window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Haris · Sep 24, 2020 08:00 PM

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 01

Bagi mereka yang membeli hatchback segmen B, pilihan terbaik bagi kebanyakan rakyat Malaysia adalah Perodua Myvi. Jimat minyak, praktikal dan bergaya adalah antara ciri Perodua Myvi yang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Oleh itu, dalam artikel ini kami akan menyenaraikan dengan lebih terperinci mengenai kelebihan dan kekurangan Perodua Myvi, anggaran bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta paling laris di Malaysia ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan dan kekurangan

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 01

Nilai jualan utama bagi Perodua Myvi adalah harganya yang berbaloi-baloi. Untuk sebuah hatchback bergaya yang berharga kurang dari RM 53 ribu, pembeli menerima sedikit kelengkapan yang baik antaranya lampu LED, 6 beg udara, Sistem Bantuan Pemandu ASA 2.0, Brek Kecemasan Automatik (AEB), peranti Smart Tag terbina dalam dan kawalan digital untuk sistem penyaman udara.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 02

Bukan itu sahaja, varian bawah dengan enjin 1.3 liter juga masih dilengkapi dengan baik. Varian pengenalan ini menerima 4 beg udara secara keseluruhan. Walaupun varian 1.3 liter Myvi kehilangan beg udara sisi yang khusus untuk varian 1.5 liter sahaja, 4 beg udara masih lebih banyak daripada varian Proton Iriz 1.3 liter dengan 2 beg udara sahaja.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 03

Selain itu, catatan penggunaan minyak pada Perodua Myvi juga rendah. Perodua mendakwa bahawa varian 1.5 liter Myvi dapat mencapai sehingga 4.97 liter / 100 km (20.1 km / liter) namun kebanyakan pemilik melaporkan catatan penggunaan minyak adalah sekitar 5.88 liter / 100 km (17 km / liter). Penggunaan dunia nyata juga masih menunjukkan angka yang bagus sebenarnya.

Kekurangan Perodua Myvi adalah pada tempat duduk yang menjadi kelemahan terbesar hatchback ini.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 04

Tempat duduk pada Perodua Myvi terlalu kecil untuk kebanyakan lelaki dewasa. Asas tempat duduk sedikit kecil dengan tinggi yang menyokong tulang belakang terlalu pendek. Hal ini menyebabkan sokongan paha yang lemah ketika pemanduan. Sokongan belakang tempat duduk yang lebih pendek daripada biasa juga bermaksud bahawa penyandar kepala sedikit di bawah dan menyandar leher.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 05

Walaupun ruang kaki pada bahagian belakang agak besar, tempat duduk belakang berkongsi masalah yang sama dengan bahagian depan - bangku tidak cukup panjang dan kusyen antara bawah dan belakang mungkin tidak selesa bagi sesetengah penumpang.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 06

Saingan terdekat Perodua Myvi adalah Proton Iriz. Kereta ini mempunyai tempat duduk yang lebih selesa tetapi dengan penggunaan minyak yang jauh lebih tinggi. Iriz juga tidak mempunyai ciri keselamatan AEB, kurang beg udara berbanding Perodua Myvi tanpa sebarang kelengkapan tambahan seperti peranti Smart Tag.

Kos penyelenggaraan

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 07

Dalam tempoh 100,000 km / 5 tahun, pakej ProCare daripada Perodua menawarkan sebanyak RM 3,149 untuk kos penyelenggaraan Perodua Myvi 1.3 manakala sebanyak RM 4,010.42 pula diperlukan untuk Perodua Myvi 1.5.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 08

ProCare adalah pakej perkhidmatan dan penyelenggaraan yang ditawarkan oleh Perodua. Pakej ini merangkumi alat ganti dan kelengkapan pilihan seperti penapis udara, minyak brek, penjajaran dan pengimbangan tayar dan perkhidmatan penyelenggaraan major untuk sistem penghawa dingin.

Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan 09

Tidak memilih pakej ProCare tidak akan membatalkan jaminan anda tetapi pelanggan digalakkan untuk memilij pakej penyelenggaraan ini agar Perodua Myvi pelanggan sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.

Kos pemilikan

Berikut adalah jadual bayaran bulanan Perodua Myvi 2020 untuk lebih mudak difahami. Bayaran bulanan adalah berdasarkan kadar faedah 3.2%.

Perodua Myvi
Model

Harga atas jalan (RM)

Deposit 10% (RM)

Bayaran Bulanan (RM)

5-tahun 7-tahun 9-tahun
1.3G (MT) 41,292 4,190 720 540 440
1.3G (AT) 43,029 4,300 750 560 460
1.3X (AT) 44,959 4,500 780 590 480
1.3X (AT) ASA 46,959 4,700 820 620 500
1.5H (AT) ASA 50,530 5,050 880 660 540
1.5AV (AT) ASA 52,697 5,270 920 690 570

 

Perodua Myvi 1.3 (anggaran belanja bulanan)
Model 1.3G (AT) 1.3X (AT) 1.3X ASA (AT)
Tayar (RM)

20-25/bulan

2-tahun: 600

20-25/bulan

2-tahun: 600

20-25/bulan

2-tahun: 600

Bateri (RM)  10/sebulan
Sebiji: 230 (2 tahun)
20/bulan
Sebiji: 493 (2 tahun)
20/bulan
Sebiji: 493 (2 tahun)
Bayaran Bulanan (RM)

5-tahun: 750

9-tahun: 460

5-tahun: 780

9-tahun: 480

5-tahun: 820

9-tahun: 500

Insurans (RM) 120/bulan 130/bulan 130/bulan
Purata Kos Servis(RM)

70

(800/tahun)

70

(800/tahun)

70

(800/tahun)

 

Perodua Myvi 1.5 (anggaran belanja bulanan)
Model 1.5H (AT) 1.5AV (AT)
Tayar (RM)

30-40/bulan

2-year: 800

30-40/bulan

2-tahun: 800

Bateri (RM)

20/bulan

Sebiji: 493 (2 tahun)

20/bulan

Sebiji: 493 (2 tahun)

Bayaran Bulanan (RM)

5-tahun: 880

9-tahun: 540

5-tahun: 920

9-tahun: 570

Insurans (RM) 140/bulan 150/bulan
Purata Kos Servis(RM)

70

(800/tahun)

70

(800/tahun)

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda