Tag

cara mematikan alarm kereta myvi

Cara guna butang Shift Lock sebelah tombol gear

Kebanyakan kereta bertransmisi automatik moden masa kini didatangkan dengan satu fungsi keselamatan gear, iaitu Shift Lock. Pernah nampak tak, butang kecil di sebelah tombol gear di dalam kereta anda? Fungsi Shift Lock ini adalah untuk membolehkan anda menggerakkan atau mengalihkan gear ke posisi selain daripada P (Parking) semasa enjin dimatikan. Apabila anda hendak parkir dan matikan enjin, kunci kereta takkan dapat dipusing untuk mematikan enjin selagi gear belum diletakkan pada P. Kereta aut

MersitaMersita

Sep 1, 2020

3 cara mudah untuk elakkan silau dan cara betul laraskan cermin sisi kereta

Tengah seronok-seronok memandu, tiba-tiba ada si mangkuk yang mengekori belakang kereta kita sambil pasang lampu tinggi. Silau ya amat, mata yang tak sepet pun jadi sepet. Apa nak buat? Nak tukar ‘lane’, tak dapat. Kalau dapat pun malasnya lah hai nak melayan situasi macam ni. Lagipun, perkara sama boleh terjadi kalau kereta yang lampu depannya terang mengekori kita di belakang dan kita pula nak membelok di simpang atau menukar lorong. Bila nak membelok, mesti tengok dulu cermin sisi untuk pasti

MersitaMersita

Nov 9, 2020

Perodua Myvi, kereta terlaris di Malaysia

Perodua Myvi Perodua Myvi adalah kereta terlaris di Malaysia. Kepada mereka yang sedang mencari kereta harian yang bagus, Myvi seharusnya menjadi salah satu daripada pilihan utama anda. Harga mampu milik? Perodua Myvi adalah hatchback segmen B dengan harga sekitar RM 42,790 hingga RM 54,090. Didatangkan dengan 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter, kedua dua enjin adalah enjin sedutan tabii 4 silinder petrol. Enjin 1.5 liter juga digunakan dalam Toyota Vios dengan talaan yang sedikit berbeza.

HarisHaris

May 12, 2020

Adakah anda boleh menutup ‘Eco Mode’ pada Perodua Myvi?

Untuk maklumat anda, Perodua Myvi tidak mempunyai "Eco Mode" seperti yang terdapat pada kereta Honda, Toyota atau BMW dimana ia mengubah respon transmisi dan enjin. Perodua Myvi hanya mempunyai Eco Indicator yang menunjukkan gaya pemanduan. Ia berfungsi sebagai penilai kepada gaya pemanduan anda sama ada menjimatkan atau sebaliknya melalui kelajuan semasa, input pedal minyak, dan pilihan gear. Seperti ciri "Eco Drive Assist Indicator" pada model Proton yang baharu, simbol daun hijau akan dinyala

FaisalFaisal

Sep 2, 2020

5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda!

Kes kecurian hak milik seperti kereta sering kali berlaku walaupun kereta sudah dilindung dengan rapi. Dengan itu, kita sama-sama boleh mempelajari petua mudah supaya kes kecurian kereta dapat dielakkan. Mari kita mulakan dengan lokasi meletak kenderaan. 1. Letak kenderaan di tempat yang cerah Tempat meletak kenderaan yang cerah boleh mengurangkan risiko pecah masuk. Perkara ini lebih baik jika anda meletakkan kenderaan di khalayak ramai atau berdekatan dengan pengawal supaya kenderaan sentiasa

FaisalFaisal

Oct 19, 2020

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya

Siapa tak suka kereta bersih? Perasaan puas dari melihat kereta dan rim berkilat pasti membuatkan si pemilik bangga apabila meluncur di jalanraya, walaupun bawa kereta yang biasa-biasa saja. Siapa saja yang masuk ke dalam kereta yang bersih dan wangi pun pasti rasa selesa, perasaan dia macam baru keluar dari bilik pameran. Tapi, bila sampai masa nak bersihkan luar dan dalam kereta, ada yang masih tak puas hati – mula la tertanya, “kalau aku cuci enjin apa jadi?”. Persoalannya sekarang ialah sama

MersitaMersita

Oct 4, 2020

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda?

Auto Start-Stop ialah ciri pada kereta yang tidak digemari ramai. Kereta seperti Perodua Myvi dan Perodua Bezza didatangkan dengan kelengkapan ini. Dengan permulaannya yang tersentak-sentak, pergerakan mudah seperti pusingan tiga-titik terasa kekok dan kurang selesa. Ditambah pula dengan kompresornya yang ‘belt-driven’, udara sejuk terhenti apabila kelengkapan ini mula berfungsi. Penyelesaian mudah bagi kebanyakan orang ialah; hanya matikannya. Walaupun ada segelintir yang sanggup bersusah-payah

MersitaMersita

Jul 5, 2020

Sekolah memandu: Cara dan tips pandu kereta automatik

Anda baru nak belajar memandu kereta? Nak lepas ujian amali memandu bukan senang, walaupun untuk lesen kereta auto! Kalau anda langsung tak ada pengalaman atau ‘zero’ dalam pemanduan kereta, teruskan membaca. Kami nak kongsi tips berguna dan cara yang betul untuk memandu kereta automatik. Bagi yang dah pandai memandu - belum ada atau dah ada lesen - pun boleh belajar serba-sedikit tentang langkah-langkah yang boleh diambil ketika memandu di jalan rata, lebuhraya, naik bukit atau turun bukit. Tip

MersitaMersita

Oct 29, 2020

4 model kereta paling penting keluaran 2020, Perodua Myvi Style dan banyak lagi!

Tahun 2020 memang sucks sikit disebabkan pandemik, tapi tak apa. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka. Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru, BMW X1, BMW 320i, Mazda CX-30 dan Proton X70 CKD 2020. Takkan tu je? Jangan risau, banyak lagi ni! Nissan Almera 2020 Nissan Almera serba baru yang

MersitaMersita

Jun 12, 2020

Gadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Dalam satu muatnaik di laman Facebook Art of Speed Malaysia, sebuah Perodua Myvi telah diubahsuai menjadi ‘camper car’ dimana kerusi belakang diturunkan untuk memuatkan beberapa keping papan lapis yang dijadikan asas tilam lengkap dengan lampu liplap, bantal dan langsir Beliau dilihat memandu Perodua Myvi generasi pertama (2005 – 2008) yang memang terkenal dengan ruang dalamannya yang sangat luas bagi kereta hatchback nasional. Tempat duduk belakangnya boleh diturunkan dengan betul-betul rata -

MersitaMersita

Jul 29, 2020

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru!

Apabila anda membeli kereta yang serba baru, anda perlu menjalankan sesi ‘run-in’ bagi 1,000 km pertamanya. Pemilik disarankan untuk tidak ‘melenjan’ atau pandu dengan kasar sejurus selepas kereta diambil dari bilik pameran. Sama juga dengan Perodua Ativa baharu kami – kami jalankan sesi ‘run-in’ terlebih dahulu. Bagaimana caranya nak ‘run-in’ kereta? Pandu kereta dengan lembut dan berhati-hati dan jangan langkaui kadar rpm serta hadlaju yang tertentu. Di dalam setiap buku panduan pemilik kereta

MersitaMersita

Mar 23, 2021

Kereta Perodua ketinggalan zaman dan itulah yang sepatutnya

Apakah satu-satunya hatchback Segmen B yang masih menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan? Perodua Myvi. Apakah satu-satunya kereta serba baharu yang masih tak ada ABS? Perodua Axia (E). Pembuat kereta yang manakah masih belum memasang brek parkir elektronik pada mana-mana keretanya? Perodua. Kereta-kereta Perodua sangat popular hanya kerana 1 sebab utama – ianya mampu-milik. Seperti sebuah rahmat bagi pelanggan Perodua yang keretanya boleh diharap dan cukup bagus untuk pemanduan harian. Wala

MersitaMersita

Jul 3, 2020

Perodua Myvi paling laris dalam pasaran kereta terpakai!

Perodua Myvi Peningkatan penjualan kereta terpakai yang turut melonjak tinggi selain daripada penjualan kereta baharu yang menerima insentif PENJANA dilihat bakal mengekalkan momentum tersebut apabila memasuki suku akhir tahun 2020. Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor mengesahkan bahawa penjualan tahunan berbanding tahun lalu pada bulan Julai meningkat 25% iaitu sebanyak 37,800 unit. Tambahan pula, penjualan berdasarkan statistik yang sama pad

HarisHaris

Oct 12, 2020

Fungsi garisan di cermin belakang kereta dan cara hilangkan kabus cepat

Pemandu baru dan lama semuanya sering hadapi masalah yang sama – sesudah berlari-lari dalam hujan dan masuk ke dalam kereta, cermin pasti ada satu lapisan kabus. Ini disebabkan oleh udara luar yang sejuk menyejukkan cermin kereta – udara suam dari dalam kereta pula bertemu dengan cermin yang sejuk menghasilkan wap pada cermin. Lebih-lebih lagi bila anda masuk ke dalam kereta, haba badan dan pernafasan anda hasilkan wap yang menyebabkan kabus ini timbul di cermin kereta. Apabila proses kondensasi

MersitaMersita

Nov 1, 2020

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan!

Apabila berbincang tentang penyelenggaraan kereta, kita sering beri lebih perhatian kepada enjin dan transmisi kereta. Lagipun, selalunya kita ke pusat servis kereta pun samada nak tukar minyak enjin atau cecair transmisi. Walaupun kedua-dua aspek ini penting untuk menggerakkan kereta, brek juga sama penting untuk memberhentikan kereta. Oleh itu, bagaimana caranya untuk menjaga brek kereta? Kadangkala, anda mungkin dengar bunyi pelik-pelik yang datangnya dari brek, tapi anda tak tahu apa masalah

MersitaMersita

Aug 30, 2020

Tahukah anda, cermin belakang anda mempunyai mod malam?

Ramai yang tidak menyedari bahawa cermin pandangan belakang mempunyai mod malam. Ini bukan artikel pasal cermin belakang kereta mewah dengan fungsi malap automatik, ini adalah cermin pandangan belakang biasa yang boleh anda temui pada Perodua Myvi. Mod malam tersebut memalapkan cahaya yang menyilaukan anda ketika memandu pada waktu malam dengan menggelapkan sebahagian besar pantulan cahaya. Anda masih boleh melihat lampu kereta di belakang anda dengan jelas tanpa silau. Fungsi ini sangat berguna

HarisHaris

Jun 26, 2020

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda

Antara komponen keselamatan yang paling penting untuk setiap kereta adalah sistem brek. Jika pemandu tidak boleh memberhentikan kereta secara efektif, memang tak heran jika terjadinya kemalangan. Sistem brek adalah sebahagian daripada servis penyelenggaraan pencegahan yang menyeluruh bagi memastikan kecekapan keseluruhan sistem brek kereta anda. Terdapat pelbagai komponen untuk sesebuah sistem brek seperti kaliper brek, pad brek, piston brek, pin, dan sebagainya. Tapi tahukah anda komponen brek

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Nov 11, 2020

Myvi tema Stitch, brader ‘kemurungan’ bawa kereta anak buah

Siapa tak kenal filem animasi Lilo and Stitch yang sangat-sangat popular di kalangan kanak-kanak pada tahun 2000-an dulu? Kalau kenal sangat, mungkin maksudnya anda memang dah cukup tua. Bagi peminat tegar karakter Stitch, seekor alien comel berwarna biru dari filem animasi itu, anda mungkin berminat nak hias kereta seperti Perodua Myvi anak buah lelaki ini. Pengguna Facebook, Mohd Firdaus Jailan, baru-baru ini berkongsi beberapa gambar menunjukkan kereta anak buah perempuan beliau yang dipenuhi

MersitaMersita

Feb 3, 2021

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu?

Dengan permukaan jalan yang lebih licin dan jarak penglihatan yang lebih terhad, memandu dalam keadaan hujan sememangnya memerlukan lebih tumpuan. Pada masa yang sama, hujan juga boleh menghasilkan kelopak air dimana kalau cukup bertakung, boleh mengakibatkan banjir. Mungkin pernah anda melihat sesetengah pemandu yang melalui bahagian air secara bersahaja. Sudah tentu anda pernah terdetik untuk melakukan perkara yang sama, bukan? Untuk maklumat anda, air tidaklah mudah untuk memasuki ke dalam en

FaisalFaisal

Nov 5, 2020

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air

Setiap tahun, pasti ada musim banjir di beberapa kawasan sekitar Malaysia. Awal tahun 2021 disambut dengan kedatangan hujan lebat yang meliputi hampir seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang hari, lagi-lagi ketika cuti hujung minggu panjang dimana ramai penduduk Malaysia merentas negeri. Ada yang terkandas di kampung halaman, ada juga yang tersekat di lebuh raya dek hujan yang seperti tiada penghujungnya. Lebih menyedihkan, kita dikejutkan dengan berita kenderaan yang hanyut dibawa arus deras seh

MersitaMersita

Jan 4, 2021

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren!

Bagi mereka yang belum melihat gambar tular di media sosial, seorang pemandu yang membawa Proton Saga pasti tidak sangka akan nasibnya ketika beliau memandu di MRR2 Bandar Tasik Selatan petang semalam. Konkrit empat segi berukuran 1x1 meter iaitu sebahagian daripada struktur Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) jatuh menimpa bahagian sebelah kiri Proton Saga tersebut. Kami tak dapat bayangkan betapa nyarisnya mangsa terlepas hanya beberapa inci dari konkrit tersebut yang besar kemung

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Sep 20, 2020

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Sebelum anda buat kesimpulan yang artikel ini satu lagi kritik bagi produk domestik kita sendiri, anda silap. Perodua Myvi barangkali kereta yang terbaik untuk pemanduan harian yang ada di pasaran setakat ini. Sebagai kereta harian, Perodua Myvi hampir sempurna. Ia cukup cemerlang sampaikan Honda Jazz pun nampak biasa. Jazz ada Smart Tag bina-dalam atau AEB? Tak kan? Ultra Seats yang ada pada Honda Jazz cukup menarik untuk dimiliki, tapi berapa kali je anda nak kena lipat kerusi belakang? Jadi,

MersitaMersita

Aug 26, 2020

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!

Pada masa yang sangat membimbangkan kita akibat pandemik Covid-19, ramai yang terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi. Baru-baru ini ada satu kes penipuan pembelian Proton Satria Neo yang berharga RM 9,000 melibatkan urusan jual beli kereta dimana terdapat penglibatan orang tengah. Kes sebegini selalu berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati. Dengan itu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh ‘scammer’ yang tak bertanggungjawab ini? 1. Periksa harga juala

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 1, 2021

Perodua Myvi dianugerahkan kereta bandar terbaik oleh Gen-Z di Indonesia!

Perodua Myvi ialah kereta yang paling popular di Malaysia tetapi di Indonesia, ia tidaklah sampai ke tahap itu. Namun demikian, ia telah berjaya memenangi hati golongan pemuda di Indonesia. Dikenali sebagai Daihatsu Sirion, Perodua Myvi dianugerahkan Marketeers Youth Choice Brands of the Year 2020. Keputusan ini dibuat berdasarkan tinjauan (survey) terhadap 1,300 responden bergenerasi Z di seluruh negara Indonesia. Dengan lingkungan umur 18 ke 25 tahun. kebanyakan daripada responden ini adalah p

FaisalFaisal

Dec 14, 2020

Perodua Myvi: Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysia?

Dari segi bayaran bulanan, pengangkutan persendirian seperti kereta berharga lebih tinggi berbanding pengangkutan awam. Namun demikian, ia memberikan kemudahan dimana jadual pergerakan harian tidak akan terikat di samping boleh memunggah barang dengan lebih bebas. Oleh itu, anda boleh membeli kereta terpakai yang berharga lebih rendah tetapi masih mempunyai pakej yang menarik dan berbaloi. Antaranya ialah Perodua Myvi generasi pertama dan kedua. Perodua Myvi mempunyai pakej yang menarik dimana i

FaisalFaisal

Oct 14, 2020

Bila anda patut matikan sistem kawalan cengkaman (TCS)?

Pertama sekali, apakah sistem kawalan cengkaman? Seperti namanya, sistem kawalan cengkaman (traction control) atau lebih dikenali dengan nama singkatannya TC, TRC ataupun TCS adalah sistem keselamatan yang direka untuk membendung kereta anda dari hilangnya cengkaman. Bila anda memecut, tugas utama sistem tersebut adalah untuk memberhentikan roda daripada tergelincir atau berputar, terutama melalui permukaan yang licin. Terdapat banyak sensor (paling biasa ialah sensor kelajuan roda) didalam sese

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 25, 2020

Tip beli kereta terpakai: Macam mana nak pandu uji kereta terpakai?

Bila beli kereta baru, selalunya orang tak ‘test drive’ dulu. Zaman sekarang, anda boleh Google saja kalau nak dapatkan maklumat tentang kereta serba baharu. Siap ada teknologi VR lagi. Pandemik COVID-19 juga telah memaksa beberapa jenama kereta untuk mempertingkatkan lagi kepenggunaan bilik pameran virtual mereka. Beli kereta serba baru yang dipesan dari pengedar sah/rasmi memang mudah, tapi bagi kereta terpakai pula lain ceritanya. Bila memandu-uji kereta baru, kita nak lihat apa yang kereta s

MersitaMersita

Sep 9, 2020

Kita ada 2 jenama kereta nasional, tapi belum ada akta panggil-semula produk. Kenapa?

Di dalam sebuah kereta, terdapat sekitar 30,000 hingga 50,000 bahagian, bergantung kepada jenis kenderaan. Walaupun pengilang telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semuanya sempurna, kadang-kadang bahagian yang cacat sedikit pasti akan terlepas masuk ke produksi. Memandangkan pembuatan kereta semakin lama semakin rumit dan perlindungan hak pengguna semakin diketatkan di banyak negara, sememangnya kes panggil-semula produk jadi semakin kerap. Walaupun pengilang sudah lakukan yang terbaik, tiad

MersitaMersita

Aug 21, 2020

Jika brek cakera lebih bagus, kenapa kereta moden masih guna brek dram?

Semua varian Perodua Myvi mempunyai brek dram di belakang. Sama juga seperti barisan terkini Honda City. Toyota Vios pula mempunyai brek cakera ‘solid’ di belakang untuk varian “G”, tetapi varian “E” dan “J” didatangkan dengan brek dram belakang. Selalunya digambarkan sebagai spesifikasi murah, brek dram masih lagi lazim digunakan pada kereta-kereta moden masa kini. Sebelum kita menggelarkan brek dram sebagai 'purba', perlu diingatkan yang idea penghasilan brek jenis dram dan cakera sudah muncul

MersitaMersita

Jul 14, 2020

Mengamuk sebab cara pemanduan, lelaki pecahkan cermin sisi dan hadapan Honda Civic

Satu lagi kes ‘road rage’ berlaku baru-baru ini melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun yang berang sehingga bertindak menendang cermin sisi sebelah pemandu sebelum membuka helmetnya dan menghentakkannya di penutup but hadapan serta cermin hadapan (‘windscreen’) kereta mangsa sehingga pecah retak. Pemandu kereta Honda Civic FC berkenaan yang berusia 26 tahun dilihat hanya duduk di dalam kereta dan cuba menghubungi polis sambil lelaki tersebut melampiaskan amarahnya. Kejadian ber

MersitaMersita

Mar 16, 2021