Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua?

Zamil Syaheer · Dec 7, 2020 05:00 PM

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 01

Dengan wabak Covid-19 masih lagi mengganggu perniagaan dari segala saiz, anda pasti menjangkakan jenama kereta bajet seperti Perodua akan terkesan daripada jenama yang lebih mahal dan premium. Maklumlah, harga kereta Perodua disasarkan untuk kumpulan B40.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 02

Tetapi lain pula yang terjadi. Walaupun penggantungan sementara cukai penjualan oleh kerajaan telah meningkatkan permintaan, pengedar kenderaan Perodua melaporkan lebih banyak pelanggan yang menukar kereta dari jenama Jepun ke Perodua.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Orang yang selalu membeli Toyota atau Honda kini meletakkan Perodua sabagai salah satu kereta yang berbaloi untuk dimiliki.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 01

Pada bulan September dan Oktober 2020, Perodua mencatatkan dua jualan bulanan terbaik dalam sejarah selama 27 tahun dalam industri dengan angka 25,035 dan 26,852 unit kereta terjual.

Sehingga November 2020, penjualan kumulatif Perodua adalah sebanyak 195,000 unit kereta - hanya 26,984 unit kurang daripada tempoh 11 bulan yang sama tahun lalu, atau kira-kira satu bulan dari penjualan bulanan syarikat.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 02

Anda perlu ingat bahawa perniagaan terpaksa berhenti hampir 2 bulan semasa tempoh pertama PKP dari 18-Mac hingga 12-Mei, tetapi Perodua kini hanya 1 bulan di belakang prestasi penjualan tahun lepas.

Kereta Perodua mempunyai daya tarikan emosi yang sangat sedikit tetapi ia dapat melakukannya tanpa banyak drama. Bukan sahaja "anda mendapat apa yang anda bayar", tetapi juga "apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat."

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 03

Kitaorang suka bahan Alza ni, tapi walaupun dah 10 tahun lebih, lebih 1.5k unit dijual setiap bulan! 

Kereta Perodua tidak akan memberikan anda sebarang kejutan dan pengalaman memandunya sama membosankan dengan penampilannya. Tetapi perkara sebeginilah yang dicari oleh pembeli yang dalam iklim ekonomi yang teruk seperti sekarang.

Tambahan pula dengan kos penjagaan dan penyelenggaraannya yang rendah, maka tidak hairanlah angka penjualan Perodua kali ini begitu tinggi.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 04

Kami telah menghimpunkan artikel tentang kos penyelenggaraan beberapa kereta Perodua untuk anda dan anda boleh lihat disini untuk Axia, untuk Bezza disini, dan Myvi disini.

Jualan untuk 2020 Perodua Proton
Sept 25,035 11,934
Okt 26,852 10,938*
Nov 23,119 11,411

* Pengumuman Proton untuk Oktober 2020 merangkumi model eksport, meningkatkan angka kepada 11,392

Pesaing domestik iaitu Proton masih lagi ketinggalan di belakang, hanya menjual separuh daripada jumlah jualan Perodua walaupun kesemua barisan model kini dilengkapi dengan sistem infotainmen yang canggih dan enjin yang lebih berkuasa didalam Proton X50 dan Proton X70.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 05

Tapi jangan lupa bahawa Proton kini menjual lebih banyak kereta sepanjang penubuhannya sejak 20 tahun lepas. Pada bulan Ogos tahun ini saja, Proton telah menjual lebih banyak kereta berbanding keseluruhan tahun 2019.

Prestasi Proton meningkat dengan begitu baik sejak dibeli oleh Geely, tetapi jurangnya masih terlalu besar. Jadi apa yang menyeret Proton ke bawah?

Jualan untuk 2020 Okt Nov
Perodua Axia 6,738 6,318
Perodua Bezza 6,895 6,224
Proton Saga 5,069 4,279
Perodua Myvi 8,052 6,295
Proton Iriz 713 637
Perodua Alza 1,974 1,665
Proton Exora 580 629
Perodua Aruz 3,193 2,617
Proton X50 - 1,756
Proton X70 2,216 2,157
Keseluruhan Perodua 26,852 23,119
Keseluruhan Proton 10,938* 11,411

Masalahnya adalah model baru dan canggih berasaskan Geely seperti Proton X50 dan Proton X70 hanya menyumbang sekitar 35 peratus daripada jumlah keseluruhan penjualan syarikat.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 06

Tahukah anda bahawa Perodua Aruz masih mengungguli jualan kedua Proton X50 dan Proton X70. Mengejutkan tak? Namun, ini boleh berubah pada bulan Disember apabila Proton meningkatkan kapasiti pengeluaran X50.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 07

Sebilangan besar penjualan Proton masih berasal dari seperti Proton Saga, Proton Persona, Proton Iriz, dan Proton Exora - semua model ini tidak begitu kompetitif berbanding setara Perodua dan ini adalah sesuatu yang sangat diketahui oleh Perodua.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 08

Segmen kereta bajet lebih menfokuskan terhadap kereta komuter dan jauh daripada komen-komen “pakar” di Facebook. Pembeli sebenar di segmen ini tidak mementingkan ciri-ciri infotainmen mewah atau atribut prestasi seperti perjalanan dan pengendalian.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 09

Sebaliknya, Perodua menumpukan perhatiannya  untuk menala setiap aspek pengalaman pemilikan Perodua dan menjadikan pengalaman pemilikan ‘membosankan’ sebaik mungkin.

Macam susah nak percaya, betul tak? Tetapi jika anda memikirkannya, ianya pendekatan yang logik. Tidak ada orang yang akan memuji barisan kereta Perodua setinggi gunung dan pemilik Perodua yang tenang adalah pemilik Perodua yang gembira.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 10

Dorongan dan semangat Proton untuk mengadopsi teknologi terkini tidak salah. Sebenarnya, ini adalah cara yang terbaik untuk maju kerana ia akan memberikan dividen dalam jangka panjang, terutama dalam proses untuk melangkah ke depan daripada Honda dan Toyota.

Tetapi, untuk membiayai segala peningkatan dan teknologi ini datang dari penjualan model Proton biasa.

Perodua masih menjual 2x lebih banyak kereta seperti Proton, mengapa PKP tidak mempengaruhi Perodua? 11

Sebelum Proton boleh memperkenalkan model yang lebih sofistikated (menggunakan platform BMA/CMA), Proton perlu menjual lebih banyak Persona, Iriz, Exora, Saga (atau lebih dikenali sebagai model PIES bagi orang yang bekerja di Proton).

Konsepnya sama seperti Porsche perlu menjual 6 kali ganda model Macan dan Cayenne sebelum ianya berbaloi untuk membina dan menjual satu unit 911 sportscar.

Seperti biasa, benda yang glamor itulah yang mendapat semua perhatian tetapi bahagian yang mengembangkan kewangan sebuah syarikat itulah yang selalu terlepas pandang.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

tradeInTool.upto20

2018 Perodua Alza 1.5 S MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru