window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Faisal · May 25, 2021 08:00 PM

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 01

Baru-baru ini, sebuah bengkel di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat mengubah suai ‘mileage’ kereta telah hangat diperkatakan oleh warganet. Namun begitu, menukar bacaan odometer kereta adalah salah di sisi undang-undang. Menariknya, servis mengubah mileage kereta bukanlah sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi dalam sektor kereta terpakai dan recond.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 02

Jadi bagi anda yang berminat untuk beli kereta ini, bagaimana cara mudah untuk anda tahu bahawa perbatuan kereta tersebut telah diubah?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca‘Adjust mileage’ dan hilangkan lampu ‘warning’ pada kereta terpakai, jaga-jaga!

Rekod penyelenggaraan

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 01

Perkara asas yang anda perlu minta ialah rekod penyelenggaraan. Dengan buku ini, anda dapat tahu samada kereta tersebut diservis tepat pada waktunya ataupun sebaliknya. Malah, perkara yang telah ditukar atau diganti seperti bendalir dan cecair penyejuk ataupun pemanggilan semula sekalipun boleh diketahui.

Tidak cukup dengan itu, buku ini turut memaparkan rekod mileage. Jadi, anda boleh padankan sendiri dengan bacaan odometer kereta tersebut. Sekiranya mileage dalam buku tersebut lebih tinggi daripada bacaan odometer, sudah pasti perbatuannya telah diubah.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 02

Kredit.

Untuk kereta lama pula, anda boleh meminta resit dari pemilik untuk mengetahui butiran penjagaan sepanjang pemilikan kereta tersebut. Kebiasaannya, pemilik yang betul-betul menjaga keretanya akan menyimpan resit-resit penting. Tambahan pula, resit bengkel yang bertauliah akan meletakkan sekali bacaan mileage ketika itu.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 03

Rekod servis juga penting untuk mengetahui apa yang perlu ditukar setelah kereta tersebut menjadi milik anda.

Sekiranya resit atau buku penyelenggaraan tidak ada, lupakan sahaja kereta tersebut. Walaupun kondisi kereta nampak cantik, adalah lebih wajah untuk anda berhati-hati.

Komponen haus yang tidak masuk akal

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 04

Setiap komponen mempunyai jangka hayat yang tersendiri. Itupun bergantung pada cara pemanduan dan penjagaan dari pemilik. Walau bagaimanapun, ada jangka masa yang logik sebelum tiba waktunya.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 05

Contohnya, spark plug kebiasaannya boleh tahan sehingga 100,000 km. Jadi sekiranya anda beli kereta yang mempunyai bacaan odometer sebanyak 50,000 km tetapi sudah perlukan spark plug yang baru, ada benda yang tidak kena lah maksudnya.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 06

Odometer sudah 90,000 km tetapi tetap rasa macam kereta baru.

Salah satu dari penulis WapCar sendiri memiliki kereta yang sudah mencecah 90,000 km. Komponen suspensinya masih berfungsi dengan baik. Kebiasaannya, mekanikal sesuatu kenderaan memerlukan pertukaran selepas 100,000 km. Malah, sesetengah komponen boleh tahan lebih lama.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 07

Kalau dah macam ini, lupakan sahaja walaupun sayang melihatnya.

Jadi sekiranya kereta tersebut rasa longgar, letih ataupun berbunyi pelik walaupun odometer hanya mencatatkan kurang dari 50,000 km, berkemungkinan besar bacaan perbatuannya telah dipalsukan.

Konklusi

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 08

Sebagai langkah berjaga, bawalah sekali mekanik yang anda percaya sewaktu memilih kereta terpakai yang hendak dibeli. Mereka boleh meneliti kondisi sesuatu kereta dengan lebih terperinci.

Berminat dengan kereta terpakai tapi risau 'mileage' yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa! 09

Mengenai isu penipuan bacaan odometer yang disebutkan, masalah ini sebenarnya sudah sampai ke tahap yang membimbangkan kerana servis tersebut sudah diiklankan tanpa segan silu. Sebelum pihak berkuasa kenakan tindakan, kita boleh mengambil langkah berjaga dengan memastikan bahawa kereta terpakai yang ingin dibeli itu bebas dari pemalsuan mileage.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda