Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun?

Mersita · Jun 11, 2020 03:24 PM

Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun? 01

Perodua Axia ialah hatchback Segmen A yang popular, juga merupakan kereta paling murah dalam barisan kereta Perodua.

Jom kita bincang lebih lanjut lagi tentang kos maintenance Perodua Axia untuk tempoh 5 tahun.

Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun? 02

Berlainan dengan pengilang kereta lain, Axia tidak memerlukan servis atau pemeriksaan pada kilometer ke 1,000 atau 5,000. Servis Axia yang pertama bermula pada kilometer ke 10,000, dan kosnya berjumlah RM 142.90.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Servis yang seterusnya pula adalah pada kilometer ke 20,000, dimana pemilik harus berbelanja RM 240.63 untuk servis kali ini.

Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun? 01

Perodua juga menawarkan Servis Pencegahan ProCare (ProCare Preventive Service) pada setiap kilometer ke 20,000 (km ke 40,000, 60,000 dan seterusnya). Kelengkapan yang termasuk dalam servis ini adalah penapis pembersih udara (RM 62.10), minyak brek (RM 21), alignment tayar, balancing, dan rotation (RM 49), serta servis utama untuk sistem penghawa dingin (RM 144).

Perodua Axia: Berapa kos jagaan untuk tempoh 5 tahun? 02

Sepanjang tempoh 5 tahun, pemilik Axia harus berbelanja sebanyak:

  • RM 2,715 untuk varian Axia AT, tanpa pakej ProCare
  • RM 2,554 untuk varian Axia MT, tanpa pakej ProCare
  • RM 3,351 untuk varian Axia AT, dengan pakej ProCare
  • RM 3,191 untuk varian Axia MT, dengan pakej ProCare

Walaupun pakej ProCare menaikkan lagi kos jagaan Axia dalam beberapa ratus ringgit, waranti kereta tidak akan dibatalkan jika pemilik memilih untuk tidak mengambil pakej tersebut.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

tradeInTool.upto20

2018 Perodua Axia Standard E 1.0 MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru