window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan!

Mersita · Aug 30, 2020 11:50 AM

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 01

Apabila berbincang tentang penyelenggaraan kereta, kita sering beri lebih perhatian kepada enjin dan transmisi kereta. Lagipun, selalunya kita ke pusat servis kereta pun samada nak tukar minyak enjin atau cecair transmisi. Walaupun kedua-dua aspek ini penting untuk menggerakkan kereta, brek juga sama penting untuk memberhentikan kereta. Oleh itu, bagaimana caranya untuk menjaga brek kereta?

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 02

Kalau brek anda rupanya macam ni, bersyukurlah anda hidup lagi

Kadangkala, anda mungkin dengar bunyi pelik-pelik yang datangnya dari brek, tapi anda tak tahu apa masalahnya. Patutkah anda tukar brake pad? Dah tiba masanya nak tukar cecair brek? Adakah kereta anda kekurangan cecair ‘blinker’? Yang pasti, selagi anda tak periksa, anda takkan tahu apa masalah sebenarnya.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 03

Rumah di Malaysia selalunya tak dibina sekali dengan garaj

Dengan rumah yang tiada garaj, agak sukar bagi pemandu di Malaysia untuk buat apa-apa DIY pada kereta mereka. Hanya segelintir pemilik kereta yang mempunyai kotak alatan yang lengkap, jangankan pula ‘jack’ lantai dan satu set ‘jack stand’. Paling-paling pun, ada yang beli set soket RM20 dari Lazada. Walaupun kebanyakan orang kurang mahir dalam penyelenggaraan kereta, ada beberapa cara untuk buat pemeriksaan mudah bagi mengetahui kondisi brek kereta masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jom kita bincangkan 5 aspek mudah yang anda boleh periksa sendiri.

1. Cakera brek (brake disc) dan lapik cakera (disc pad)

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 01

Jom kita mulakan dengan komponen yang paling ketara sekali – cakera dan pad.

Macam mana nak periksa cakera brek dan pad?

Pemeriksaan visual dan bunyi.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 02

Gambar: Micks Garage

Cuba lihat cakera brek kereta anda. Pemeriksaan visual tak semestinya tepat, tapi ia boleh membantu. Cakera brek dengan kesan calar yang nampak seperti rekod vinyl perlu ditukar. Sama juga dengan cakera brek yang retak. Kaedah yang tepat bagi memeriksa kondisi cakera brek adalah dengan mengukur ketebalannya, tapi anda terpaksa buka tayar pula. Tak apa, sekadar memeriksa dari luar memadai untuk lihat kesan calar tersebut.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 03

Kemudian, cuba lihat brake pad pula. Brake pad yang terlalu nipis perlu ditukar. Brake pad selalunya dilengkapi dengan pengesan hakisan yang mengeluarkan bunyi amaran yang nyaring untuk mengingatkan anda yang ia perlu ditukar.

Di sini, kami sertakan video untuk tunjukkan bagaimana ia berbunyi (luncur ke 0:32):

Kereta mahal selalunya dilengkapi dengan pengesan hakisan brake pad yang memberi amaran kepada pemandu yang brake pad perlu diperiksa. Anda cuma perlu cari simbol amaran tersebut. Anda boleh panjangkan jangka-hayat brake pad dan cakera kereta anda dengan mengaplikasikan kaedah membrek enjin (engine braking) yang betul.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 04

Ada tempoh penyelenggaraan yang ditetapkan atau tidak?

Buku panduan pemilik selalunya menyarankan anda untuk jalankan pemeriksaan profesional bagi setiap 20,000 km.

2. Dram brek

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 05

Brek dram mempunyai rekaan tertutup yang menyukarkan pemeriksaan visual. Sama seperti brek cakera, dram dan ‘shoe’ brek ini akan menipis. Memandangkan ia digunakan di tayar belakang, ia selalunya tahan lebih lama berbanding brek cakera hadapan.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 06

Gambar: Car from Japan

Rekaan tertutup brek dram memerangkap habuk dan juga berpotensi untuk memerangkap air. Walaupun nampak bersih dari luar, ia selalunya penuh dengan habuk di sebelah dalam. Air yang terperangkap boleh menyebabkan karat, dan ini tidak elok untuk sistem brek anda.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 07

Rekaan tertutupnya bergantung kepada spring untuk menjarakkan brake shoe dengan dram brek. Lama kelamaan, spring tersebut akan melentur dan jurang/jarak tersebut akan mengecil, mengakibatkan geseran antara shoe dengan dram.

Macam mana anda nak periksa brek dram?

Lakukan pemeriksaan bunyi. Anda tak perlukan sebarang alatan untuk ini. Hanya dengar dengan teliti untuk mengesan sebarang bunyi geseran apabila membrek kereta. Anda akan dengar bunyi yang kurang menyenangkan jika terdapat hakisan. Video di bawah menunjukkan bagaimana ia berbunyi (luncur ke 0:08):

Anda juga boleh menguji kekuatan brek parkir di atas bukit, tapi kami tak sarankan kaedah ini untuk orang awam. Bawa saja ke pusat servis berhampiran untuk buat pemeriksaan yang sepatutnya.

Ada tempoh penyelenggaraan?

Sama seperti brek cakera, buku panduan pemilik selalunya menyarankan anda untuk membuat pemeriksaan pada setiap 20,000 km.

3. Pedal brek

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 08

Pedal brek, brek hadapan, dan brek cakera disambungkan melalui satu sistem hidraulik. Apabila anda menekan pedal brek, cecair hidraulik akan mengalirkan daya tersebut kepada keempat-empat brek di dalam kereta tersebut.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 09

Gambar: howacarworks.com

Macam mana nak periksa pedal brek?

Anda boleh buat pemeriksaan untuk:

(a) ‘Free play’ (berapa kuat anda boleh tekan pedal sebelum brek diaktifkan). ‘Free play’ yang terlalu banyak tak elok sebenarnya.

(b) ‘Reserve travel’ (berapa banyak ruang yang tinggal diantara pedal dan lantai apabila pedal ditekan sehabis-habisnya). ‘Reserve travel’ yang terlalu sedikit tak elok.

(c) Ketegapan (betapa ketatnya pedal brek apabila ditekan). Brek longgar petanda ada udara dalam sistem hidraulik.

(d) Gegaran (adakah pedal brek bergegar/bergetar apabila ditekan?) Pedal brek bergegar adalah tanda pemutar brek (break rotors) yang tidak sekata.

4. Cecair brek

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 10

Sistem brek dalam sesebuah kereta adalah jenis hidraulik. Ini bermaksud ia memerlukan cecair. Cecair brek selalunya DOT 3, DOT 4, atau DOT 5. DOT maksudnya ialah ‘Department of Transport’. DOT 3, DOT 4, dan DOT 5 ialah gred cecair tersebut. Rujuk manual pemilik anda untuk tahu gred yang mana anda patut gunakan.

Macam mana anda nak periksa cecair brek?

Tanpa sebarang alatan, anda sekurang-kurangnya boleh periksa tahap cecair brek di dalam ruang enjin. Pastikan tahap cecair tersebut berada kira-kira antara tanda maksimum atau minimum. Jika anda lihat ada penurunan dalam tahap cecair brek kereta anda, ia selalunya disebabkan oleh kebocoran pada sistem brek kereta anda.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 11

Cecair brek yang bocor dari brek dram

Adalah disarankan untuk cecair brek ditukar bagi setiap 40,000 km.

5. Lampu brek

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 12

Walaupun sistem brek anda berfungsi dengan cukup sempurna, memberitahu pengguna jalanraya yang lain apabila anda membrek kereta juga amat penting.

Macam mana nak periksa lampu brek?

Anda perlukan seorang kawan untuk membantu anda periksa lampu brek. Mudah saja, minta kawan anda untuk tekan brek dan anda berdirilah di belakang kereta untuk periksa lampu tersebut. Pastikan lampu brek berfungsi dengan baik apabila lampu hadapan dimatikan dan dinyalakan.

Kereta lama seperti Proton Persona (CM) sering menghadapi masalah dengan penyambung lampu belakang. Oleh itu, pastikan anda periksa yang keduanya berfungsi dengan baik. Anda pasti tak mahu belakang kereta dilanggar semasa memandu hanya kerana lampu brek tidak berfungsi.

5 cara mudah untuk periksa brek kereta tanpa alatan! 13

Itu saja – 5 kaedah pemeriksaan yang ringkas yang anda boleh lakukan sendiri bagi memastikan brek kereta anda berfungsi dengan sempurna.

Sistem brek yang dijaga rapi boleh menyelamatkan nyawa. Pastikan anda buat pemeriksaan yang mencukupi. Kalau ragu-ragu, minta nasihat daripada yang pakar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda