Honda popular di Malaysia tetapi model recond tak laku langsung? Ini 3 sebab utama!

Honda merupakan antara jenama kereta paling popular di Malaysia. Kalau anda perasan, Ia sentiasa berentap dengan Toyota untuk merangkul gelaran kereta buatan luar ‘Nombor 1’ di tanah air kita.

Bagi mereka yang belum tahu, lambang ‘H’ telahpun dianggap oleh rakyat jelata sebagai satu simbolik kejayaan. Kiranya, impak jenama dari Jepun ini betul-betul menjadi di Malaysia tetapi kalau anda perasan, model recond Honda seperti tiada langsung di jalan raya kita.

Honda Stepwgn Spada yang dilihat di Malaysia.

Perkara sebegini tidak berlaku pada Toyota. Bahkan model recond Nissan pun ada berlegar di sekitar Lembah Klang.

Sebenarnya, pengimport kereta memang ada bawa masuk Honda Odyssey Absolute dan Stepwgn yang mana ia terkenal dengan pintu but belakang yang cukup pintar. Kalau anda nak tahu, Nissan Serena pun tidak ada daya tarikan seperti model ini.

Apapun, ada sebab kenapa model recond Honda tidak begitu dibeli oleh rakyat Malaysia.

Sebab #1: Isu imej Honda di Jepun

Sambutan buat Honda Fit dan Vezel di pasaran Jepun cukuplah hangat tetapi hanya dua model ini sahaja yang betul-betul menjadi.

Juga bacaHonda HR-V (Vezel) kini dengan 1 tahun tempoh menunggu, sanggupkah anda?

Model Honda seperti CR-V, Civic dan Accord pula cukup popular di luar negara. Malah untuk tahun 2020, CR-V adalah kereta ketiga paling laku di dunia. Namun begitu, pengedar di Jepun mengalami kesukaran untuk menjual model ini.

Juga bacaToyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020

Menurut analisis jualan Japan Automobile Dealers Association (JADA), Hanya 671 unit Honda Civic terjual pada bulan Ogos. Walaupun dengan generasi baru, sedan segmen C ini hanya dapat menduduki tangga ke-47.

Juga bacaHonda Civic Hatchback 2022 didebut – gaya tersendiri, pilihan manual 6 kelajuan dikekalkan!

Sebagai perbandingan, Toyota Corolla (tangga ke-5) dan Mazda 3 (tangga ke-36) dalam bulan yang sama dengan mudahnya memotong jualan Civic di Jepun, masing-masing pada 7,108 unit dan 890 unit.

Untuk CR-V dan Accord, kedua-dua model ini juga tidak tersenarai dalam carta bulanan bagi kategori 50 teratas. Kali terakhir CR-V tersenarai pun adalah pada November 2020 iaitu dengan jualan sebanyak 725 unit.

Walaupun dapat masuk dalam carta, Nissan X-Trail dan Mazda CX-5 tetap lebih laku, dengan masing-masing terjual sebanyak 1,869 unit dan 1,688 unit.

Apapun, Honda tetap berjaya dalam segmen lain, khususnya di pasaran kereta Kei. Untuk pengetahuan anda, jualan Honda N-Series telah meletakkan Honda sebagai antara jenama paling laku dalam segmen kereta Kei di Jepun.

Pada Ogos yang lalu, jualan N-Box yang mencecah 13,229 unit telah meletakkan Honda sebagai nombor 1 dalam segmen kereta Kei. Malah, ia jauh meninggalkan tempat kedua yang disandang oleh Suzuki Spacia (4,000 unit).

Kiranya, Honda tiada masalah dalam menjual kereta Kei tetapi untuk kereta biasa, kebanyakkan agak sukar, terutama jika dibandingkan dengan Toyota. Untuk Ogos 2021, syarikat gergasi Jepun itu menjual sebanyak 6,483 Alphard, manakala Honda Odyssey hanya terjual sebanyak 1,635 unit.

Juga bacaHonda Odyssey hembus nafas terakhir, Malaysia boleh dapat satu facelift lagi?

Begitu juga dengan Honda Stepwgn (2,907 unit) dimana sambutannya hambar berbanding Nissan Serena (4,303 unit) dan Toyota Voxy (4,243 unit).

Juga bacaToyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Walaupun dengan teknologi inovatif seperti pintu ‘Waku-waku’, Honda tetap bukan pilihan pertama dalam kalangan pembeli kereta besar di Jepun.

Sebab #2”: Model terlalu unik

Disebabkan Honda sendiri tidak berapa laku di Jepun, model recond mereka juga tidak akan ada banyak. Apa yang selalunya ada hanya Honda S660, Civic Type R dan N-Box.

Model-model ini pula terlalu unik buat rakyat Malaysia. Kalau dilihat, ia lebih untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Secara amnya, Honda N-Box cukup luas dan ada pintu gelangsar elektronik. Honda S660 pula sebuah sportscar kompak (roadster) yang diilhamkan oleh Honda Beat sekitar tahun 90-an. Walaupun hanya dengan enjin 0.6L turbo dan harga sama seperti Honda Civic 1.5 TC-P, mereka tetap lebih istimewa.

Juga bacaKenali kereta sport ‘kawaii’ Kei dari tahun 90-an

Kemudiannya kita ada Civic Type R. Walaupun ada dijual oleh Honda Malaysia, ramai juga yang inginkan model recond.

Honda Jade.

Sebenarnya, pengedar recond ada mengimport model Honda seperti Odyssey Absolute dan Stepwgn. Malah sesetengah daripada mereka juga ada membawa masuk Honda Jade, iaitu MPV 5+2 penumpang yang berasaskan Civic generasi FB tetapi model ini sudah lama.

Namun begitu, Nissan Juke yang unik seperti model recond Honda yang disebutkan ini tetap lebih banyak di jalan raya kita.

Juga bacaCuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh

Sebab #3: Saingan dari Honda Malaysia

Antara model recond Honda yang popular di Singapura, Freed.

Kalaulah Malaysia ada pasaran terbuka macam Singapura, mungkin lebih banyak model recond Honda yang ada atas jalan raya kita tetapi realitinya bukan begitu.

Juga bacaHonda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair

Mari kita ambil Honda HR-V sebagai contoh. Jikalau pengedar recond ada bawa masuk Honda Vezel dari Jepun, harganya mungkin lebih mahal daripada Honda HR-V RS (RM 119k) – dengan duti dan cas yang lain.

Kalau difikirkan secara logik, tiada siapapun yang sanggup belanja lebih untuk sesuatu yang telah ada unit rasmi dan berharga lebih murah. Lagipun, kredibiliti kereta baharu dan tempoh waranti yang panjang sememangnya tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

Juga bacaBerminat dengan kereta terpakai tapi risau ‘mileage’ yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Sebelum ini, pengedar kereta import seperti USF-Hicom ada membawa masuk model Honda seperti Stepwgn dan Elysion. Naza World juga pernah mengimport Honda Stream yang satu masa dulu pernah dijual oleh Honda Malaysia.

Kalau anda nak tahu, Honda Malaysia menjual Stream pada RM 149,800 dengan waranti 3 tahun. Naza pula menjualnya pada harga RM 186,000 dengan waranti 1 tahun. Memang tiada peluang la cerita dia kan?

Juga bacaApa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia?

Secara keseluruhan, model recond Honda sememangnya tidak berapa laku berbanding jenama Jepun yang lain. Hal ini disebabkan oleh saingan harga dari Honda Malaysia dan faktor jualan di negara Jepun sendiri. Apapun, model recond Honda tetap berbaloi untuk mereka yang mahukan lambang ‘H’ yang lebih menyerlah.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model