window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung

Faisal · May 13, 2021 06:00 PM

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 01

Antara istilah yang digunakan untuk menilai kualiti sesebuah kereta ialah ‘Noise, Vibration, and Harshness (NVH)’. Semakin rendah kadar NVH, semakin selesa dan nyaman pengalaman perjalanan tersebut.

NVH adalah subjektif. Dalam kata lain, kita menerima tindakbalas melalui punggung dan telinga. Dalam aspek bunyi, kita menggunakan meter bunyi untuk mengekalkan tahap objektiviti.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum bermula, kami sudah mengetepikan kereta ultra-mewah seperti Rolls-Royce Phantom ataupun Mercedes-Maybach S650 kerana kita akan melihat kereta yang lebih bersesuaian dari sudut rakyat biasa.

Tanpa melengahkan masa, ini adalah 5 kereta paling selesa di pasaran Malaysia sekarang.

Proton X70

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 01

Disamping bahagian dalaman yang dibina dengan baik, Proton X70 juga mempunyai kabin yang paling senyap di dalam kelasnya. Pada 110 km/j, meter bunyi mencatatkan purata 67 dB. Sebagai perbandingan, Honda CR-V mencatatkan 70 dB di jalan yang sama.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 02

Kualiti perjalanan adalah sangat baik, memerikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan badan. Walaupun dalam model pemasangan tempatan (CKD), tahap lentur tidak dikorbankan bagi mengurangkan gulungan badan. Tempat duduk juga selesa dan memberikan sokongan belakang yang mencukupi.

Ford Ranger

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 03

Berlalu sudah hari dimana trak pikap digunakan untuk kerja-kerja berat sahaja. Pikap trak moden telah menjadi cukup mesra sebagai kenderaan gaya hidup dan Ford Ranger adalah contoh terbaik.

Bahagian dalamannya mungkin paling premium berbanding pesaing lain, terutama bahagian papan pemuka yang berbalut kulit. Lebih mengagumkan, ia sangat tenang apabila dipandu.

DI beberapa bahagian lebuhraya MEX dengan berkelajuan 110 km/j, Ford Ranger mencatatkan 63 dB, tetapi ini tidak memberi gambaran yang jelas kerana permukaan jalan baru diturap dan kadar trafik sangat sedikit.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 04

Berbekalkan format badan-atas-kerangka, terdapat beberapa kesan gegaran apabila melalui permukaan berlubang, namun diurus dengan baik. sistem suspensinya menyerap permukaan dengan baik jika dipandu dalam bandar. Tempat duduk di bahagian belakang juga agak selesa kerana bahagian sandar yang bersudut 12-darjah.

Toyota Camry

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 05

Sebenarnya Toyota Corolla Altis adalah pilihan asal kami tetapi ia tidak bersaing baik dari sudut N dalam (NVH) kerana bunyi tayar dan angin agak kuat pada kelajuan lebuhraya.

Dalam pada itu, Toyota Camry pula tetap selesa dan lebih senyap dimana ia mencatatkan bacaan 67 dB pada kelajuan 110 km/j di jalan sama yang telah diuji oleh Proton X70.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 06

Seperti semua Toyota yang berasaskan platform TNGA, terdapat kelancaran pada Camry melalui cara pengendalian dan mutu perjalanannya dimana ia memberi keseimbangan antara pengendalian dan keselesaan.

BMW 5 Series

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 07

Dahulunya, BMW sinonim dengan jiwa yang lebih sporty, dimana keselesaan perjalanan dikompromi hingga ke tahap tertentu. Tetapi sekarang keadaan telah berubah dimana BMW nampaknya telah menguasai seni penalaan suspensi.

BMW 5 Series G30 memberi contoh yang baik daripada segi penguasaan suspensi kerana ia mempunyai ride quality seperti "karpet ajaib", terutama jika anda memilih model asas 520i dengan set roda yang lebih kecil.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 08

Model M Sport dengan suspensi yang lebih sporty dan roda yang lebih besar boleh menimbulkan gangguan kecil pada permukaan kasar, tetapi tidak menjengkelkan.

Kedapan bunyi adalah sangat hebat. Bunyi angin, tayar, dan tren kuasa disenyapkan pada semua kelajuan. Dari bahagian dalam, anda akan terasa seperti dilindung dari dunia luar. Malah, para penumpang juga terasa seperti terkandung dalam dunia mereka sendiri. 

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 09

Namun begitu, kita masih belum menerima data daripada meter bunyi untuk 5 Series G30. Secara subjektif, ia lebih senyap daripada Proton X70 dan Toyota Camry.

Lexus ES 250

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 10

Hmm nampaknya terdapat kembar dalam senarai ini. Apa kata kita menganggap Lexus ES ini seperti sebuah Lexus LS mini daripada menganggapnya seperti Toyota Camry versi atasan ?

Bahagian dalamannya terasa mewah sepertimana anda jangkakan dalam Lexus dengan bahan dan ketukangan yang premium. Terdapat banyak ruang di bahagian belakang, malah terbaik di dalam kelasnya.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 11

Dan dari segi keselesaan perjalanan, ia lebih baik daripada BMW 5 Series walaupun hanya menggunakan suspensi pasif.

Bagi tahap bunyi, Lexus ES mencatatkan bacaan 65 dB pada 110 km/j. Ini menjadikannya antara kereta paling senyap yang pernah kami uji setakat ini. Tingkapnya mempunyai dua lapisan sehingga bunyi luaran disenyapkan dengan luar biasa.

5 kereta paling selesa untuk perjalanan balik ke kampung 12

Ya, Adrian, kami tahu ia sangat selesa.

Yang dapat anda dengar hanyalah bunyi getaran tayar yang samar-samar, itupun kerana telinga anda selalu mencari bunyi untuk didengar.

Oleh itu, inilah 5 kereta paling selesa (sekurang-kurangnya lebih realistik untuuk dimiliki) yang kini dalam pasaran di Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda