window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

Mersita · Nov 9, 2020 05:00 PM

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 01

Tengah seronok-seronok memandu, tiba-tiba ada si mangkuk yang mengekori belakang kereta kita sambil pasang lampu tinggi. Silau ya amat, mata yang tak sepet pun jadi sepet. Apa nak buat? Nak tukar ‘lane’, tak dapat. Kalau dapat pun malasnya lah hai nak melayan situasi macam ni.

Lagipun, perkara sama boleh terjadi kalau kereta yang lampu depannya terang mengekori kita di belakang dan kita pula nak membelok di simpang atau menukar lorong. Bila nak membelok, mesti tengok dulu cermin sisi untuk pastikan tiada motosikal atau kereta. Dah sudah, lampu terang kereta belakang terpantul di cermin sisi, terkesima sekejap sebab silau.

Kalau mata elok lagi, mungkin tak serius sangat. Tapi, orang yang memang ada masalah silau takkan main-main bila kena kejadian sebegini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 01

Hambek...terang-terang nak pegi mana?? Sumber

Tapi, kita ada 3 cara mudah untuk elakkan atau kurangkan silau dalam kereta supaya kita boleh memandu dengan selamat dan selesa. Cara-caranya ialah…

1. Alihkan hala cermin dengan 'tab' atau guna fungsi 'auto-dimming'

Perasan tak cermin pandang-belakang anda ada satu ‘tab’ yang boleh ditarik ke atas dan ditolak ke bawah? Hampir semua kereta ada ‘tab’ ini. Bila silau, tarik keatas. Bila dah tak diperlukan, tolak balik ke bawah. Ini cara paling pantas untuk tinggikan atau rendahkan cermin pandang-belakang anda tanpa perlu menggenggam keseluruhan badan cermin apabila anda nak kembalikannya pada posisi asal. Cukup mudah, boleh cuba try test.

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 02

Bila ditolak, cermin dihala ke bawah. Bila ditarik ke depan, cermin dihala ke siling kabin kereta. Kereta Perodua Myvi

Kereta yang dilengkapi dengan ‘auto-dimming’ atau pemalap elektronik lagi senang. Tekan butang terus malap, boleh kawal lagi tahap kemalapannya.

2. Laraskan cermin sisi

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 03

Tolak punat ke 'L' untuk gerakkan cermin sisi kiri, tolak ke 'R' untuk cermin sisi kanan. Tolak ke tengah untuk kunci butang pelaras. Tekan kiri kanan atas bawah sampai ngam ngam sui. Kereta Perodua Myvi

Fungsi utama cermin sisi ialah untuk menunjukkan titik buta kita sebagai pemandu, bukannya kereta yang mengekori di belakang atau sisi badan kereta sendiri. Jika anda laraskan cermin sisi dengan betul dan pada sudut yang tepat, anda sepatutnya tak terdedah sangat dengan pancaran lampu kereta di belakang.

Apa yang anda patut nampak dari cermin sisi ialah kereta yang berada di lorong sebelah anda dan apabila kenderaan lain menghampiri sisi kereta anda.

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 04

Macam mana nak laraskan cermin sisi dengan betul? Untuk cermin sisi sebelah pemandu, anda sepatutnya boleh nampak hanya sedikit sisi badan kereta anda. Cara untuk laraskan ialah condongkan badan ke depan sedikit, laraskan cermin sehingga anda tak nampak sisi badan kereta. Apabila anda bersandar seperti biasa, anda akan nampak hanya sedikit bahagian sisi kereta.

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 05

Untuk pelarasan cermin sisi sebelah penumpang pula, posisikan kepala anda ke tengah – selari dengan konsol tengah kereta. Dari sudut-pandang posisi ini, laraskan cermin sisi sebelah penumpang sehingga anda nampak hanya sedikit saja sisi badan kereta anda.

Nak terang lagi bersuluh? Boleh tengok video panduan di bawah:

3. Pasang filem anti-silau / 'anti-glare film'

Jika cermin sisi anda tak dapat dilaras dengan betul, anda boleh cuba langkah ini. Beli filem anti-silau atau ‘anti-glare film’ di kedai-kedai aksesori kereta atau atas-talian. Lap cermin sisi anda untuk hilangkan habuk, pancit air dengan rata di permukaan cermin, dan pasang filem ini di atas permukaan cermin tersebut. Filem ini boleh melekat di cermin dengan rata jika dibasahkan sedikit. Oleh itu, anda tak perlu risau tentang kesan gam atau pelekat pada cermin sisi anda.

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta 06

Sumber gambar: Joom

Mudah, bukan? Ramai pemandu yang tidak melaras cermin sisi kenderaan mereka dengan betul, dan kadang-kala jika kena pada tempatnya, cermin sisi ‘menangkap’ pantulan cahaya kereta dari belakang dan tak pasal-pasal anda pula yang silau. Ingat, cermin sisi adalah untuk melihat kereta dari lorong sebelah dan bukannya untuk melihat ekor kereta sendiri.

Semoga tip ini bermanfaat dan ikuti kami di WapCar – BM untuk lebih banyak lagi tip-tip berguna! Pandu selamat!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda