window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda!

Faisal Β· Jun 11, 2023 10:00 AM

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 01

Kalau anda perasan, SUV sangatlah laku sekarang ini. Antara sebab kenapa ia begitu digemari adalah posisi memandu yang boleh nampak semua dan kelegaan tanah yang tinggi. Dua perkara ini membawa kepada satu pengalaman yang cukup menenangkan.

Bayangkan kalau anda tiba-tiba perlu pergi ke kawasan yang tidak menentu, memandu SUV pasti lebih mudah dan anda tidak perlu risau akan apa-apa.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi kalau difikirkan semula, sedan juga boleh membuat perkara sama dan perkara ini terbukti sebelum era SUV menerajui pasaran.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 01

Dalam masa yang sama, SUV juga boleh dikatakan lebih mahal daripada sedan dan untuk yang ada bajet RM 200k, kereta yang berbaloi tetap menarik minat ramai. Jadi, kenapa perlu berbelanja lebih kalau tak perlu?

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 02

Topik ini secara tidak langsung membawa kita kepada Toyota Camry yang mana ia kini ditawarkan pada harga RM 219,800. Sebelum anda kata β€œtambah lagi sikit dah boleh dapat BMW 3 Series atau Mercedes-Benz C-Class”, harga permulaan buat kedua-dua kereta ini sudah naik sampai RM 280k.

Lagi satu, kedua-dua calon tidak seluas Camry dan tidak selesa macam legenda segmen D ini. Malah, kawalan pelayaran adaptif (ACC) juga tiada.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 03

Dengan julat harga tersebut juga, kereta eksekutif kompak selalunya mempunyai kuasa sekitar 180 PS sahaja. Enjin Dynamic Force 2.5L NA pada Camry pula menghasilkan sehingga 209 PS.

Bercakap mengenai enjin, unit yang dipakai pada Camry ini cukup responsif dan gemar untuk memutar pada rpm tinggi, sekaligus memberi pengalaman memandu yang lebih dramatik. Transmisi automatik 8 kelajuan yang dipadankan pula mungkin bukan yang terpantas tetapi operasinya cukup lancar dan tidak terasa langsung untuk pemanduan harian.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 04

Malah, talaan titik penukaran gear juga cukup tepat dan memandangkan ia sebuah Toyota, jangka hayatnya pasti dapat bertahan lama. Kalau anda sedang dalam mood rancak pula, terdapat paddle shifter di belakang stereng dan pilihan mod memandu Drive Mode seperti Sport juga disediakan.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 05

Dalam aspek keselamatan, Camry juga terbukti lebih mantap daripada kedua-dua sedan eksekutif kompak. Sistem Toyota Safety Sense (TSS) 2.5+ merangkumi ciri ADAS seperti:

  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi stop-and-go
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA), mengurangkan keletihan sewaktu dalam perjalanan jauh pada jalan lurus dengan mengekalkan kenderaan di tengah lorong.
  • Pre-Collision System (PCS) Detection atau AEB, mengesan basikal (pencahayaan siang sahaja) dan pelintas jalan (siang dan malam).
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dengan fungsi brek automatik untuk mengelakkan pelanggaran dengan kenderaan lain sewaktu mengundur keluar dari tempat parkir.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 06

Di samping itu, Camry juga sarat dengan kelengkapan premium. Antaranya seperti tempat duduk belakang yang boleh dilaras sudut baring secara elektrik melalui perehat tangan tengah, dah macam Lexus. Secara teknikal, penumpang belakang boleh melaras sudut baring sehingga 8 darjah untuk meningkatkan lagi tahap keselesaan.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 07

Pendek kata, dah macam menaik taraf ke β€˜business class’. Selain itu, terdapat ciri penyaman udara 3-zon untuk menyesuaikan tahap dingin antara pemandu, penumpang depan dan penumpang belakang.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 08

Bercakap mengenai interior, Toyota Camry hadir dengan infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto, kamera 360-darjah dan sistem audio JBL dengan 9 pembesar suara. Kualiti bunyi yang dihasilkan pula cukuplah padu.

Dan sedikit fakta menarik buat anda, JBL telah meluangkan masa ratusan jam untuk menala pembesar suara itu supaya audio yang terhasil adalah sempurna untuk kereta yang sedang bergerak.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 09

Tetapi aspek yang paling mengagumkan buat Camry adalah sedan ini dapat menawarkan pemanduan yang mantap tanpa menjejaskan tahap keselesaan.

Mutu keselesaan suspensinya cukup mengagumkan dan kualiti tempat duduknya antara contoh terbaik. Bercakap megenai pemanduan, posisi duduknya juga sangatlah bagus dan setiap kawalan ditala dengan begitu baik. Begitu juga dengan kawalan badannya.

Ada bajet RM 200k dan tak mahu SUV? Toyota Camry patut menjadi pilihan No.1 anda! 10

Jadi, untuk anda yang ada bajet RM 200k, pergi ke bilik pameran Toyota dan cuba pandu uji Camry. Kalau anda jenis yang menghargai dinamik pemanduan yang hebat, tahap keselesaan dan kelengkapan yang premium, tidak hairan kalau anda terus berminat untuk membuat tempahan. Secara amnya, agak jarang sesebuah kereta dapat memuaskan hati pemandu dan penumpang sekaligus dan inilah kualiti yang ada pada Toyota Camry.

Juga bacaRebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda