window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu?

Faisal ยท Nov 5, 2020 05:00 PM

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 01

Dengan permukaan jalan yang lebih licin dan jarak penglihatan yang lebih terhad, memandu dalam keadaan hujan sememangnya memerlukan lebih tumpuan. Pada masa yang sama, hujan juga boleh menghasilkan kelopak air dimana kalau cukup bertakung, boleh mengakibatkan banjir.

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 02

Myvi pun boleh tewas tau

Mungkin pernah anda melihat sesetengah pemandu yang melalui bahagian air secara bersahaja. Sudah tentu anda pernah terdetik untuk melakukan perkara yang sama, bukan? Untuk maklumat anda, air tidaklah mudah untuk memasuki ke dalam enjin. Namun begitu, ia bergantung kepada kedalaman paras air, kelajuan ketika anda melaluinya, dan bagaimana sistem kedap melindungi bahagian enjin kereta anda.

Walau apapun, anda haruslah MENGELAK air selagi boleh. Kenapa?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Kotak gearbox mempunyai corong udara

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 01

Imej: go4trans

Corong ini sebenarnya berfungsi untuk mengimbangkan tekanan di dalam komponen. Untuk pengetahuan anda, enjin juga mempunyai corong udara.

Sememangnya corong boleh menghalang kekotoran, habuk, dan kelembapan daripada memasuki ke dalam gearbox. Jika paras air hujan melebihi lokasi corong, air mungkin boleh masuk dan bercampur dengan minyak gearbox. Mahu jahanam gearbox nanti.

2. Air tidak boleh dimampat

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 02

Kegagalan enjin yang berpunca daripada air hujan. Imej: ScottyKilmer

Perkara yang paling teruk boleh terjadi sekiranya anda melalui jalan yang berlopak ialah air yang memasuki ke bahagian enjin. Bergantung pada apa yang anda lakukan apabila air masuk ke bahagian enjin, anda sama ada boleh selamatkan atau rosakkan kereta terus.

Jika terlalu banyak air yang masuk ke dalam ruang pembakaran, minyak tidak dapat dimampat sepenuhnya oleh mekanisma pemampatan (compression mechanism). Perkara ini boleh mengakibatkan kerosakan enjin.

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 03

Anda berbasib baik sekiranya anda terus mematikan enjin setelah sahaja anda mengesan sesuatu yang pelik. Untuk pengetahuan anda, air banjir atau kelopak air bukanlah sesuatu yang bersih kerana ia mengandungi lumpur dan sisa-sisa. Disebabkan ini, kerja overhaul yang berat diperlukan untuk selamatkan kereta anda.

3. Air dan elektronik adalah musuh ketat

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 04

Logik, bukan? Kita sudah mengetahui bahawa sifat air dan elektronik tidak serupa sama sekali. Sekiranya air terkena pada komponen elektronik, boleh mental jadinya.

4. Bau yang tidak menyenangkan

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 05

Seperti yang telah kami jelaskan, kelopak air dan air banjir bukanlah sesuatu yang bersih. Selain itu, ia mengandungi kandungan sisa. Disebabkan ini, memandu melalui banjir boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan pada kereta anda. Ia diibarat seperti memakai kasut yang lembap tetapi bau yang digandakan dengan 10.

Bagaimana pula sekiranya anda tidak boleh mengelak air?

Selagi boleh dielak, elakkanlah. Tetapi jika anda tiada pilihan, kami ada tips mudah untuk anda menguruskan keadaan tersebut.

Bagaimanakah cara untuk anda memandu dalam keadaan hujan lebat?

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 06

  • Elakkan percikan air. Melalui bahagian yang mempunyai banyak air boleh menghasilkan percikan yang boleh terkena pada bahagian yang sensitif seperti elektronik.
  • Keringkan brek anda. Setelah anda melalui kelopak air, tekan pedal brek secara lembut untuk mengeringkan cakera (disc) supaya kuasa pemberhentian kembali gagah.
  • Pandu secara berpada-pada. Sekiranya anda pandu terlalu agresif, kereta berkemungkinan akan tergelincir kerana permukaan yang basah berpotensi tinggi dalam mengurangkan cengkaman di antara tayar dengan jalan.
  • Elakkan kawasan yang banjir. Kerosakan banjir dan bau lembap yang akan anda peroleh tidak berbaloi sama sekali.

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 07

Imej: buntutnews

Sebagai tambahan, musim hujan yang berlaku sejak kebelakangan ini boleh mengakibatkan jalan yang berlubang dan tidak rata. Perkara ini boleh terjadi apabila kelembapan air yang terkandung boleh melembutkan struktur tar pada permukaan jalan. Ditambah pula dengan tanah yang boleh tergelincir, maka terjadilah jalan yang berlubang.

Alamak, hujan lah! Macam mana nak pandu? 08

Oleh itu, pandulah secara selamat dan berhati-hati dalam mengelakkan air dan lubang sama ada pada hari yang kering ataupun hujan. Selamat memandu!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda