Mamak Talk
Kona vs X50 - which is better to buy? Today seen many post about the Proton X50. Seems quite loaded and packed with features. What do you think - do you think its a good fighter to the Kona?
20
Baru-baru ini kami dari WapCar BM telah mendapat jemputan daripada Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) untuk acara uji pandu media SUV segmen B terbaharu mereka, Hyundai Kona yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Kami pernah menguji pandu Hyundai Kona ini semasa pelancarannya di New Zealand beberapa tahun yang lepas. Kali ini dengan spesifikasi untuk pasaran Malaysia, mari kita lihat samaada ianya jauh lebih baik atau lebih kurang sama sahaja.
Walaupun model ini sudah pun berusia tiga tahun (Hyundai baru sahaja melancarkan model facelift di luar negara), Hyundai Kona ini masih nampak segar.
Bagi penulis, Hyundai Kona ini mempunyai rupa dan reka bentuk yang boleh menandingi Proton X50 kerana keduanya nampak unik dan funky berbanding Honda HR-V ataupun Mazda CX-3.
Lampu depan dan belakang dua tingkat adalah ciri utama yang membuatkan Hyundai Kona ini tampil berbeza dengan pesaingnya yang lain.
Ditambah pula dengan fender flare dan reka bentuk rim futuristik, memang Hyundai Kona ini mempunyai auranya tersendiri.
Varian 2.0 Standard datang dengan lampu projektor halogen dan lampu belakang yang menggunakan bulb, manakala varian 2.0 Mid dan 1.6 TGDI datang dengan lampu LED untuk kedua bahagian lampu.
Berbanding reka bentuk eksteriornya yang unik, lain pula ceritanya dengan interiornya yang tampak biasa sahaja.
Dalam bab reka bentuk memang Proton X50 jauh kehadapan. Malah, interior Kona ini tidak terasa mahal atau premium seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3.
Pendek kata, mereka mengambil pendekatan yang selamat dalam rekaan interior. Nasib kesemua susunannya dilampirkan dengan baik dan senang untuk digunakan.
Apa yang membuatkannya nampak sedikit berseri ialah penggunaan warna di jahitan tempat duduk, liang udara, keliling tombol gear, tali pinggang keledar, dan butang push-start.
Tambahan pula, kabin Kona terasa luas dan lapang berbanding Mazda CX-3 yang paling kurang praktikal di dalam segmen ini.
Reka bentuk tempat duduknya juga menawarkan tahap keselesaan dan sokongan yang lebih baik berbanding kedua pesaing Jepun. Penulis amat menyukai keempukan tempat rehat kepalanya.
Dari segi infotainmen pula, skrin sesentuh berukuran 7 inci agak lancar dan senang untuk digunakan dan datang dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta tempat pengecas tanpa wayar Qi. Proton X50 dan Honda HR-V pun tiada ciri-ciri ni tau!
SUV yang cilik ini juga ditawarkan dengan sistem pemanduan ADAS Hyundai Smart Sense bagi varian teratas. BMW X1 pun takde sistem ini! Yang boleh lawan dengan Kona dari segi ini adalah Proton X50 yang baharu.
Yang ada pada Kona ini adalah:
Malah ia ada paparan heads-up berwarna di kluster meternya.
Ketika kami menguji pandu Kona untuk pasaran New Zealand, ia mengendalikan setiap liku dan permukaan di Wellington dan Auckland dengan baik.
Namun sebaliknya yang berlaku untuk pasaran kita, kerana suspensi Kona terasa agak keras. Talaan penyerap hentak ketika menurun (langgar lubang) dan menaik (selepas dah langgar lubang) agak lembab dan sedikit berbuai kerana ia tidak menyerap ketidaksempurnaan di jalan dengan begitu baik.
Ketidaksempurnaan yang kecil bukan masalah yang besar, tetapi lalu saja yang besar memang rasa sedikit terumbang-ambing baik untuk penumpang mahupun pemandu.
Apa yang Kona menang ialah enjin 1.6 liter bercas turbo yang sama dengan Hyundai Elantra Sport. Dengan 177 PS dan 265 Nm tork, ia antara sebuah SUV segmen B yang paling berkuasa di dalam segmen – 10 Nm lebih tork berbanding Proton X50.
Tetapi, pengalaman pemanduan Kona tidak terlalu seronok. Ini adalah pengalaman yang sama selepas uji pandu kami semalam dengan Proton X50.
Anda tidak dapat merasa lonjakan kuasa mahupun prestasi penukaran gear dari transmisi dwi-klac 7 kelajuan (DCT). Walaupun angka di atas kertas nampak gah, tetapi ianya terasa kurang dari apa yang dipaparkan.
Ini kerana transmisi dwi-klac ini telah ditala untuk penjimatan minyak, emisi rendah, dan pemanduan dalam trafik yang lebih lancar. Tambahan pula, DCT di dalam Kona terasa seperti kotak transmisi automatik biasa.
Sebenarnya talaan sebegini lebih sesuai untuk keadaan pemanduan trafik kerana ia memanjangkan hayat DCT serta mengurangkan rasa sentak yang selalu dirasakan dalam jenama lain.
Selain itu, HSDM juga menawarkan enjin 2.0 liter aspirasi natural dengan 149 PS dan 179 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan konvensional untuk varian yang rendah. Meskipun ianya tidaklah berkuasa seperti unit bercas turbo, ia masih lagi cukup untuk kebanyakkan pembeli.
Dari segi penebat bunyi, kami perasan bunyi di bahagian terowong tayar belakang sedikit bising ketika melalui takungan air. Keseluruhan kabin juga tidaklah terlalu senyap. Nasib kualiti sistem audio baik.
Sungguhpun Hyundai Kona ini mempunyai beberapa kelemahan, ianya masih lagi berbaloi untuk dibeli. Walaupun ia tidak sepraktikal Honda HR-V ataupun kepuasan pemanduan Mazda CX-3, Kona ini menyerlah dari segi keselamatan.
Varian teratas 1.6 TGDI mendapat sistem ADAS Hyundai Smart Sense. Honda dengan Mazda pun takde.
Malah, Hyundai Kona dilengkapi dengan lebih banyak kelengkapan dari Kia Seltos yang bakal dilancarkan.
Sekarang HSDM hanya perlu bersiap sedia untuk melawan Proton X50 yang sedang hangat diperkatakan.
Bukan sahaja X50 lebih murah dari Kona, varian teratas X50 juga penuh dengan ciri-ciri dan kelengkapan yang mantap seperti ADAS Level 2, trenkuasa 1.5 liter TGDI yang sofistikated, Auto Park Assist, dan interior yang sangat premium.
Tunggu rebiu yang lebih mendalam daripada kami apabila kami dapat menguji pandu Hyundai Kona dengan kit ujian kelengkapan.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
Naik taraf
Hyundai
Kona
175-point inspection
1-year warranty
fixed price, no hidden fees
5-day monry-back guarantee
2021 Mazda CX-5 2.0G HIGH 2WD (CKD) 2.0
13,202 km
1.5 tahun
Masai
2021 Honda HR-V HYBRID 1.5
17,606 km
1 tahun
Johor Bharu
2018 Mazda CX-5 2WD HI SKYACTIV-G 2.0
29,755 km
4 tahun
Kuala Lumpur
2019 Honda CR-V 2WD 2.0
82,488 km
3.5 tahun
Petaling Jaya
2018 Mazda CX-5 2.0G HIGH 2WD (CKD) 2.0
53,803 km
3.5 tahun
Kuala Lumpur
More
3