window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan

Mersita · Jun 21, 2020 11:35 AM

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 01

Pasti semua orang masih ingat lagi dengan kereta pertama mereka. Ramai yang anggap kereta macam bini/awek nombor satu dua. Walaupun kereta biasa-biasa saja, tetap sayang. Manakan tidak, kereta pertamalah yang selalunya membawa pelbagai kenangan manis – zaman belajar, bawa pergi temuduga kerja pertama, dan macam-macam lagi.

Bagi yang tiada pengalaman, ambil tahu serba sedikit tentang kereta akan banyak membantu anda nanti. Dah beli mahal-mahal, kena lah pandai jaga.

Jom kita mulakan dengan jagaan atau maintenance dengan jenama kereta popular Malaysia seperti Perodua, Proton, Honda dan Toyota sebagai rujukan. Servis selalunya dibuat pada setiap kilometer ke-10,000 atau 6 bulan sekali – mana-mana yang sampai dulu.

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kos untuk servis normal atau biasa dianggarkan sekitar RM 200 ke RM 400. Pada kilometer ke-30,000 atau 40,000, servis yang agak besar-besaran akan berharga sekitar RM 500 ke RM 1,000. Tak apa, itulah adat berkereta, kena keluar belanja.

Ini tidak termasuk barang-barang yang kadang-kadang boleh rosak seperti wiper, break pad, tayar dan macam-macam lagi. Wiper boleh dibeli semurah RM 20 sepasang atau kalau ada duit, yang ratus-ratus pun ada. Sama juga seperti brake pad, ada yang murah dan ada yang mahal sedikit.

Tayar untuk rim bersaiz 14 inci berharga sekitar RM 120 – RM 150 bergantung pada saiz sebenarnya, jenama dan juga penjualnya. Bagi tayar rim 15 inci pula, ia mahal sedikit iaitu sekitar RM 170 – RM250.

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 01

Jom cakap pasal insurans pula. Bagi yang belum pernah daftar kereta bawah nama sendiri sebelum ini, anda belum dapat menikmati No-Claim Discount (NCD). Ini bermaksud anda harus membayar harga penuh untuk tahun pertama dan selepas itu, perlahan-lahan kumpul kadar NCD anda.

Harga insuran akan berlainan bukan sahaja bergantung pada jenama kereta dan modelnya, tetapi ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. Inilah sebabnya di pasaran lokal, jenama-jenama kereta sudah tidak dinyatakan harga termasuk dengan insuran sekali.

Bagi rujukan mudah untuk harga insuran yang perlu dibayar setiap tahun – jika kereta anda diinsurankan untuk RM 50,000, anda perlu membayar sekitar RM 1,500. Jika kereta tersebut dinilaikan pada RM 80,000, anda harus mengeluarkan kos insuran sekitar RM 2,300.

Cukai jalan pula tidak terlalu bergantung pada bermacam faktor kerana kebanyakan kereta yang berharga ‘entry-level’ dengan enjin 1.5 liter atau 1.6 liter memerlukan RM 90 untuk pembaharuan tahunan.

Belum takut lagi? Kami ada beberapa cadangan untuk mereka yang baru pertama kali hendak membeli kereta.

Perodua Myvi

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 02

Inilah hero dikalangan rakyat marhaen. Perodua Myvi ialah kereta Malaysia yang paling banyak terjual, best-selling selama bertahun-tahun dan perkara ini tidak menghairankan – kerana ia sangat berbaloi dengan harganya, boleh diharap, luas, agak murah untuk dijaga dan nilainya mampu bertahan bila datang masanya untuk dijual nanti.

Dari segi pemanduan pula, tak banyak sangat yang boleh dibanggakan. Powertrain biasa saja, respon throttle kini kurang sedikit dibandingkan dengan model generasi sebelumnya “Lagi Best”, tetapi ia semakin bagus semasa membelok dengan kurangnya body roll. Ia bukanlah Proton Iriz tapi keselesaan pemanduannya agak bagus walaupun sedikit keras dan berbunyi kuat pada kelajuan lebuhraya.

Ia juga mempunyai banyak kelengkapan dimana semua varian diberi kawalan imbangan elektronik. Jika anda memilih varian Advanced, anda akan dapat Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang didatangkan dengan Autonomous Emergency Braking (AEB) yang boleh membrek secara automatik untuk mengelakkan perlanggaran dihadapan.

Proton Saga

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 03

Perlukan sedan yang mampu milik? Jika ya, Proton Saga patut ada dalam senarai teratas anda. Proton memberikan Saga sedikit naiktaraf, dimana perubahan terbesarnya adalah peralihan dari CVT kepada transmisi automatik 4 kelajuan yang konvensional.

Proton juga menyatakan yang mereka telah menaiktaraf Noise, Vibration and Harshness (NVH) dan ini dapat dibuktikan pada kelajuan di lebuhraya disamping mempunyai bunyi yang lebih senyap berbanding Bezza serta rasa lebih stabil. Saga juga pilihan yang lebih baik kerana handlingnya yang lebih bagus.

Jika anda berulang-alik menggunakan jalan yang berbengkang-bengkok atau banyak memandu di lebuhraya, Saga adalah pilihan yang tepat. Walaubagaimanapun, ia tak dapat melawan Bezza dalam aspek kecekapan petrol.

Kia Picanto

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu berserta cadangan 04

Jika ruang dalaman bukanlah keutamaan anda, Kia Picanto boleh jadi pilihan bijak anda.

Ia didatangkan dengan 6 beg udara, kawalan penstabilan, dan AEB pada varian GT-Line. Ia juga mempunyai disket brek pada semua 4 sudut – satu-satunya kereta pada segmen ini yang mempunyai ciri ini. Tambahan pula, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 7 inci yang didatangkan mempunyai Android Auto dan Apple CarPlay.

Pemanduan Picanto terasa seperti kereta yang lebih besar, boleh menyerap impak dari bonggol dengan lembut – sesuatu yang anda susah nak jangka dari kereta bersaiz seperti ini. Ruang kabin juga lebih senyap berbanding Myvi.

Inilah perkara-perkara yang anda perlu tahu semasa membeli kereta pertama anda. Pertimbangan anda bukanlah sahaja pada bayaran bulanan dan petrol, tetapi anda juga harus mengira kos maintenance, insuran dan cukai jalan. Bila dah rancang bajet anda, pilihlah kereta yang tepat dengan keperluan dan jiwa anda. Jom beli!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda