window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama "Toyota Kancil" tetapi memilih "Kijang" kerana...

Haris Β· Dec 24, 2022 06:00 PM

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Di Malaysia, Toyota Innova dilihat sebagai MPV keluarga yang sederhana (atau teksi lapangan terbang) tetapi di Indonesia, ia mewakili banyak pencapaian sejak 45 tahun lalu. Dikenali sebagai Toyota Kijang (atau Kijang Innova) di kepulauan Nusantara itu, MPV ini adalah kereta yang memulakan industri automotif Indonesia.

Kijang telah menjadi nama yang tidak asing bagi rakyat Indonesia malah dianggap sebagai kereta nasional tidak rasmi di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya, beberapa jenama pengeluar kereta tempatan pernah muncul di Indonesia sejak Kijang pertama kali dilancarkan di kilang Toyota Jakarta Utara pada tahun 1977 namun tiada jenama tempatan yang mampu mencapai kejayaan yang sama seperti Kijang Innova.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Tanda nama Kijang di Innova baharu

Kunci bagi populariti Kijang Innova di kalangan rakyat Indonesia ialah kemampuan MPV ini dalam mengangkut ramai orang, sama ada keluarga atau penumpang, serta barangan di samping harga berpatutan untuk dimiliki dan dikeluarkan. Terdapat peminat yang bimbang nama itu akan digugurkan dalam Innova generasi ketiga terbaharu ini tetapi bernasib baik kerana nama Kijang tetap diteruskan, sekurang-kurangnya di Indonesia.

Also read: All-new 2023 Toyota Innova Zenix makes world debut; 2.0L Dynamic Force hybrid, TNGA, price from RM 122k

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Menggabungkan kedua-dua nama Innova dan nama pendahulu asalnya, nama Kijang telah berada di Indonesia selama 7 generasi tetapi tahukah anda bahawa itu bukan perancangan asalnya? Toyota sebenarnya mahu menamakan kenderaan serba boleh ini dengan nama "Toyota Kancil" tetapi rancangan itu tidak direalisasikan atas sebab yang akan diulas di bawah.

Paling berbeza dalam sejarahnya, apa maksud nama Zenix pada Toyota Innova generasi 2023?

Memenuhi keperluan asas

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

An ad for the Colt T120 from the 1970s

Apabila PT Toyota Astra Motor (TAM) ditubuhkan pada tahun 1971, pasaran kereta Indonesia kebanyakannya didominasi oleh kereta import. Pengeluaran kenderaan tempatan dihadkan kepada pemasangan separa (semi-knock-down atau SKD) pelbagai kenderaan komersial seperti van Mitsubishi Colt T120.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Iklan Toyota Indonesia pada awal 1970-an

Model pertama yang diperkenalkan oleh TAM ialah Corona dan Corolla yang diimport (CBU) ke Indonesia.

Kemudian pada tahun 1974, kerajaan Indonesia di bawah Presiden Suharto mula memperkenalkan had yang diimplementasikan secara beransur-ansur ke atas kenderaan import CBU yang semakin memuncak apabila melaksanakan pengharaman penuh ke atas kenderaan yang diimport ke negara itu.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

TAM pada awalnya merancang untuk mempamerkan sekurang-kurangnya dua model Toyota di pameran Jakarta Fair 1975 yang bertujuan untuk meraikan ulang tahun ibu negara dan mempamerkan teknologi terkini dari industri Indonesia. Memandangkan larangan import kenderaan baru sahaja dilakukan, pasukan di TAM memutuskan bahawa adalah mustahil untuk mempamerkan dua model Toyota yang tidak dinamakan itu.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

German-Greek Farmobil, antara BUV pertama di dunia

Sebaliknya, pengarah dan pengasas PT Astra International, pemilik separa Toyota Indonesia dengan usaha sama TAM, William Soerjadjaja, mencadangkan untuk menghasilkan model baharu yang didorong oleh dasar Suharto untuk memajukan lagi negara. Penyelesaiannya ialah kenderaan komersial ringkas yang dikenali sebagai Basic Utility Vehicle (BUV) - progenitor kepada MPV.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Bedford Harimau (atas) dan Citroen Baby-Brousse (bawah)

BUV pada asasnya ialah kenderaan komersial yang diringkaskan bagi tujuan pengeluaran yang murah dan disasarkan pada kebanyakan pasaran membangun, terutamanya di Asia, Amerika Latin dan Afrika.

Idea BUV bukanlah sesuatu yang baharu pada masa itu dengan beberapa contoh yang ketara seperti Bedford Harimau di Malaysia dan Citroen "Baby-Brousse" di Afrika.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Toyota tidak mempunyai sebarang jenis kenderaan pada masa itu tetapi inspirasi untuk memiliki kenderaan asas untuk pasaran membangun adalah langkah pertama yang penting untuk penguasaan jenama Jepun itu di Asia Tenggara.

Baca: Toyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka?

Kerbau dan buaya

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Pada 9-Jun 1975, Toyota memperkenalkan prototaip BUV berkotak di Jakarta Fair tahun itu. Walaupun kenderaan asas itu kelihatan cukup ringkas, ia masih lagi merupakan suatu anjakan dalam pakej keseluruhan, terutamanya bahagian hadapan berhud yang menempatkan enjin 1.2 liter diesel.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Kebanyakan kenderaan komersial pada masa itu termasuk van Mitsubishi Colt yang laris menggunakan rekaan cabover yang bermaksud enjin terletak di bawah tempat duduk pemandu atau penumpang hadapan. Lokasi enjin Toyota BUV menjadikannya sesuai untuk perniagaan dan penyelenggaraan adalah semudah kereta biasa.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Toyota Tamaraw

Kenderaan asas ini dipanggil 'Buaya' kerana cara hud hadapan dibuka kelihatan seperti buaya yang sedang menganga. Walaubagaimanapun, Indonesia bukanlah negara pertama yang memasarkan model Toyota ringkas ini kerana penghormatan itu adalah milik Filipina yang menyaksikan kenderaan yang sama dinamakan 'Toyota Tamaraw' dilancarkan pada Disember 1976.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Tamaraw ialah nama spesis kerbau yang berasal di pulau Mindoro di Filipina dan pasukan Toyota mahukan nama haiwan yang mempunyai bunyi yang sama keras dalam bahasa ibunda untuk pasaran Indonesia. Menurut Naib Presiden Pengarah Toyota Motor Sales Asia ketika itu, Seisi Kato, nama itu pada mulanya turut dicadangkan untuk pasaran Indonesia.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Tetapi apabila pasukan dari Jepun mencadangkan nama itu kepada TAM, pihak Indonesia menolaknya mentah-mentah. Menurut Kato, kerbau dilihat 'tidak keras' dan agresif di Indonesia, tidak seperti di Filipina.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Jadi, Pengurus Besar Bahagian Jualan TAM, Mikio Nomura mencadangkan nama lain iaitu - Toyota Kancil. Rakyat Malaysia mungkin sudah terbiasa dengan nama itu kerana ia sering dikaitkan dengan kisah sang kancil pintar yang akhirnya diletakkan menjadi nama kereta yang hanya orang bersaiz kecil dan pintar akan membelinya. Namun, rakyat Indonesia melihat sesuatu yang lebih negatif terhadap nama 'Kancil'.

Nama Kancil juga ditolak

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Secara teknikalnya masih Toyota Kancil

Kisah-kisah Sang Kancil sering berakhir dengan kancil yang licik dan bijak menggunakan kepintarannya untuk melarikan diri daripada menghadapi masalah. Rakyat Indonesia melihat sentimen yang berbeza kerana Kancil dilihat lebih cenderung kepada licik dan bukannya pintar justeru nama ini turut ditolak atas sebab konotasi yang negatif.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Apabila nama Kancil digugurkan, seekor lagi haiwan dalam keluarga sejenis mendapat perhatian semasa membuat keputusan ini. Nama lain yang dicadangkan ialah 'Kijang' dan haiwan ini mendapat persetujuan hampir sebulat suara daripada pasukan Indonesia.

Nama Kijang memenuhi kesemua aspek yang diterangkan oleh Nomura tentang kenderaan yang mencerminkan kegagahan, ketangkasan, dan aktif.

Salah satu orang penting yang memutuskan nama Kijang ialah bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla di mana keluarganya mengendalikan Kalla Group yang juga merupakan pengedar Toyota di beberapa tempat di Indonesia.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Kenyataan ini bertentangan dengan spekulasi yang dibuat-buat sebelum ini bahawa nama itu bermaksud "Kerjasama Indonesia Jepang" yang disebut oleh beberapa media automotif. Walaupun salah satu sebab proses pembangunan Kijang adalah untuk menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi Indonesia, keseluruhan akronim itu hanya dicipta kemudian, secara tidak rasmi.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Toyota Kijang membuat penampilan pertamanya di Indonesia pada Jun 1977 dan akhirnya menjadi kenderaan terlaris yang mengukuhkan kedudukan Toyota di Nusantara sepenuhnya untuk empat setengah dekad akan datang. Sesuatu yang serba boleh seperti ini tidak boleh dinamakan Kancil dan ia adalah satu keputusan yang bijak oleh pasukan TAM.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Perodua Kancil juga akhirnya menyusul ke Indonesia namun seperti model pendahulunya, nama Kancil tidak digunakan. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh konotasi negatif yang dijelaskan sebelum ini menyebabkan Perodua Kancil rebadge yang dijual di Indonesia memilih nama Daihatsu Ceria.

Tahukah anda, Toyota Innova hampir guna nama

Dengan era globalisasi, nama Kijang nampaknya diteruskan di Indonesia namun bagi menangkap pasaran yang lebih luas, Toyota Innova kini mengenakan nama 'Zenix'. Daripada BUV kepada MPV, ia kini digelar sebagai kenderaan 'Innovative Multipurpose Crossover' di samping pertama kali menggunakan enjin hibrid sepanjang penghasilannya. Selepas ini, mungkin kereta rakyat Indonesia akan menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya. Ke mana pula hala tuju kereta rakyat Malaysia?

Baca: Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda