
Kuala Lumpur
2018 Honda CR-V TC-P 2WD 1.5
88,255 km
4.5 tahun
Perai
2018 Mazda CX-5 2WD HI SKYACTIV-G 2.0
68,201 km
4 tahun
Kuala Lumpur
More
More
10