Kafe konsep sudah menjadi trend sejak beberapa tahun lalu dimana pengunjung boleh menikmati secangkir kopi dan pengalaman unik dikelilingi deko yang cukup instaworthy.
Peminat Honda di Jakarta sememangnya beruntung kerana PT Honda Prospect Motor kembali membawa inovasi baru setelah secara rasminya membuka Dreams Café powered by Honda pada 7 April lalu.
Terletak di Ground Floor, Senayan Park Jakarta, Dreams Café merupakan kafe pertama di dunia yang dibuka oleh Honda. Ia dibina dan dihias dengan konsep Ayatori – satu permainan tradisi Jepun yang menggunakan cincin benang untuk menghasilkan pelbagai bentuk menarik.
Konsep ini digunakan bagi melambangkan kreativiti tanpa batas yang dimulai dengan idea sederhana dan minimalis. Perincian hitam dan merah memberikan nuansa racing yang sebati dengan karakter jenama Honda.
Berkonsepkan Home of Dream Makers, Dreams Café powered by Honda dirancang untuk menjadi tempat lepak bagi para pencinta Honda dan otomotif yang menyajikan suasana selesa dilengkapi pameran produk dan teknologi inspiratif dari Honda. Pastinya, minuman dan makanan lazat menanti pengunjung yang bertandang ke sana.
Kafe ini adalah hasil kolaborasi antara Honda dan jenama kopi lokal, Dua Coffee. Sebagai menu eksklusif di Dreams Café, Dua Coffee mencipta campuran kopi yang diinspirasikan oleh teknologi Honda, antaranya VTEC Turbrew (diperbuat daripada biji kopi Bali Kintamani yang diekstrak menggunakan nitrogen sejuk) dan Sensing ACC (kopi hitam dicampur air kelapa bagi rasa istimewa).
Lebih menarik, pengunjung Dreams Café juga boleh menikmati hidangan lazat sambil melihat pelbagai paparan istimewa produk dan maklumat teknologi Honda yang terkini – antaranya Honda Civic Type R edisi istimewa dilengkapi dengan aero kit Mugen, Honda City Hatchback RS terbaru, serta motosikal lumba berkuasa tinggi Honda CBR 1000RR-R Fireblade.
Dreams Café powered by Honda juga menawarkan pengalaman interaktif melalui Honda Simulator, dimana pengunjung dapat merasakan sensasi balapan Formula 1 di dalam kafe ini. Setiap bulan, Honda juga akan mengadakan pertandingan dengan menggunakan mesin simulator yang boleh disertai pengunjung disertakan pelbagai hadiah istimewa!
Bilalah agaknya kita boleh melancong ke Jakarta dan berpeluang untuk berkunjung ke Dreams Café ini, ya? Buat masa ini, anda bolehlah cuci mata dan pasang angan-angan terlebih dahulu dengan mengikuti akaun Instagram, Facebook, dan Twitter Dreams Café di @Hondaisme.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
7