window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tertipu dengan tawaran Ford Ranger Raptor terpakai RM 36k. Ketahui harga masuk akal!

Mersita · Oct 21, 2020 02:00 PM

Tertipu dengan tawaran Ford Ranger Raptor terpakai RM 36k. Ketahui harga masuk akal! 01

Lumrah manusia; kadangkala alpa dan tersilap buat pertimbangan terutama sekali apabila terlihat tawaran yang sangat sukar untuk ditolak. Begitulah kisah seorang kontraktor di Pekan, Pahang yang dilaporkan ditipu oleh penjual dari Singapura yang menawarkan sebuah Ford Ranger Raptor terpakai pada harga yang sangat menarik – hanya RM 36,000.

Menurut laporan yang dipetik dari Utusan, kejadian berlaku pada awal bulan Oktober lalu apabila mangsa, lelaki berumur 53 tahun, terjumpa iklan tawaran mengenai trak pikap itu dan menelefon suspek untuk membuat tawaran. Penjualnya dari Singapura meminta pelbagai dokumen biasa untuk proses pinjaman.

Tertipu dengan tawaran Ford Ranger Raptor terpakai RM 36k. Ketahui harga masuk akal! 02

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof memberitahu yang mangsa sudah membuat bayaran berjumlah sekitar RM 15,000 untuk pelbagai permintaan - termasuklah deposit, cukai jalan hampir RM 6,000, dan RM 2,500 untuk pendaftaran kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa menyedari yang beliau telah ditipu ketika trak tunda yang kononnya dilantik oleh suspek memberi pelbagai alasan untuk penghantaran kenderaan 4x4 itu. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tertipu dengan tawaran Ford Ranger Raptor terpakai RM 36k. Ketahui harga masuk akal! 01

Memang cantik lagi menggoda, saya pun nak. Tapi, jangan ikut perasaan!

Tinjauan kami mendapati yang Ford Ranger Raptor 2019 terpakai sering dijual pada harga sekurang-kurangnya RM170,000. Ford Ranger Raptor mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan harga bermula daripada RM 199,888 (OTR tanpa insuran). Ia didatangkan dengan waranti 3 tahun/100,000 km. Tak hairanlah jika harganya belum turun mendadak, dan yang pastinya tak masuk akal jika ada yang mahu menjualnya pada harga RM 36,000.

Satu lagi kemungkinan ialah jualan kereta sambung bayar. Walaupun harga deposit sememangnya rendah, kadangkala RM30,000 keatas untuk model ini, ketahuilah yang kaedah sambung bayar ini berisiko tinggi dan sebenarnya salah di sisi undang-undang. Kami akan bincangkan topik ini dalam entri seterusnya.

Jika ia jualan 'lump sum', ya, “willing buyer, willing seller”. Harganya boleh jadi apa-apa angka. Tapi, jangan terlalu mudah percaya pada tawaran yang terlalu baik untuk dielakkan. Kami dah banyak kali kongsi panduan beli kereta terpakai, dan kali ini biar kami nasihatkan anda untuk buat kajian dan pemeriksaan secara menyeluruh sebelum bersetuju dengan apa-apa tawaran sekalipun. Berhati-hati bukan saja di jalanraya, tapi juga di alam maya!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda