window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini!

Zamil Syaheer · Apr 6, 2024 12:00 PM

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 01

Menurut Kementerian Kerja Raya, sebanyak 2.46 juta kenderaan dijangka berada di semua lebuh raya utama seluruh negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi. Dengan sebegitu banyak kenderaan di jalan raya kita, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan anda kekal selamat baik pergi mahupun pulang.

Dalam rencana kali ini, kami ingin berkongsi 5 tips dan teknik pemanduan pemanduan defensif ('defensive driving' atau 'advanced driving') dimana anda boleh gunapakai untuk membantu anda menjadi pemandu yang lebih baik serta selamat.

1. Posisi pemanduan yang betul

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 02

Sebelum anda mula memandu, adalah penting untuk anda melaraskan kedudukan tempat duduk dan stereng supaya badan anda berada dalam kedudukan pemanduan yang optimum. Kedudukan pemanduan yang betul seharusnya membuat anda berasa selesa dan berada dalam kawalan. Ini juga dapat mengurangkan rasa keletihan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami telah menjelaskan cara-cara untuk melaraskan kedudukan pemanduan dengan lebih terperinci dalam artikel kami sebelum ini, jadi pastikan anda mengambil masa untuk membacanya!

Baca juga: Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul?

2. Gunakan mata anda dengan lebih berkesan

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 01

Kredit

Benar bahawa kita menggunakan mata untuk melihat arah tujuan, tetapi yang lebih penting lagi adalah ARAH serta JARAK yang dilihat. Dalam aktiviti pemanduan harian atau perlumbaan, anda seharusnya melihat sejauh mungkin dan bukan hanya pada jarak satu kereta di hadapan anda, sekurang-kurangnya 4-5 kereta ke hadapan.

Pandangan mata anda akan memberi petunjuk kepada tangan dan kaki anda untuk mengendalikan kenderaan.

Apabila anda melihat dengan jauh, anda membolehkan diri anda bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan seperti mengelakkan kemalangan hadapan, kereta yang menukar lorong tanpa menggunakan lampu isyarat, dan lain-lain lagi.

Selain itu, pemanduan anda akan menjadi lebih lancar secara tidak langsung kerana anda dapat menganggarkan poin untuk membelok, mempercepatkan, dan mengurangkan kelajuan dengan lebih efisien.

Baca juga: 3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

3. Memecut dan membrek secara kasar

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 02

Sering kali kami melihat ramai pemandu menganggap pemanduan kasar sebagai teknik perlumbaan, sebagaimana yang banyak orang katakan "ini barulah 'motorsports'".

Salah.

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 03

Dalam pemanduan di trek, anda sebenarnya ingin memandu dengan sehalus mungkin. Ini bermaksud, input anda terhadap kawalan stereng, brek, gear, dan pedal minyak haruslah lancar dan tepat kerana ini membolehkan anda menumpukan perhatian kepada pemanduan, memberikan anda kawalan maksimum.

Bagaimana ini dapat membantu dalam pemanduan harian? Anda akan menjadi pemandu yang lebih selamat di jalan raya dan dapat menjimatkan penggunaan minyak kerana tiada input yang keterlaluan. Dalam situasi kecemasan, input yang keterlaluan atau kasar sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan kereta anda.

Baca juga: Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti!

4. Berikan ruang di antara anda dan pemandu lain

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 04

Jangan terlalu bergantung kepada tindakan pemandu di sekeliling anda untuk membuat keputusan. Berikan diri anda dan pemandu lain ruang dan masa yang mencukupi dengan memelihara jurang sekurang-kurangnya tiga saat apabila mengikut kereta di depan.

Jangan mengekor terlalu rapat kerana ini akan mengurangkan peluang anda untuk bertindak balas jika terdapat berlaku sebarang tindak balas yang lain dari kebiasaan. Secara tidak langsung, anda membahayakan diri sendiri dan orang lain di sekeliling anda.

Banyak kemalangan dapat dihindari dengan mengamalkan tindakan ini. Contohnya, bayangkan jika kenderaan di belakang anda terlanggar kereta anda. Kemungkinan ini boleh diminimakan jika anda meninggalkan lebih banyak ruang di antara anda dan kenderaan di hadapan.

Baca juga: Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu?

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 05

Teknik memandu secara defensif seperti ini memberi anda pilihan untuk meneruskan perjalanan atau mengelakkan kenderaan yang melaju dengan pantas.

Berikan tanda isyarat dengan lebih awal dan kurangkan perubahan lorong kecuali jika ia dilakukan dengan selamat. Ini akan membantu pemandu lain di jalan raya menyedari niat anda.

Baca juga: Memandu terlalu perlahan boleh membahayakan anda. Inilah sebabnya

5. Lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kenderaan anda

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 06

Bila kali terakhir anda memeriksa tekanan angin dan bunga tayar? Adakah tahap minyak enjin masih mencukupi atau perlu ditukar? Adakah ada hos yang pecah atau kebocoran pada bahagian enjin yang menyebabkan minyak menitik ke lantai?

Benda-benda yang mungkin dianggap remeh oleh kebanyakan orang sebenarnya sangat penting.

Baca juga: Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 07

Walaupun ini bukanlah sebahagian daripada teknik pemanduan defensif, namun ini adalah penting untuk memastikan anda menjadi pemandu atau pemilik yang bertanggungjawab.

Tanpa disedari, pemanduan di jalan raya adalah salah satu aktiviti yang paling berisiko yang kita lakukan setiap hari.

Tiada gunanya sekiranya anda memandu dengan berhemah dan berhati-hati jika tayar anda botak, cermin anda kabur, minyak gear anda sudah haus dan macam-macam lagi.

Baca juga: Tayar meletup ketika memandu, apakah yang patut anda lakukan?

Konklusi

Pandu balik ke kampung sempena Raya Aidilfitri secara selamat dengan 5 tips dan teknik pemanduan defensif ini! 08

Lain orang lain tahap dan skil pemanduannya. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat.

Mengakhiri rencana ini, kami di WapCar BM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Pandu cermat, jiwa selamat!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda