window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k!

Haris · Mar 25, 2022 10:00 AM

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 01

Ford Ranger Raptor kini memulakan langkah pertama di ASEAN dengan memilih 'Detroit Asia' sebagai pentasnya ketika Bangkok International Motor Show 2022. Model tersebut akan dibuat di kilang Ford Thailand Manufacturing (FTM) yang berpengkalan di daerah Rayong, Thailand.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 02

Ford Ranger Raptor generasi kedua ini dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang berlebih-lebihan. Ia bukanlah sebuah trak pikap yang diperlukan oleh sesiapa tetapi lebih kepada sesuatu yang dimahukan oleh semua orang. Penampilannya yang kini lebih tampan turut menarik perhatian ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 01

Apa yang paling mengujakan adalah, untuk Ford Ranger Raptor generasi kedua ini, Ford Performance (cabang prestasi Ford) ditarik untuk menyertai proses pembangunannya dari segi rekaan dan kejuruteraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ia kini bukan sekadar trak pikap naik taraf dari Ranger biasa, ia adalah keajaiban mekanikal.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 02

Perubahan terbesarnya bukanlah sesuatu yang anda akan perasan secara serta-merta tetapi ia mempunyai kesan yang besar pada karakter trak pikap ini. Tiada lagi enjin diesel bi-turbo. Sebagai gantinya, enjin V6 3.0 liter turbo berkembar EcoBoost petrol baharu menghasilkan sehingga 397 PS dan 583 Nm tork yang dihantar ke keempat-empat roda. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang sama dengan model generasi sebelum.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 03

Ford Performance menggunakan kepakaran dan pengalaman mereka dengan memasukkan sistem anti-lag ke dalam Ford Ranger Raptor ini. Sistem anti-lag tersebut yang hanya tersedia dalam mod Baja serta bertujuan untuk memastikan turbo berputar sehingga tiga saat selepas pemandu melepaskan pendikit untuk memberikan tujahan segera ketika selekoh atau ketika pertukaran gear.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 04

Sudah tentu, memastikan ia kekal beradab ketika digunakan di atas jalan raya beserta kemampuan untuk mengendalikan lompatan bukit pasir memerlukan beberapa helah sistem suspensi.

Ford meneruskan kerjasamanya dengan Fox Factory Holding Corp untuk pembangunan Ford Ranger Raptor baharu ini. Kebanyakan kejuruteraan komputer dan ujian dunia sebenar telah digunakan untuk menala kadar spring, ketinggian tunggangan dan mengasah zon tunggangan untuk mewujudkan keseimbangan sempurna antara keselesaan, kawalan, kestabilan dan daya cengkaman di atas jalan mahu pun off-road.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 05

Komponen utamanya terletak dalam bentuk penyerap hentak 2.5-inci Fox Live Valve Internal Bypass yang paling sofistikated pernah dilengkapi pada Ford Ranger. Ia mampu menyesuaikan diri dalam masa nyata melalui sensor yang diletakkan di sekeliling kenderaan yang membolehkan penyerap hentak melaraskan kadar redaman di setiap sudut pada kadar 500 kali sesaat.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 06

Untuk mod pemanduan pula, terdapat 7 pilihan yang ditawarkan. Ia merangkumi Normal; Sport and Slippery (3 mod ini untuk pemanduan atas jalan), Rock Crawl; Sand; Mud and Ruts; serta akhir sekali Baja (untuk pemanduan off-road). Mod Sand juga kini tersedia dalam Ford Ranger Sport biasa.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 07

Tidak hanya berlebih-lebihan dengan mod pemanduan, Ford turut menyepadukan sistem ekzos aktif kawalan elektronik eksklusif dengan modnya sendiri; Quiet, Normal, Sport dan Baja. Kami menjangkakan bahawa mod Baja mungkin yang paling hampir dengan 'ketiadaan' sistem ekzos.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 08

Warna jingga Code Oren tandatangan digunakan dengan meluas meliputi panel instrumen, kemasan dan tempat duduk. Ford mendakwa kerusi prestasi Ranger Raptor diilhamkan oleh tempat duduk dalam jet pejuang F-22 Raptor, bertujuan untuk memastikan semua penumpang kekal berada di tempatnya walaupun dengan pemanduan yang melompat-lompat secara agresif.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 09

Walaupun dibina dengan kekar, ia masih sebuah Ford Ranger disebaliknya dan ini bermakna keterhubungan yang menyeluruh. Terdapat gugusan instrumen digital 12.4-inci pelbagai paparan mod pemanduan dan sistem infotainmen 12-inci skrin sentuh dengan Ford Sync4 yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Akhir sekali, terdapat 6 suis upfitter terletak berhampiran cermin pandang belakang yang boleh digunakan untuk sebarang fungsi tambahan atau ciri yang diprogram semula seperti lampu luaran berkuasa tinggi. Di samping itu, ruangan kargo belakang juga mempunyai penyesuai kuasa untuk aplikasi 12V atau 230V.

Ford Ranger Raptor 2022 generasi baharu debut ASEAN - 3.0L Turbo V6, dari RM 234k! 10

Ford Ranger Raptor boleh didapati dalam 4 warna; Absolute Black, Arctic White, Conquer Grey dan warna tanda tangan Code Orange. Harga untuk Ranger Raptor generasi seterusnya bermula dari 1,869,000 THB (~RM 234,000).

Baca: Hanya RM 9k untuk 'convert', ini cara bezakan Ford Ranger Raptor ori dengan 'poser'!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda