Polis giat buru suspek Perodua Myvi klon!

Haris · Jan 12, 2021 12:30 PM

Polis giat buru suspek Perodua Myvi klon! 01

Sebuah Perodua Myvi berwarna putih tular sebelum ini kerana mempunyai nombor plat pendaftaran PNU 8707 yang sama dengan sebuah lagi Perodua Myvi yang lain.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) menerima panggilan daripada seorang individu yang menjumpai sebuah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan kereta miliknya.

Pihak polis kemudian membawa balik kedua-dua Perodua Myvi tersebut untuk siasatan lanjut.

Polis giat buru suspek Perodua Myvi klon! 01

“Siasatan lanjut mendapati, pengadu (anggota polis) mengenali pemilik sebenar kereta bernombor pendaftaran sama berikutan pernah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan kereta di daerah ini pada 7 dan 14 Disember tahun lalu.

“Bagaimanapun pemilik asal kereta itu menafikan terlibat dalam dua kejadian tersebut,” ujar Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan.

Polis giat buru suspek Perodua Myvi klon! 02

Hasil kreativiti warganet

Pihak polis masih belum mengenal pasti pemilik kepada Perodua Myvi klon tersebut dan meminta orang awam untuk membantu siasatan pihak polis.

Kelemahan penguatkuasaan nombor plat pendaftaran telah membawa kepada masalah seperti ini. Wapcar.my pernah membincangkan mengenai isu ini dan menyeru supaya piawai mengenai nombor plat pendaftaran diperketatkan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru