window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami!

Zamil Syaheer Β· Jul 17, 2021 04:00 PM

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 01

Pembelian kereta pertama boleh menjadi satu batu loncatan dalam kehidupan seseorang individu, baik untuk perkerjaan ataupun memudahkan pelbagai urusan harian. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, urusan pemilihan kereta yang sesuai mungkin sedikit memeningkan.

Untuk memudahkan anda, kami ingin berkongsi 5 kereta baru yang sesuai bagi mana yang kerja makan gaji dengan RM 2,500 sebulan.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, cara paling asas untuk mengetahui harga kereta yang mampu anda beli adalah dengan menggunakan formula gaji sebulan x 12 bulan. Bagi gaji RM 2,500 sebulan, ini bermakna pendapatan tahunan anda akan jadi sebanyak RM 30,000.

Sebelum itu, kami mengesyorkan anda untuk tidak mengambil pinjaman kereta 9 tahun kerana anda hanya akan membayar faedah yang lebih tinggi, dan nilai kereta anda akan susuh lebih cepat berbanding nilai asal. Rugi.

Juga baca: Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'

2020 Proton Saga Facelift Driving

Pada kami, pinjaman kereta sepatutnya tidak lebih daripada 7 tahun (lagi pendek, lagi bagus). Jadi dalam senarai ini, kami akan letak harga bayar bulanan siap-siap, berdasarkan kadar faedah 2.5%. Jom terjah!

Perodua Axia 1.0 GXtra – RM 33,940, RM 427 sebulan

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 02

Tak kiralah jika anda baru mula bekerja atau mencari sebuah kereta yang tahan lasak serta jimat minyak untuk kegunaan harian, Perodua Axia adalah pilihan tepat sebagai kereta poin A ke B.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 03

Ada varian yang lagi murah iaitu 1.0 G (RM 32,485) dan juga 1.0 E (RM 23,367), tetapi kedua-dua varian ini agak ‘kosong’ dan tidak dilengkapi dengan kawalan stabiliti (VSC) serta kawalan cengkaman (TRC) yang teramatlah penting bagi sebuah kereta moden.

Juga baca: Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti!

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 04

Kebaikan: Cekap minyak. Kabin yang cukup luas untuk saiznya. Penjagaan yang amat mudah.

Keburukan: Rak stereng yang tetap mungkin tidak sesuai untuk beberapa orang. Gegaran tipikal enjin 3 silinder. Tak laju mana.

Proton Iriz 1.3 Manual – RM 36,700, RM 462 sebulan

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 05

Bagi mana yang inginkan sebuah hatchback dengan kawalan pemanduan yang mengasyikkan serta pilihan transmisi manual 5-kelajuan, Proton Iriz 1.3 Manual memang sesuai untuk peminat pemanduan.

Dengan penambahbaikan hasil kerjasama dengan Geely, Iriz ini lebih ‘polished’ serta ‘refined’ berbanding dulu.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 06

Cuma desas desus mengatakan Iriz MC2 (Minor Change 2) yang akan dilancarkan tidak lama lagi katanya bakal menggugurkan pilihan transmisi manual. Jadi baik cepat sebelum terlambat!

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 07

Proton Iriz dengan bampar depan baru! 

Kebaikan: Kawalan pemanduan yang mengasyikkan dan selesa. Kabin yang senyap. Sarat dengan ciri keselamatan.

Keburukan: Enjin 1.3 Campro VVT ini tidak jimat minyak sangat. Tidak sepraktikal Perodua Myvi atau Axia. Interior mungkin nampak lapuk.

Proton Saga 1.3 Premium AT – RM 39,800, bulanan RM501.05

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 08

Nama Proton Saga sinonim dengan imej kereta rakyat sejak dari tahun 1985, dan sehingga kini ia masih lagi sebuah produk yang berbaloi-baloi dengan harga permintaannya. Ia merupakan kereta yang paling selesa dalam senarai ini, dan paling best, ia lebih murah berbanding Perodua Bezza.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 09

Penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan yang direka oleh Hyundai menggantikan transmisi CVT Punch yang terkenal dengan permasalahnya menjadikan Saga ini sedap untuk dipandu.

Juga baca: Rebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 10

Kebaikan: Pemanduan yang bagus dan amat selesa. Sistem infotainmen yang mudah digunakan. Kualiti audio yang mengagumkan dengan tetapan 4 speaker.

Keburukan: Tiada ‘keyless entry’ dan butang ‘push-start’. Tempat sandar kepala di belakang tidak dapat dilaras. Penggunaan petrol tidak secekap Perodua Bezza.

Perodua Bezza 1.3 X – RM 42,551, RM 536

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 11

Antara pilihan utama bagi pemandu e-hailing, Perodua Bezza terkenal dengan but belakang 508 liter yang teramat besar (malah lebih dari sesetengah sedan segmen C), jimat minyak ‘kaw kaw’, dan juga tahan lasak.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 12

Varian 1.3 X ini hanya satu varian kebawah daripada varian tertinggi iaitu 1.3 AV, dan seperti Axia, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang merangkumi dengan kawalan stabiliti (VSC) serta kawalan cengkaman (TRC).

Juga baca: Terkesan harga minyak naik? Perodua Bezza 2020 katanya jimat minyak!

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 13

Kelebihan: Paling jimat minyak. But belakang yang teramat besar. Tahan lasak dan boleh dipercayai.

Kekurangan: Kualiti pemanduan dan tahap keselasaan biasa sahaja. Rak stereng yang tetap. Kurang selesa di bahagian tempat duduk belakang.

Perodua Myvi 1.3 X – RM 44,959, RM566

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 14

Senarai ini tak sah kalau tak masukkan Perodua Myvi, supercar rasmi Malaysia. Hatchback nasional yang paling laris di Malaysia ini mempunyai ramai peminat, dan semestinya akan tersenarai dalam kereta yang anda ingin beli dek kerana reputasinya yang kukuh dari segi kebolehpercayaan.

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 15

Perodua Myvi generasi terkini dicipta khusus dengan mentaliti rakyat Malaysia. Dari cangkuk "Teh Tarik", cangkuk anti-ragut yang juga berfungsi untuk beg plastik/kertas, dan ciri kesukaan ramai – lampu depan dan belakang LED.

Juga baca: Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Gaji saya RM 2,500, kereta baru apa yang boleh dibeli? Ini adalah 5 cadangan kami! 16

Kebaikan: Praktikal dan amat luas. Tahan lasak untuk pelbagai jenis kegunaan. Jimat minyak.

Keburukan: Tempat duduk belakang dan depan kurang selesa. Kurang penebat bunyi, jadi lebih bising. Talaan suspensi yang terlalu lembut.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda