window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya!

Zamil Syaheer · Jan 25, 2024 02:00 PM

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 01

Kami percaya ramai yang keliru dengan maksud lambang RS Honda. Ia kedengaran seperti singkatan untuk model berprestasi tinggi, namun RS di sini tidak bermaksud "Rushing Speed" atau "Racing Sports" tetapi “Road Sailing”.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 02

Gelaran “Road Sailing” itu sendiri tidak terasa padu berbanding Type R atau bahkan SiR yang digunakan pada Honda yang berprestasi, namun lambang RS itu penting sebenarnya. Ia pertama kali digunakan pada Civic generasi pertama dan mengubah kereta kompak yang biasa kepada model sports compact yang mantap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 01

Secara amnya, Honda Civic generasi pertama adalah kereta yang mesra alam, dikenali dengan penggunaan enjin CVCC yang efisyen. Ia juga menjadi model yang amat penting, menyelamatkan Honda daripada kegagalan dan menjadi model yang bertaraf global.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 02

Dua tahun selepas debut Civic, Honda melancarkan Civic 1200 RS pada Oktober 1974 sebagai respons kepada peminat yang terbiasa dengan model berprestasi seperti S600 dan S800. Honda berkata RS merujuk kepada "Road Sailing", memberi fokus kepada pemanduan berkelajuan tinggi yang sesuai untuk lebuh raya.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 03

Menggerakkan Civic RS pertama adalah enjin DOHC 1.2 liter dengan sistem karburetor berkembar. Walaupun angka 76 PS/101 Nm kedengaran biasa pada standard hari ini, ia pada dasarnya merupakan hot hatch awal pada zamannya. Unit ini dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan - sesuatu yang tidak didengar pada kereta yang sama taraf seperti pada masa itu - dan mempunyai penalaan suspensi yang lebih sporty.

Hanya 20,000 unit yang pernah dibuat, kebanyakan dalam warna Sunset Orange yang cerah. Civic RS pertama hanya dijual selama setahun sebelum peraturan pelepasan emisi mempengaruhi jangka hayat singkatnya. Kebanyakan daripadanya digunakan dalam acara litar di seluruh Jepun, jadi hanya tinggal beberapa unit sahaja yang masih wujud sehingga hari ini.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 04

Honda akan terus menghasilkan varian berorientasi prestasi Civic dengan setiap generasi berikutnya. Generasi kedua ada CX, generasi ketiga ada Si, sementara lambang SiR pada 3 generasi seterusnya menjadikan Civic sebagai pilihan ramai peminat kenderaan yang mahu memiliki kereta prestasi yang mampu milik.

Baca juga: Selepas 11 generasi dalam 50 tahun, Honda Civic generasi mana yang terbaik pernah dihasilkan?

Kemudian, Honda Civic Type R tiba di pasaran, serta merta menaikkan taraf Civic ke wilayah kereta berprestasi tinggi. Sejak tahun 1997, lambang R merah yang terkenal telah menjadi varian perdana Civic sejak itu.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 05

Lambang RS tidak digunakan selama 32 tahun sebelum dihidupkan semula pada Honda Fit di Jepun pada tahun 2007. Akhirnya, lambang itu digunakan pada pelbagai model Honda di dalam dan luar negeri, termasuk di Malaysia dengan varian “Road Sailing” yang digunakan pada semua model yang dipasang tempatan (CKD) kecuali Accord.

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 06

Di negara kelahiran Honda, lambang RS ini juga membuat ‘comeback’ pada Honda Civic spesifikasi Jepun di Tokyo Auto Salon tahun ini. Walaupun model ini masih dalam pembangunan dengan prototaip yang ditunjukkan, ia ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Kami berharap versi pengeluaran akan menawarkan warna jingga sebagai pilihan.

Baca juga: Honda Civic Type R FL5 terlalu mahal? Varian RS 6MT akan datang ini mungkin boleh memenuhi nafsu 3-pedal anda

50 tahun yang lalu, Honda Civic RS adalah 'hot hatch' Type R yang pertama pada eranya! 07

RS Petrol

Honda Malaysia kini menawarkan Honda Civic RS dalam kedua-dua varian petrol turbo dan hibrid e:HEV. Berbeza dengan Civic RS Jepun yang akan datang, varian Civic RS spesifikasi Malaysia dipadankan dengan transmisi CVT/e-CVT dengan harga seperti berikut:

  • Civic RS 1.5 VTEC Turbo - RM 151,900
  • Civic e:HEV 2.0 RS - RM 167,900

Baca juga: Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda