window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV?

Haris · May 3, 2023 04:30 PM

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 01

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad telah tampil dengan model Perodua Electric Motion-Online (EM-O) Concept yang kini dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung. 

Perodua EM-O Concept memperlihatkan ramalan Perodua terhadap model EV yang bakal dihasilkan syarikat itu, meramalkan bukan sahaja reka bentuk produk masa depan tetapi rangkaian kuasa EV yang akan menguasainya.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat itu mahu selangkah lebih dekat ke arah elektrifikasi sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang yang seiring dengan objektif kelestarian Malaysia. 

Dalam menterjemahkan visi mereka, Perodua telah menyenaraikan beberapa spesifikasi produk bagi EM-O Concept, bermula dengan kuasa daripada motor tunggal pada gandar hadapan yang menghamburkan 95 PS dan 121 Nm, angka kuasa yang sama seperti enjin 4-silinder 1.3 liter (1NR-VE) yang terdapat dalam Myvi dan Bezza.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 01

Penjana kuasa akan dihubungkan dengan bateri lithium ion 50 kWj yang boleh memberikan jarak pemanduan antara 300 km - 350 km.

Bagi prestasi jalan lurus pula, pecutan 0-100 km/j disasarkan dalam 10 saat dan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 02

Mungkin yang paling mengagumkan, adalah arkitektur elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW. Sebagai konteks, kapasiti ini adalah lebih tinggi daripada arkitektur Porsche Taycan yang hanya pada 270 kW.

Menurut Perodua, ini akan membolehkan pengecasan AC standard kepada 100 peratus dalam 7.5 jam dan pengecasan DC ultra pantas kepada 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 03

Berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak roda 2,500 mm - ia sebesar Perodua Myvi. Berkemungkinan, ini hanya untuk tujuan visualisasi sahaja.

Walau bagaimanapun, bahagian dalam boleh dialami secara maya jika anda melawat reruai Perodua di Malaysia Autoshow 2023. Model konsep ini menampilkan kokpit berfokuskan pemandu dengan stereng bawah rata dan kluster instrumen digital sepenuhnya.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 04

Selain spesifikasi trenkuasa futuristik, reka bentuk EM-O juga boleh menjadi petunjuk kepada nuansa reka bentuk Myvi masa depan. Direka secara dalaman oleh Perodua, hatchback ini begitu menonjol dengan potongan tajam dan sesuai dilihat sebagai Myvi generasi baharu.

Perodua EM-O EV Concept didedahkan - harga rakyat dengan 350 km jarak gerak, perintis kepada Myvi EV? 05

Menerusi cebisan maklumat yang dilaporkan sebelum ini, EM-O Concept mungkin perintis model hibrid serba baharu yang dijadualkan dilancarkan oleh Perodua pada 2024. 

Berdasarkan unjuran Perodua - mereka percaya permintaan untuk kenderaan hibrid (HEV) akan melebihi model enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional menjelang 2030 tetapi menjelang 2033, BEV akan mengatasi ICE dan hibrid.

Baca: Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia