window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai!

Haris · Oct 12, 2020 11:00 AM

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai! 01

Peningkatan penjualan kereta terpakai yang turut melonjak tinggi selain daripada penjualan kereta baharu yang menerima insentif PENJANA dilihat bakal mengekalkan momentum tersebut apabila memasuki suku akhir tahun 2020.

Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor mengesahkan bahawa penjualan tahunan berbanding tahun lalu pada bulan Julai meningkat 25% iaitu sebanyak 37,800 unit.

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, penjualan berdasarkan statistik yang sama pada bulan Ogos dan September kedua-duanya mencatatkan peningkatan sebanyak 17%.

Tambah Datuk Tony Khor lagi, “terdapat permintaan yang tinggi bagi kereta terpakai berharga dalam lingkungan RM 30,000 dan RM 40,000.”

“Selalunya, permintaan kereta terpakai akan mengikut model pasaran yang sedang laris. Sudah tentu, model terlaris sekarang adalah Perodua Myvi dan permintaan kereta terpakai turut mencerminkan situasi tersebut,” 

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai! 01

“Selain itu, model lain yang turut popular adalah Toyota Vios, Honda City, Proton Saga dan Proton Persona.” ujar Datuk Tony Khor lagi.

"(Myvi) memang laris, terutamanya untuk kereta dengan jarak tempuh yang rendah. Sebagai contoh, Myvi hanya bertahan selama beberapa jam sahaja dan tidak berada lama di pusat jualan serta jarang muncul untuk diiklankan.

"Biasanya, Myvi datang dan pergi dengan pantas. Untuk model yang sangat laris, peniaga tidak perlu terlalu berusaha untuk mengiklankannya. Permintaan yang tinggi tersebut tutrut memastikan bahawa nilai jualan semula Perodua Myvi kekal tinggi,” katanya.

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai! 02

Walaubagaimanapun, Datuk Tony Khor turut menjangkakan bahawa peningkatan jualan kereta terpakai akan beransur pada bulan Oktober. Hal ini kerana, tempoh pinjaman moratorium yang tamat pada bulan September akan menjejaskan tingkahlaku pembeli walaupun insentif PENJANA mengekalkan momentum penjualan kereta baharu.

Sumber: The Sun Daily

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda