window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu?

Haris Β· Jun 10, 2023 04:00 PM

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 01

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai kos penyelenggaraan, mungkin anda ada perancangan untuk mendapatkan Toyota Vios D92A serba baharu yang baru sahaja dilancarkan tahun 2023 ini.

Dengan 2 varian bermula dari RM 90k, Toyota Vios serba baharu adalah jauh lebih mahal berbanding generasi terdahulunya yang bermula dari RM 75k sahaja.

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketepikan sentimen harga, Toyota Vios masih dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-VE Dual-VVT-i yang menghasilkan angka output yang lebih rendah daripada generasi lama, 106 PS (-1 PS) dan 138 Nm (-2 Nm).

Unit ini dipasangkan dengan kotak gear CVT baharu dengan 7 gear maya yang menurut Toyota mampu memberikan pecutan yang lebih cepat dan meningkatkan kecekapan bahan api.

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 01

Tetapi cukup mengenai itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Vios, semak artikel pelancaran kami. Kami akan menumpukan pada kos penyelenggaraan raja sedan segmen B baharu ini.

Kos penyelenggaraan Toyota Vios 2022
Bulan Jarak Perbatuan (km) Servis Harga (RM)
1 1,000 Biasa 185.00
6 10,000 Biasa 295.00
12 20,000 Biasa 295.00
18 30,000 Biasa 295.00
24 40,000 Biasa, Minyak brek dan Penapis Udara 485.00
30 50,000 Biasa 295.00
36 60,000 Biasa 295.00
42 70,000 Biasa 295.00
48 80,000 Biasa, Minyak brek, Penapis Udara dan Penapis Petrol 898.75
54 90,000 Biasa 295.00
60 100,000 Biasa, Minyak CVT dan Palam Pencucuh Iridium 845.00
Jumlah (RM) 4,478.75

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 02

Untuk servis pertama 1 bulan / 1,000 km, UMW Toyota memberikan upah pekerja secara percuma justeru pemilik hanya perlu membayar kos alat ganti sahaja.

Menurut laman web rasmi UMW Toyota Malaysia, jumlah kos untuk menyelenggara Toyota Vios baharu di pusat servis rasmi dalam tempoh 5 tahun/100,000 km ialah RM 3,515.00 mengikut pakej MaxCheck Advance/Advance Plus.

Jangkakan peningkatan kos sekitar +RM30 sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan minyak enjin Full-Synthetic.

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 03

Toyota, seperti mana pengeluar lain sebelum ini menyarankan supaya minyak CVT ditukar pada sekitar 80,000 km tetapi bagi Toyota Vios D92A baharu, ia disarankan pada 100,000 km.

Kos penyelenggaraan juga dilihat terbahagi dengan baik untuk keseluruhan tempoh pemilikan selama 5 tahun / 100,000 km.

Baca: Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand!

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 04

Kos paling mahal adalah pada 4 tahun / 80,000 km yang memerlukan penggantian minyak brek dan bahagian berkaitannya di samping tambahan penapis petrol, pam, o-ring dan gasket penyedut petrol yang memerlukan gantian selang 80,000 km. Kesemua ini pada RM 898.75.

Perlu diingatkan bahawa kos ini tidak termasuk perbelanjaan lain seperti penggantian bateri dan tayar. Bercakap mengenai tayar, saiz tayar Toyota Vios adalah berbeza mengikut varian. Berikut adalah periciannya:

  • Vios 1.5 E - 195/60/R16 rim aloi
  • Vios 1.5 G - 205/50/R17 rim aloi

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 05

Bagi tayar 16-inci, kos untuk satu unit tayar adalah bermula sekitar RM 220 sehingga mencecah RM 400 ke atas. Bagi tayar 17-inci pula, kos ini meningkat bermula daripada RM 300 bagi satu unit.

Pesaing dalam segmen-B kesemuanya menggunakan tayar 16-inci namun hanya Vios sahaja yang mengenakan tayar setanding sedan segmen-C.

Sediakan juga kos penukaran bateri yang perlu ditukar sekitar 2-3 tahun. Sediakan RM 190 - RM 250 untuk ini.

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 06

Lebih mahal dengan RM 90k untuk varian rendah, berapa pula kos servis Toyota Vios D92A baharu? 07

Sebagai perbandingan, kos penyelenggaraan untuk Honda City dan kosnya ialah RM 3,669.71 untuk varian petrol standard dalam tempoh 5 tahun/100,000 km.

Bagi Nissan Almera Turbo pula, kos servis adalah sebanyak RM 3,889 pada sela jarak 100,000 km. Tetapi, Nissan Almera Turbo mempunyai selang jarak yang lebih pendek iaitu 7,000 km sahaja (berbanding 10,000 km pengeluar lain) yang bermakna kekerapan servis meningkat.

Baca: Review: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda