Tag

kereta sambung bayar myvi

Jangan beli kereta ‘sambung bayar’ – risiko tinggi! Ini sebabnya.

Katakan anda sedang ‘window shopping’ kereta terpakai, dan tiba-tiba anda terlihat satu iklan yang mengatakan “sambung bayar”. Selalunya, ramai yang tertarik dengan tawaran sebegini sebab ada yang tawarkan deposit yang sangat-sangat rendah daripada harga sebenar kereta tersebut. Tambahan pula, ia nampak mudah – hanya bayar deposit, bayaran bulanan sudah tertera untuk anda buat perancangan, dan anda tak perlu bersusah-payah uruskan pinjaman dan pelbagai jenis dokumen. Yelah, kadang-kadang selera

MersitaMersita

Oct 24, 2020

Semakin ramai jual semula kereta, tapi tak lepas nilai pasaran. Elak pinjam 9 tahun!

Memang tak dinafikan, masa kini ramai yang bergelut dengan kesan pandemik COVID-19. Ada yang hilang pekerjaan dan sudah tak mampu membayar komitmen bulanan, termasuklah pinjaman kenderaan. Keadaan sekarang terlalu mendesak, oleh itu ramai yang berhasrat ingin meringankan beban dan menjual semula kereta yang dimiliki. Begitulah yang dilihat oleh pengusaha perniagaan kenderaan terpakai seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star baru-baru ini. Pengusaha di Johor Bahru menglihat peningkatan dalam

MersitaMersita

Nov 23, 2020

Tertipu dengan tawaran Ford Ranger Raptor terpakai RM 36k. Ketahui harga masuk akal!

Lumrah manusia; kadangkala alpa dan tersilap buat pertimbangan terutama sekali apabila terlihat tawaran yang sangat sukar untuk ditolak. Begitulah kisah seorang kontraktor di Pekan, Pahang yang dilaporkan ditipu oleh penjual dari Singapura yang menawarkan sebuah Ford Ranger Raptor terpakai pada harga yang sangat menarik – hanya RM 36,000. Menurut laporan yang dipetik dari Utusan, kejadian berlaku pada awal bulan Oktober lalu apabila mangsa, lelaki berumur 53 tahun, terjumpa iklan tawaran mengena

MersitaMersita

Oct 21, 2020

Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'

“Faedah dikira berdasarkan jumlah pokok dan bukannya jumlah baki, gila lah!” Inilah sedikit sebanyak dari perbualan kami dengan eksekutif sebuah syarikat kereta yang baru sahaja dipindahkan dari Eropah ke Malaysia. Topik tentang tempoh pinjaman yang semakin panjang bagi pinjaman auto juga menjadi satu kekhuatiran di AS. Tapi, berapa lamakah ‘terlalu lama’ bagi mereka? Tempoh 7 tahun bagi pinjaman auto kini adalah 20% daripada jumlah pinjaman kereta di AS – lebih sekali ganda berbanding 10 tahun

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Dalam satu muatnaik di laman Facebook Art of Speed Malaysia, sebuah Perodua Myvi telah diubahsuai menjadi ‘camper car’ dimana kerusi belakang diturunkan untuk memuatkan beberapa keping papan lapis yang dijadikan asas tilam lengkap dengan lampu liplap, bantal dan langsir Beliau dilihat memandu Perodua Myvi generasi pertama (2005 – 2008) yang memang terkenal dengan ruang dalamannya yang sangat luas bagi kereta hatchback nasional. Tempat duduk belakangnya boleh diturunkan dengan betul-betul rata -

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Toyota Service Savers – kenapa kena bayar dahulu?

UMW Toyota Motor (UMWT) kini memperkenalkan Toyota Service Savers (TSS), sebuah pakej penyelenggaraan yang boleh ditambah ketika membeli Toyota idaman anda. Pakej ini juga boleh dimasukkan sekali dalam pelan Toyota EZ Beli. Menurut Toyota, kos barangan yang terlibat telah dikira dan dimasukkan sekali dalam servis mengikut jadual tanpa membayar apa-apa lagi dah. Anda hanya terus ambil kereta anda sahaja selepas selesainya penyelenggaraan. Sebagai manfaat tambahan,semua pelanggan TSS juga layak un

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Aug 3, 2020

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai!

Perodua Myvi Peningkatan penjualan kereta terpakai yang turut melonjak tinggi selain daripada penjualan kereta baharu yang menerima insentif PENJANA dilihat bakal mengekalkan momentum tersebut apabila memasuki suku akhir tahun 2020. Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor mengesahkan bahawa penjualan tahunan berbanding tahun lalu pada bulan Julai meningkat 25% iaitu sebanyak 37,800 unit. Tambahan pula, penjualan berdasarkan statistik yang sama pad

HarisHaris

Oct 12, 2020

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus. Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijang

MersitaMersita

Dec 22, 2020

Myvi tema Stitch, brader ‘kemurungan’ bawa kereta anak buah

Siapa tak kenal filem animasi Lilo and Stitch yang sangat-sangat popular di kalangan kanak-kanak pada tahun 2000-an dulu? Kalau kenal sangat, mungkin maksudnya anda memang dah cukup tua. Bagi peminat tegar karakter Stitch, seekor alien comel berwarna biru dari filem animasi itu, anda mungkin berminat nak hias kereta seperti Perodua Myvi anak buah lelaki ini. Pengguna Facebook, Mohd Firdaus Jailan, baru-baru ini berkongsi beberapa gambar menunjukkan kereta anak buah perempuan beliau yang dipenuhi

MersitaMersita

Feb 3, 2021

Selamba 'dugong' bawa pokok pisang, pemandu Vios 'pisang' bayar saman tertunggak!

Siapa sangka ada orang banyak akal bawa pokok pisang naik sedan. Tular baru-baru ini di media sosial tentang satu video memperlihatkan sebuah Toyota Vios mengangkut sebatang pokok pisang yang disumbat melintang di dalam kereta dan dengan selambanya diusung sekitar Mutiara Rini, Johor Bahru. Lebih mengejutkan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata setelah pemandu tersebut dihubungi dan disiasat, rupanya lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai rekod saman

MersitaMersita

Nov 30, 2020

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke?

Mitsubishi Xpander Mitsubishi Xpander 2020 baru sahaja dilancarkan pada 22 Oktober 2020. Crossover segmen B ini merupakan satu-satunya kenderaan 7 penumpang berbanding kenderaan lain yang baru dilancarkan menjelang penghujung tahun 2020. Pilihan yang jelas jika anda sedang mencari-cari sebuah kenderaan 7 penumpang namun dengan julat harga lebih kurang, adakah anda patut mengambil Mitsubishi Xpander berbanding Honda City, Nissan Almera atau Toyota Vios. Segmen lain, tak boleh banding? Kali ini ki

HarisHaris

Oct 24, 2020

Android Auto boleh dapat harga RM20 je! Macam mana caranya?

Sistem infotainmen yang didatangkan dengan fungsi Android Auto atau Apple CarPlay kadangkala jadi satu titik penentu bagi pembeli kereta baru. Kalau tak ada sistem ini, ‘cancel’. Setakat ini, sistem ini dianggap sebagai salah satu sistem infotainmen yang sangat praktikal dan digemari ramai atas sebab-sebab berikut: Ia membolehkan pemandu mengakses aplikasi seperti Waze, Google Maps, Spotify, dan WhatsApp dengan mudah dan ‘seamless’ terus dari skrin paparan kereta. Kawalan aplikasi tidak perlu di

MersitaMersita

Jan 22, 2021

GoCar Subs - Jual kereta anda, kemudian sambung memandu atau naik taraf

Dilancarkan pada 2019, program langganan GoCar adalah bersifat sederhana berbanding dengan jenama perkhidmatan perkongsian kereta secara permintaan langsung. Namun dalam masa 1 tahun sahaja, GoCar bukan sahaja merombak seluruh program langganan tetapi juga mengembangkan dan menjenamakan semula kepada GoCar Subs. GoCar Subs sekarang menawarkan kepelbagaian jenis pilihan kereta yang terdiri daripada sedan, SUV, MPV dan juga trak pikap. Barisan kereta tersebut merangkumi jenama termasuk Perodua, Pr

FaisalFaisal

Aug 3, 2020

Perodua Myvi dianugerahkan kereta bandar terbaik oleh Gen-Z di Indonesia!

Perodua Myvi ialah kereta yang paling popular di Malaysia tetapi di Indonesia, ia tidaklah sampai ke tahap itu. Namun demikian, ia telah berjaya memenangi hati golongan pemuda di Indonesia. Dikenali sebagai Daihatsu Sirion, Perodua Myvi dianugerahkan Marketeers Youth Choice Brands of the Year 2020. Keputusan ini dibuat berdasarkan tinjauan (survey) terhadap 1,300 responden bergenerasi Z di seluruh negara Indonesia. Dengan lingkungan umur 18 ke 25 tahun. kebanyakan daripada responden ini adalah p

FaisalFaisal

Dec 14, 2020

Perodua Myvi: Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysia?

Dari segi bayaran bulanan, pengangkutan persendirian seperti kereta berharga lebih tinggi berbanding pengangkutan awam. Namun demikian, ia memberikan kemudahan dimana jadual pergerakan harian tidak akan terikat di samping boleh memunggah barang dengan lebih bebas. Oleh itu, anda boleh membeli kereta terpakai yang berharga lebih rendah tetapi masih mempunyai pakej yang menarik dan berbaloi. Antaranya ialah Perodua Myvi generasi pertama dan kedua. Perodua Myvi mempunyai pakej yang menarik dimana i

FaisalFaisal

Oct 14, 2020

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Tahun 2020 memang sucks sikit disebabkan pandemik, tapi tak apa. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka. Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru, BMW X1, BMW 320i, Mazda CX-30 dan Proton X70 CKD 2020. Takkan tu je? Jangan risau, banyak lagi ni! Nissan Almera 2020 Nissan Almera serba baru yang

MersitaMersita

Jun 12, 2020

Perbelanjaan kad kredit rakyat Malaysia meningkat, guna untuk bayar kereta?

Nampak gayanya langkah kerajaan dalam memperkenalkan inisiatif pengecualian cukai jualan bagi kereta CKD yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020 memberi impak yang agak besar terhadap corak perbelanjaan rakyat Malaysia. Menurut laporan The Edge, jumlah yang dibelanjakan rakyat Malaysia secara domestik menggunakan kad kredit meningkat hampir sekali ganda - RM 10.205 bilion pada bulan Julai tahun ini berbanding RM 5.3 bilion pada bulan April. Kadar ini menunjukkan yang perbelanjaan ka

MersitaMersita

Oct 1, 2020

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua?

Dengan wabak Covid-19 masih lagi mengganggu perniagaan dari segala saiz, anda pasti menjangkakan jenama kereta bajet seperti Perodua akan terkesan daripada jenama yang lebih mahal dan premium. Maklumlah, harga kereta Perodua disasarkan untuk kumpulan B40. Tetapi lain pula yang terjadi. Walaupun penggantungan sementara cukai penjualan oleh kerajaan telah meningkatkan permintaan, pengedar kenderaan Perodua melaporkan lebih banyak pelanggan yang menukar kereta dari jenama Jepun ke Perodua. Orang ya

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 7, 2020

Perodua Myvi S-Edition 2020 vs Myvi GT: Mana satu pilihan hati?

Kita baru-baru ini dikejutkan dengan berita Perodua memperkenalkan Perodua Myvi S-Edition 2020 di Brunei seiringan model biasa. Jangan terkejut kalau anda dengar Malaysia bukanlah negara pertama untuk menerima model ini. Digelar Myvi S-Edition, ia diinspirasikan oleh Myvi GT yang ditayangkan di 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (2018 KLIMS). Walaubagaimanapun, tidak seperti Myvi GT yang dibina berdasarkan Myvi 1.5 AV, kereta Myvi S-Edition pasaran Brunei adalah berdasarkan Myvi 1.3G spe

MersitaMersita

Jul 6, 2020

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih?

Mungkin antara anda ada yang perasan harga kereta baru semakin mencanak naik. Rakyat Malaysia dah lama mengadu tentang harga kereta yang mahal disebabkan oleh struktur cukai kita yang ‘tak adil’. Tapi, sebenarnya inilah persoalan yang membelenggu bukan saja oleh orang kita, tapi juga konsumer di seluruh dunia. Data yang dikumpul Edmunds.com dari Amerika Syarikat menunjukkan purata harga transaksi bagi kereta baharu telah meningkat dari USD 23,900 pada tahun 2008 hingga USD 39,000 pada tahun 2019

MersitaMersita

Jan 25, 2021

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Bila beli kereta baru, selalunya orang tak ‘test drive’ dulu. Zaman sekarang, anda boleh Google saja kalau nak dapatkan maklumat tentang kereta serba baharu. Siap ada teknologi VR lagi. Pandemik COVID-19 juga telah memaksa beberapa jenama kereta untuk mempertingkatkan lagi kepenggunaan bilik pameran virtual mereka. Beli kereta serba baru yang dipesan dari pengedar sah/rasmi memang mudah, tapi bagi kereta terpakai pula lain ceritanya. Bila memandu-uji kereta baru, kita nak lihat apa yang kereta s

MersitaMersita

Sep 9, 2020

Polis giat buru suspek Perodua Myvi klon!

Perodua Myvi Sebuah Perodua Myvi berwarna putih tular sebelum ini kerana mempunyai nombor plat pendaftaran PNU 8707 yang sama dengan sebuah lagi Perodua Myvi yang lain. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menerima panggilan daripada seorang individu yang menjumpai sebuah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya. Pihak polis kemudian membawa balik kedua-dua Perodua Myvi tersebut untuk siasatan

HarisHaris

Jan 12, 2021

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas!

Pihak polis telah berjaya menumpas sindiket kereta klon yang pakar dalam menukar nombor casis dan memalsukan dokumen. Sindiket ini melibatkan 19 buah kereta klon yang jumlahnya bernilai sehingga RM 3.5 juta. Serbuan yang dibuat di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor, dan Penang diantara 2 Februari hingga 2 Mac yang lalu telah menahan enam orang lelaki yang berusia diantara 22 hingga 42 tahun. Menurut ketua pegawai polis Kuala Lumpur, operasi terhadap sindiket ini bermula di sebuah pusat kereta

FaisalFaisal

Mar 8, 2021

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik

Negara Thailand merancang untuk menjadikan industri automotif mereka lebih mesra alam. Kali ini, kementerian perindustrian Thailand mempunyai matlamat masa hadapan yang berpaksikan kegunaan tenaga elektrik. Perkara Ini diketengahkan melalui pengenalan insentif cukai yang menggalakkan pemilik untuk menukar kepada kenderaan jenis elektrik. Insentif tersebut ditawarkan kepada kenderaan milik persendirian dan milik syarikat untuk menukar kereta lama kepada kereta yang lebih mesra alam ataupun kender

FaisalFaisal

Sep 4, 2020

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini!

Pada tahun 1949, tempoh pinjaman bagi sebuah VW Beetle ialah 12 bulan dengan kadar bunga tahunan 9%. Itu dulu, sekarang dah lain. Kini, di Malaysia, tempoh pinjaman kereta selalunya untuk lima, tujuh atau sembilan tahun dengan kadar bunga tahunan berubah-ubah sekitar 3% (dikira berdasarkan jumlah prinsipal). Kereta-kereta zaman sekarang pun makin mahal dan hampir mustahil bagi kebanyakan orang untuk membelinya secara tunai. Tapi, adakah meminjam untuk membeli kereta satu perkara yang buruk? Perk

MersitaMersita

Feb 7, 2021

Nak larikan diri? Tak perlu supercar, Perodua Myvi pasti tak kantoi!

“Myvi buat hal lagi...” Perodua Myvi memang betul-betul hero kampung. Sering digelar sebagai ‘supercar’ Malaysia, anda boleh lihat hatchback popular ini dalam posisi dan situasi yang kadang kala menghairankan tapi cukup menarik perhatian. Berbalik kepada tajuk – kenapa Perodua Myvi boleh jadi kereta terbaik untuk melarikan diri? Ya, orang kaya sememangnya tak pernah kurang dari segi pilihan kereta. Mereka boleh saja pandu kereta-kereta berprestasi tinggi seperti Toyota Supra atau BMW M3. Tapi, k

MersitaMersita

Oct 16, 2020

Tular: “Alza full booking bos” mesej luar biasa dengan penyewa, boleh bikin stress

FB PenMerahdotcom melaporkan satu insiden yang kami rasa penyewa kereta seluruh Malaysia pasti boleh relate. Dalam pos tersebut, seorang penyewa kereta dilihat sanggup bersusah-payah untuk menjelaskan pada pelanggannya yang kereta sewa semua sudah penuh ditempah. Tapi, pelanggannya seolah-olah tak faham hakikat ini. Oleh itu, bermulalah perbualan yang buat semua orang tergelak dan geleng kepala. Tak faham Bahasa Melayu agaknya, tapi dia cuba juga. Tahniah kepada peniaga kereta sewa yang cukup sa

MersitaMersita

Jun 8, 2020

Toyota Vios facelift 2021 ini pilihan bayaran bulanan terbaik, serendah RM 538?

Toyota Vios Selepas meniti penjualan yang laris selama beberapa tahun kebelakangan ini, ternyata Toyota Vios tidak mahu ketinggalan. Honda City, Nissan Almera Turbo malah Proton X50 juga sudah dilancarkan. Masing-masing dengan tawaran harga tersendiri dan sudah tentu UMW Toyota tidak mahu pasaran kurang menyebelahi mereka. Toyota Vios facelift 2021 hadir dengan tawaran keselamatan yang dipertingkat, antaranya kamera 360 darjah 3D. Selain itu, kemaskini kosmetik yang ketara pada bahagian hadapan

HarisHaris

Nov 18, 2020

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz?

Sejak pelancarannya 15 tahun lalu, Perodua Myvi telah menduduki carta teratas dalam kategori hatchback kegemaran Malaysia. Proton telah cuba untuk mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan Myvi, sehinggalah mereka hasilkan Proton Iriz. Kedua-kedua kereta ini telah bersaing selama 6 tahun, dan kini dengan naiktaraf terbaru mereka, kereta mana yang patut anda pilih? Artikel ini akan membincangkan perbandingan antara spesifikasi tertinggi kedua hatchback ini. Apabila Iriz mula-mula diperkenalk

MersitaMersita

Jun 18, 2020