window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero!

Zamil Syaheer · Apr 14, 2024 02:00 PM

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 01

Ralliart adalah nama yang sinonim dengan warisan sukan permotoran dan kereta berprestasi di bawah Mitsubishi Motors. Pencapaian mereka di atas kerikil, asfalt, salji, pasir, dan apa saja jenis laluan bermula pada tahun 1970-an dan berterusan hingga hari ini.

Dalam video terbarunya, Mitsubishi mewawancarai jurutera daripada Kejuaraan Rali Dunia (WRC) terdahulu hingga pasukan Asia Cross Country Rally (AXCR) terkini yang berjaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejayaan Mitsubishi dalam perlumbaan antarabangsa bermula 50 tahun lalu apabila Joginder Singh dari Kenya menyertai rali Safari 1973 sebagai pelumba persendirian. Beliau mengendalikan sebuah Galant 16L GS tetapi kejayaan pertama kepada pasukan rali Mitsubishi datang pada Oktober tahun yang sama apabila 4 daripada 5 Lancer 1600 GSR membawa pulang tempat pertama hingga ke tempat keempat dalam rali Southern Cross.

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 01

Kemenangan tersebut mencetuskan minat salah seorang jurutera untuk menyertai bahagian sukan permotoran Mitsubishi dan pada tahun 1980-an, pasukan itu melihat banyak kemajuan dengan kereta rali bertenaga turbo seperti Lancer EX dan Starion.

Episod kejayaan Mitsubishi dalam WRC bermula ketika Lancer Evolution pertama menyertai WRC pada tahun 1993, mencapai status legenda dengan memenangi gelaran juara keseluruhan bagi pengeluar pada tahun 1998.

Baca juga: Ini kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 02

Walau bagaimanapun, perlumbaan Dakar yang benar-benar meletakkan Mitsubishi dan Ralliart di mata dunia sukan permotoran. Mereka mendominasi acara tersebut dengan rekod 12 kemenangan yang antara tahun 1982 dan 2007.

Walaupun Mitsubishi menarik diri daripada acara tersebut, jenama Tiga Berlian masih diingati dengan penyertaan mereka dalam salah satu perlumbaan melintasi benua yang paling sukar dan berbahaya di dunia.

Baca juga: Sejarah Mitsubishi Pajero pertama – dari juara rali Dakar Paris ke sebuah SUV keluarga

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 03

Mitsubishi MiEV Evolution II 2013

Walaupun ramai yang tahu tentang kejayaan Ralliart dalam WRC dan Dakar, terdapat perlumbaan lain yang mencabar di mana Mitsubishi bersaing. Ini kerana ia membantu dengan pembangunan dan mendorong keupayaan teknologi baru.

Ralliart menyertai Pikes Peak International Hillclimb sebagai cara untuk menunjukkan kebolehan sebuah kereta lumba bertenaga elektrik dalam acara perlumbaan mendaki bukit yang paling mencabar di dunia. Perlumbaan 2013 juga membolehkan Mitsubishi menunjukkan ciri Kawalan Yaw Aktif (AYC) dalam tetapan elektrik penuh.

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 04

Dua tahun kemudian pada tahun 2015, Ralliart menyertai Baja Portalegre 500 dalam kereta rali Mitsubishi Outlander PHEV. Ia hampir sama dengan model yang dijual pada awam dimana kereta rali hibrid plug-in itu menduduki tempat ketiga pada hari pertama.

Keputusan hari pertama itu menarik perhatian semua orang yang pada mulanya menolak PHEV sebagai tidak mampu menyelesaikan laluan rali yang sukar. Walaupun pasukan itu jatuh dalam kedudukan sepanjang hari berlalu, ia berjaya menamatkan perlumbaan, membuktikan keupayaan kenderaan elektrik dalam laluan rali yang sukar.

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 05

Pelajaran dan teknologi yang diperoleh daripada legenda Ralliart diteruskan dengan Mitsubishi Triton. Trak pikap itu menunjukkan kecekapan dengan memenangi kejuaraan AXCR pada tahun 2022.

Pasukan Ralliart akan terus menyertai AXCR 2024 dengan Triton yang baru dengan permulaan pada bulan Ogos, dengan harapan untuk mengambil semula gelaran selepas menamatkan musim lalu di tempat ketiga.

Video: Mitsubishi Triton membawa semangat Ralliart bersama otai seperti Lancer Evo dan Pajero! 06

Walaupun keadaannya berbeza sekarang daripada sebelumnya, jurutera lama masih meneruskan pengetahuan mereka tentang sukan kepada generasi seterusnya, meneruskan legasi Ralliart. Sama ada dalam WRC, Dakar atau AXCR, semangat warisan motorsport Mitsubishi terus berkekalan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda