window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Haris · Oct 7, 2022 11:30 AM

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 01

SDAC Ford Malaysia hari ini tampil dengan Ford Ranger Raptor 2022, trak pikap paling bergaya dalam kelasnya. Kehadiran Ford Ranger Raptor 2022 sangat ditunggu-tunggu dalam pasaran trak pikap kerana faktor rekaan dan jenama yang mempunyai peminat yang tegar di Malaysia.

Model Ford Ranger sebelum ini hanya ditawarkan dalam hanya 1 pilihan enjin (2.0L BiTurbo). Generasi baharu ini mendapat 2 enjin (3.0 V6 untuk Raptor dan 2.0L BiTurbo untuk Wildtrak). Sebelum kita mengulas lebih lanjut, perincian harga adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 2022 Ford Ranger Raptor 3.0 - RM 259,888

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 01

Tiada lagi enjin diesel bi-turbo. Sebagai gantinya, enjin V6 3.0 liter turbo berkembar EcoBoost petrol baharu menghasilkan sehingga 397 PS dan 583 Nm tork yang dihantar ke keempat-empat roda. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang sama dengan model generasi sebelum tetapi talaan berbeza menjadikannya 2 kali lebih pantas!

Enjin ini memanfaatkan rekaan blok silinder graphite-iron kompak, yang 75% lebih kuat dan sehingga 75% lebih keras berbanding logam biasa yang digunakan dalam besi tuangan tradisional.

Aspek spesifikasi yang kekar tidak terhenti setakat itu. Takluk permukaan sukar dengan pilihan tujuh mod pemanduan, casis yang lebih kuat dan sistem suspensi yang digantikan dengan penyerap hentak FOX 2.5-inci Live Valve yang dibangunkan oleh Ford Performance.

Pengguna 4x4 juga akan bersyukur dengan ciri Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) yang digabungkan bersama differential lock depan dan belakang yang lebih maju.

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 02

Bahagian luaran 2022 Ford Ranger Raptor generasi baharu menampilkan rekaan lampu depan pengapit C ikonik dan gril palang mendatar ditengah. Setiap binaan yang dibina teguh ditunjukkan secara berlebihan, fender dan pelapisan hitam keliling disertai dengan plat skid tona warna berbeza

Penampilan menjadi sandaran Ford Ranger Raptor 2022 ini dengan mengenakan perincian tambahan yang lebih sporty. Rupa agresif ini turut disempurnakan oleh rim 17-inci (varian Standard), 18-inci (varian Premium) dan warna dua tona untuk varian teratas. Tak dilupakan juga, lampu belakang LED yang disambung dengan jalur LED kali ini menjadi fokus utama Ford Ranger Raptor generasi baharu di bahagian belakang.

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri kulit berwarna hitam sepenuhnya. Penggunaan aksen merah juga ditawarkan nampak lebih baik daripada Iriz Active sangat premium.

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 03

Peningkatan terbesar berbanding Ranger Wildtrak rata-ratanya tampil dalam bentuk mekanikal. Hasil penggunaan komponen dari FOX, talaan dan pembangunan dilakukan oleh Ford Performance menggunakan campuran antara kejuruteraan bantuan komputer (CAE) dan ujian dunia nyata. Jurutera telah menyelaraskan kadar gegelung, menentukan ketinggian kedudukan, menala injap dan menentukan zon kendalian terbaik untuk mewujudkan imbangan sempurna antara keselesaan, kawalan, kestabilan dan cengkaman, baik ketika atas jalan mahupun off-road.

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 04

Untuk melindungi daripada kerosakan teruk di bahagian bawah kenderaan, FOX Bottom-Out Control menyediakan daya serapan maksimum pada jarak gerak 25% terakhir penyerap hentaknya. Begitu juga, sistem berkenaan boleh mengeraskan serapan di belakang untuk mengelakkan Ranger Raptor daripada banyak hentakan ketika pecuta, sekaligus memberikan lebih kestabilan.

Cangkuk kecemasan berkembar yang ada di depan dan belakang memberikan lebih banyak pilihan menyelamat ketika off-road, dengan manfaat untuk boleh mengakses satu daripada dua cangkuk tersebut (sekiranya yang satu lagi terhalang), dan juga boleh menggunakan tali pengikat seimbang ketika ingin menariknya keluar daripada permukaan pasir atau lumpur dalam Kawalan semua permukaan.

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 05

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital 12.4-inci pelbagai paparan mod pemanduan dan sistem infotainmen 12-inci skrin sentuh dengan Ford Sync4 yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Sistem audio disalurkan dengan sistem 10-pembesar suara Bang & Olufsen. 6 suis upfitter terletak berhampiran cermin pandang belakang yang boleh digunakan untuk sebarang fungsi tambahan atau ciri yang diprogram semula seperti lampu luaran berkuasa tinggi. Di samping itu, ruangan kargo belakang juga mempunyai plug kuasa untuk aplikasi perkakasan 12V sehingga 230V.

Bagi keselamatan, Ranger Raptor 2022 mendapat ciri penuh sistem keselamatan pasif dan aktif, bermula dengan 7 beg udara, ABS, ESC, Hill Descent Control (HDC), Hill Start Assist serta senarai komprehensif Sistem Bantuan (ADAS) yang merangkumi:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning and Assist
  • Dynamic Brake Support
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan penunggang basikal dan pejalan kaki
  • Post-collision Braking
  • Evasive Steer Assist - meningkatkan bantuan pemanduan untuk mengelak
  • Reverse Brake Assist
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go
  • Lane Centering
  • Lane Keeping Assist

2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan - dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia! 06

Terdapat 3 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Velocity Blue, Conquer Grey dan warna hero Code Orange.

2022 Ford Ranger Raptor ditawarkan dengan waranti pengeluar standard 5 tahun atau 160,000 km (mana datang dahulu), dan pemilik juga boleh memilih jaminan 2 tahun tambahan (7 tahun keseluruhan) dengan program waranti lanjutan SDAC Extended Warranty.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda