window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia?

Mersita Β· Dec 11, 2020 04:00 PM

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 01

20 tahun yang lalu, apabila kereta MPV tengah mencanak naik popularitinya, Honda melancarkan Stream. Tiga tahun selepas itu, pada tahun 2003, Toyota pula melancarkan pesaingnya iaitu Wish.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 02

Kedua-dua MPV ini menjadi kegemaran di kalangan keluarga yang mahukan sebuah MPV yang menonjolkan gaya ‘sporty’. Ia sering dilihat meluncur megah di jalanraya Malaysia, dan mungkin ada dikalangan pembaca yang membesar dengan kereta ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 01

Lama kelamaan, kereta seperti MPV berkembang menjadi SUV crossover. Angka jualan Toyota Wish dan Honda Stream semakin menurun dan akhirnya dihentikan produksinya setelah 14 tahun berada di pasaran. Oleh itu, apa yang sebenarnya terjadi kepada MPV yang pernah suatu ketika dulu popular ini?

Honda Stream – Civic 7 tempat duduk

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 02

Honda Stream mula-mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 2000 dan ia dipasarkan sebagai kereta 7 tempat duduk yang ‘sporty’. Sebahagian besar MPV ini diasaskan daripada Honda Civic generasi ketujuh dan ia lebih panjang untuk memuatkan tempat duduk barisan ketiga.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 03

Diposisikan dalam pasaran di bawah Odyssey, Stream generasi pertama mempunyai penggayaan yang unik – seperti Civic yang tiba-tiba besar dan sado (atau Civic “Breadvan”).

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 04

Enjin i-VTEC K20A

Ia diperkenalkan pada pasaran Malaysia pada tahun 2001, diimpot dari Indonesia. Stream spesifikasi Malaysia dulu ditawarkan dengan dua pilihan enjin; enjin 1.7 liter D17 VTEC (125PS / 154Nm), dan satu lagi ialah enjin 2.0 liter i-VTEC K20A (158 PS/188 Nm). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan automatik 5 kelajuan masing-masing.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 05

Walaupun ia nampak seperti Civic, Stream mempunyai ruang kabin yang sangat luas dan ruang kepala yang luas. Ditambah lagi dengan rupa parasnya yang ‘cool’ dan bergaya, ia jadi kegemaran di kalangan orang-orang muda dan pada zaman dahulu, ia tampak cukup futuristik dan moden.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 06

Model facelift diperkenalkan di Jepun pada tahun 2003 dan ia tiba di Malaysia setahun selepas itu. Selain daripada rupanya yang berlainan dengan Civic, Stream facelift juga diberi enjin yang dipertingkatkan iaitu enjin 2.0 liter K20B i-VTEC dengan ‘direct injection’ yang menjana kuasa kuda 158 PS dan tork 188 Nm. Namun, enjin ini hanya dijual di pasaran Jepun di dalam varian Absolute.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 07

Seterusnya, tiba pula Stream generasi kedua pada tahun 2006. Penggayaannya berubah dan rupa parasnya tampak lebih seperti wagon – menyerupai Odyssey ketika itu.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 08

Stream generasi kedua diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2007, diimpot dari Jepun. Hanya satu pilihan enjin yang ditawarkan di sini iaitu enjin 1.8 liter R18A i-VTEC yang menjana 140 PS dan 170 Nm.

Pada masa itu ia dipadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan. Tren kuasanya dikongsi dengan Civic generasi kelapan.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 09

Pada tahun 2009 pula, varian RSZ facelift pula diperkenalkan di sini dengan rupa paras yang ‘sporty’ termasuklah ‘tailgate spoiler’, rekaan gril corak sarang lebah yang baru, serta lencana RSZ. Tren kuasanya dikekalkan, oleh itu ia bukanlah MPV berprestasi tinggi walaupun ia nampak sepertinya.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 10

Mengikut peredaran zaman dan trend, Stream semakin lama semakin kurang menarik kerana semakin banyak MPV yang lebih mampu milik membanjiri pasaran. Honda menarik balik Stream dari pasaran Malaysia pada tahun 2015, setahun selepas produksi dihentikan di Jepun untuk menghabiskan stok lebihan.

Toyota Wish – Kejayaan penuh harapan

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 11

Berlainan dengan barisan MPV Honda yang agak biasa (Stream, Odyssey, Stepwgn), barisan MPV Toyota pula sudahpun penuh apabila Wish diperkenalkan di Jepun pada tahun 2003.

Diposisikan di atas Spacio dan di bawah Ipsum, pelancaran Wish diadakan dengan meriah dan besar-besaran dengan kempen yang memaparkan Hikaru Utada iaitu salah seorang penyanyi terkenal di Jepun. Secara amnya, pelancarannya lebih kurang seperti kempen Perodua yang memaparkan Yuna.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 12

Wish didatangkan dengan dua pilihan enjin – enjin 1.8 liter 1ZZ-FE (132 PS/170 Nm) dan 2.0 liter 1AZ-FSE (155 PS/192 Nm), yang dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan automatik Super CVT-i masing-masing.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 13

Walaupun ia tidak dilengkapi pintu gelongsor, Wish tampil sebagai salah satu model Toyota yang paling berjaya kerana ia seringkali tergolong dalam senarai Top 5 kereta paling laris di Jepun pada masa itu.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 14

Wish yang ‘secara rasminya’ diimpot didatangkan dengan lencana Toyota di hadapan

Walaupun Toyota Wish cukup berjaya juga dalam pasaran di luar Jepun, di Malaysia pula, kebanyakan unit kereta Wish dibawa masuk menerusi impot tidak rasmi. Pada tahun 2006. UMW Toyota melancarkan Wish secara rasmi tetapi ia hanya ditawarkan dengan enjin 2.0 liter 1AZ-FE (147 PS/190 Nm) yang dikongsi dengan Camry dan ia diimpot dari Thailand.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 15

Jika dibandingkan dengan Wish ‘recon’, Wish ‘rasmi’ tidak begitu laris kerana pembeli lebih berminat dengan harga yang rendah.

Inilah salah satu sebab mengapa UMW Toyota memilih untuk tidak mengimpot Wish generasi kedua. Wish generasi kedua ini, dengan kod nama AE20, diperkenalkan di Jepun pada tahun 2009.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 16

Ia masih mengekalkan rekaan seperti wagon, tapi secara amnya ia masih dilihat sebagai rekaan biasa yang generik. Enjinnya dipertingkatkan kepada 1.8 liter 2ZR-FAE (144 PS/176 Nm) dan 2.0 liter 3ZR-FAE (158 PS/196 Nm). Hanya satu jenis transmisi yang didatangkan iaitu automatik Super CVT-i.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 17

Walaupun ia tiada saluran rasmi, Wish masih kekal popular dalam pasaran impot tidak rasmi. Tapi, jika dibandingkan dengan Alphard dan Vellfire, popularitinya di sini tidak akan bertahan lama.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 18

Satu model facelift diperkenalkan pada tahun 2012 dengan penggayaan yang lebih ‘sporty’ sedikit. Tapi, Toyota akhirnya menghentikan produksi Wish pada tahun 2017.

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia? 19

Walaupun legasi Honda Stream diteruskan dalam Honda Jade, Toyota tidak ada pengganti yang elok bagi Wish. Ini adalah MPV yang suatu ketika dulu pernah popular di Jepun dan luar negara itu. Tapi, disebabkan minat pembeli terhadap MPV mula menghilang, adakah ‘hilang selera’ bagi gaya badan kereta ini akan jadi sama seperti sedan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda