window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cubaan jual Toyota Vellfire curi pada RM 20k gagal, Honda Civic yang diguna juga kantoi dicuri

Faisal ยท Nov 11, 2021 10:00 AM

Cubaan jual Toyota Vellfire curi pada RM 20k gagal, Honda Civic yang diguna juga kantoi dicuri 01

Foto: Polis Klang Selatan.

Cubaan dua lelaki berusia 40-an untuk jual sebuah Toyota Vellfire pada harga RM 20,000 tidak kesampaian apabila pihak polis berjaya menahannya di stesen minyak berhampiran Plaza Tol Jalan Duta pada 5 November (Jumaat) yang lalu.

Sebelum ini, suspek dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah, curi kenderaan mewah dan senjata api di Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah.

Dalam tangkapan pada jam 5.15 petang itu, suspek didapati cuba melarikan diri dengan melanggar kenderaan polis sehingga menyebabkan kecederaan pada kaki dan tangan anggota yang bertugas. Susulan itu, satu tembakan telah dilepaskan ke tayar belakang belah kanan pada Honda Civic putih yang suspek guna.

Untuk makluman anda, penangkapan suspek mula diusahakan sejak pihak polis menemui sebuah Toyota Vellfire di kawasan parkir kereta KLIA pada malam 3 November yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada malam 4 November pula, pihak polis berjaya menemukan selaras senapang patah jenis Webley & Scott milik bapa mangsa yang dicuri oleh suspek sebelum ia dibuang di Jalan Dato Harun, Pulau Indah.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek pertama baru dibebaskan dari tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Malah, lelaki itu juga mempunyai 58 kes jenayah lampau yang membabitkan 47 pelbagai jenayah dan 11 rekod yang berkaitan dadah. Tidak cukup dengan itu, lima daripadanya masuk dalam senarai yang dikehendaki.

Suspek kedua pula ada 4 rekod jenayah berkaitan dadah. Menariknya, kedua-dua suspek didapati mencuri kereta Honda Civic yang digunakan buat melarikan diri dengan menukar ke nombor pendaftaran palsu di Taman pelangi, Johor Bahru pada 29 Oktober lepas.

Cubaan jual Toyota Vellfire curi pada RM 20k gagal, Honda Civic yang diguna juga kantoi dicuri 01

Foto: Polis Klang Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, mangsa yang berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pengurus sebuah stesen minyak itu baru pulang dari bercuti di Langkawi. Sebaik sahaja sampai, dia mendapati pagar dan pintu rumah bapanya di Kampung Sungai Kembong terbuka.

Mangsa kemudian terus membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa senapang patah, lapan beg tangan jenama Coach, Longcamp dan Bonia kepunyaan ibunya serta Toyota Vellfire putih milik adik iparnya hilang.

Secara keseluruhan, polis telah merampas dua telefon bimbit, lima beg tangan, satu beg galas yang mengandungi peratan untuk pecah rumah, empat master key dan lapan alat kawalan jauh kenderaan pelbagai jenis. Di samping itu, mereka turut merampas dua kad Touch ‘n Go, satu Smart Tag, tiga alat pemproses kunci automatik, satu mesin gerudi dan satu palam universal.

Pihak mahkamah telahpun membenarkan reman terhadap suspek selama enam hari bermula 6 – 11 November.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 14 tahun ataupun didenda dan disebat akibat kesalahan berulang.

Mereka turut disiasat di bawah 379A Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan bersalah boleh dikenakan denda dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih melebihi tujuh tahun.

Sumber: Utusan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda